41

139 20 5
                                    

"Saya ingatkan awak dah tak nak datang sini lepas kena ganggu haritu,"

Minho memandang Minji yang duduk di kerusi sebelah penumpang keretanya yang sedang terparkir tidak jauh dari kelab malam tadi.

"Suka hati saya lah," balas Minji.

"Lepas ni jangan datang tempat macam ni lagi," arah Minho.

"Tch, Sunbae siapa nak arahkan saya macam tu?" soal Minji tidak puas hati.

"Lepas dua kali awak kena ganggu macam tu, awak tak serik lagi? Nasib baik ada saya, kalau tak-,"

"Yaa, Sunbae ingat saya tak boleh jaga diri sendiri ke? Bukan saya minta pun Sunbae tolong saya!"

Minho berdecit perlahan.

"Oh, jadi awak nak kata yang kalau saya tak tolong pun, awak okay? Baik, kalau macam tu-,"

Minho mengeluarkan telefon bimbitnya dan mendial nombor seseorang.

"Hello, Seonghwa yaa, kau ingat tak perempuan yang kau cakap tu? Dia ada dengan aku sekarang. Kalau kau nak-,"

"Yaa!"

Minji merampas telefon di tangan Minho dan cuba menamatkan panggilan.

"Mwoya?"

Dia terkejut melihat skrin telefon Minho yang gelap itu. Ternyata tiada panggilan pun yang dibuat lelaki itu.

"Tch, takut rupanya," Minho merampas kembali telefon bimbitnya.

Makin bengang Minji melihat wajah selamba lelaki itu.

"Apa alamat awak? Saya hantar awak balik," soal Minho sambil menghidupkan enjin kereta.

"Siapa entah nak balik dengan dia?" Minji cuba membuka pintu kereta namun lengannya ditahan.

"Jangan degil boleh?"

"Saya boleh balik sendiri," lengannya ditarik.

"Tengok tu,"

Minji memandang ke arah luar kereta. Kelihatan lelaki yang mengganggu dia tadi sedang berada di luar. Dirinya kelihatan seperti sedang mencari seseorang.

"Still nak balik sendiri?" soal Minho sambil tersenyum.

Minji mengetap bibir sambil tangannya memasukkan alamat pada navigation system kereta lelaki itu.

Kereta yang dipandu Minho mula bergerak pergi dari kawasan itu. Minji membuang pandang ke luar tingkap.

"Awak memang dah benci sangat ke tengok muka saya ni?" soal Minho.

Minji diam tidak menjawab.

"Minji yaa,"

Matanya dipejam bila namanya meniti lagi di bibir lelaki itu. Dia sedang menguatkan hatinya supaya tidak terbawa perasaan. Tidak mahu perasaan yang sudah dibuang dulu menguasai diri.

"Tuan Lee dah hantar dia belajar ke luar negara,"

Namun, dia gagal. Apa yang terjadi lima tahun lepas kembali bermain di fikirannya. Persoalan yang sudah lama dipendam kembali bermain di fikirannya.

"Sunbae, boleh saya tanya sesuatu?"

Dia membuka mata dan menoleh ke sisi.

"Tanya lah,"

Minji menarik nafas sebelum melepaskannya perlahan.

"Kenapa Sunbae buat saya macam ni?"

FeelingsWhere stories live. Discover now