Panggg!!!
"Anak tak guna! Kamu nak malukan Appa ke? Tak cukup masalah kamu yang sebelum ni? Kamu timbulkan masalah lain pula?"
Suara Tuan Hwang memenuhi ruang tamu rumah agam miliknya pada malam itu. Wajah anak bongsunya yang jatuh terduduk di sofa akibat tamparannya itu dipandang. Uniform sekolah masih tersarung di tubuh genit itu.
"Appa, janganlah marah Minji macam tu. Dengar dulu penjelasan dia," Minhyun bersuara.
"Penjelasan apa lagi? Dia ni dah tampar budak tu sampai tiga kali. Lepas tu, ditolaknya anak orang tu sampai cedera macam tu. Apa nak jadi tak tahu? Patutnya malam ni, kita raikan kamu dengan Eunbi yang baru sampai. Ini, dia pula buat hal,"
Minji menggenggam kedua tangannya di sisi.
"Tch, kenapa pula nak raikan Oppa?" ujarnya perlahan namun masih dapat ditangkap oleh si bapa.
"Eunbi mengandung, mestilah kena raikan. Appa dah tempah restoran, tapi kena batalkan sebab kamu!"
"Siapa suruh? Appa pergi je lah makan dengan diorang. Tak payah pedulikan Minji! Bukannya mati pun kalau Minji tak join!"
"Anak tak guna!" Tuan Hwang mara ke arah Minji.
"Appa, jangan!" Minhyun segera menghalang.
"Budak ni dah melampau Minhyun. Kamu tengok lah, rambut dia tu. Dah berapa kali cikgu dia telefon Appa suruh ingatkan dia tentang rambut tu. Tapi tetap takde perubahan. Bukan tu je, kat sekolah berapa banyak dia buat masalah, langgar peraturan lah, melawan cakap cikgu dia lah! Betul-betul memalukan Appa,"
"Kalau Minji memalukan Appa, buanglah Minji. Campak Minji kat mana-mana!"
"Minji," Eunbi, isteri kepada Minhyun cuba menyentuh lengan Minji untuk menenangkan dia.
"Jangan sentuh!" tangan Eunbi ditepis lalu dia berdiri.
"Kamu jangan cabar Appa Minji. Jangan sampai, Appa betul-betul halau kamu dari rumah ni dan abaikan kamu," Tuan Hwang mencerlungnya tajam.
"Buat lah! Selama ni pun, memang Appa abaikan Minji pun. Dah lupa? Bila kali terakhir Appa tanya Minji tentang pelajaran Minji? Bila kali terakhir Appa tanya tentang kesihatan Minji? Bila?" jerit Minji kuat.
"Yang Appa tahu, kerja, kerja, kerja! Sampai rumah hari ni, esok lusa dah pergi semula. Appa tahu, kalau bukan sebab gambar keluarga kita yang ada kat dalam rumah ni, Minji pun dah lupa muka Appa macam mana,"
"Minji yaa,"
"Diam! Oppa pun sama! Oppa janji dengan Omma nak jaga Minji. Tapi makin jauh Oppa pergi. Kenapa? Kat Korea ni dah takde universiti sangat dah ke untuk Oppa kejar gelaran doktor falsafah Oppa tu?"
Minhyun terdiam.
"Semua orang dalam rumah ni tak pernah pedulikan Minji lepas Omma takde. Appa sibuk dengan kerja sebab tak nak asyik terikat dengan kenangan Omma. Oppa pun sama,"
"Minji, Oppa minta maaf-,"
Minji menepis tangan Minhyun dari bahunya. Beg sekolah miliknya di sofa dicapai lalu dia terus berlari keluar dari rumah dengan tangisannya yang sudah pecah.
YOU ARE READING
Feelings
Fanfiction"You're the sweetest feelings I know," Start|14/11/2022| End|31/12/2022|