52

134 17 3
                                    

"Mianhei, saya asyik sibuk dengan assignments and stidy je sekarang. Sampai nak dating pun susah," ujar Minji.

Saat itu, dia dan Minho sedang berada di apartmentnya. Lelaki itu datang ke situ setelah tamat waktu kerjanya.

"It's okay. Asalkan saya masih dapat tengok muka awak pun dah cukup," Minho mengusap kepala gadis kesayangannya itu.

"So sweet. Untung betul siapa yang jadi girlfriend Doktor Lee Minho kan?" Minji tersengih.

"Oh ya? Agaknya siapa lah gadis beruntung tu?" soal Minho.

Minji tersenyum suka bila lelaki itu merapatkan wajah mereka. Sedar sahaja, tubuhnya kini sudah terbaring di atas sofa bila Minho makin rapat dengannya. Tangannya dikalung ke leher lelaki itu dan bibir mereka mula bertaut.

"Oppa,"

Minji meleraikan tautan bibir mereka bila dia mula kehilangan nafas. Pandangan matanya dan Minho bertemu.

"Minji yaa, boleh saya-,"

Minji laju mengangguk dan dia dapat rasakan tangan Minho menyentuh butang blouse yang dipakainya.

Drttt!!!

Keduanya terkejut bila telefon bimbit di saku seluar yang dipakai Minho bergetar kuat.

"Sekejap,"

Minho bangun dan mengeluarkan telefon bimbitnya. Dia ke balkoni apartment sebelum melihat skrin alat nipis itu.

"Eunmi?"

Panggilan dari gadis itu segera diterimanya.

"Hello, kenapa-,"

"Minho yaa, I takut lah. Rumah I black out, I sorang-sorang kat rumah. Parents I bermalam dekat rumah Aunty I. Perkerja lain semua diorang bagi cuti,"

Minho melepaskan keluhan lega. Ingatkan ada apa-apa yang serius.

"Okay, apa kata You cuba buka kotak-."

"Arghh!"

Minho menjauhkan telefon dari telinga bila mendengar jeritan Eunmi.

"Yaa, You okay tak?"

Senyap.

"Eunmi yaa?"

Masih senyap.

"Haish," Minho menyimpan kembali telefon ke saku seluar.

"Minji yaa," dia mendapatkan Minji yang masih setia menunggu di sofa.

"Saya minta maaf, tapi saya kena balik. Ada hal sikit," ujar Minho serba salah.

"Hal apa?" soal Minji ingin tahu.

Minho mengetap bibirnya.

"Kawan saya, dia nak minta tolong sesuatu. Rasanya macam saya je yang boleh tolong dia," ujar Minho sambil mengusap belakang lehernya.

"Okay lah kalau macam tu. Oppa pergi lah,"

Minho merapati Minji dan mencium dahi gadis itu lama.

"Nanti saya call awak,"

"Okay,"

Minji kemudian menghantar pemergian Minho sehingga ke pintu. Selepas lelaki itu keluar, dia menyandar di pintu. Tangannya menyentuh butang blouse yang sudah dibuka hampir separuh itu.

"Haish Hwang Minji, yang kau kecewa sangat kenapa?"

FeelingsWhere stories live. Discover now