"Sunbaenim!"
Minho yang sedang duduk di meja di bumbung sekolah itu menoleh. Terus terukir senyuman di bibirnya saat melihat Minji melangkah ke arahnya.
Kedua tangan gadis itu berada di belakang seperti menyorokkan sesuatu.
"Cuba teka, saya bawa apa?" soal Minji.
"Anak kucing?" teka Minho.
Minji berdecit perlahan.
"No. Saya tak suka kucing. Teka lagi,"
Minho mengerutkan dahinya tanda sedang berfikir dengan serius.
"Tak pandai lah main teka-teka ni. Bagitahu je lah," ujarnya.
Minji menarik senyumannya lagi sebelum dia mengeluarkan apa yang disorokkannya sejak tadi.
"Tadaaa!"
Kertas di tangannya disua di hadapan muka Minho.
"Awak punya?"
Laju Minji mengangguk.
"Markah saya meningkat luar biasa sangat and for the first time, Miss Yuri puji saya," ujar Minji ceria.
"Aigoo, good girl. Saya sebagai personal tutor Biologi awak, bangga dengan hasil kerja keras awak ni," kepala Minji diusap spontan.
Minji terkedu dengan perbuatan itu. Senyuman Minho saat itu, boleh membuat dia cair seperti ais yang diletakkan di bawah cahaya matahari.
"Jadi, untuk hargai hasil kerja keras dan kejayaan awak, saya dah sediakan sesuatu. Tadaa!"
Minho bergerak ke tepi dan kini meja yang berada di belakangnya mula kelihatan. Ada chocopie yang disusun seperti kek dan pelbagai jenis coklat dan makanan ringan lain.
"Sekejap,"
Minho mengeluarkan pemetik api dari poket blazernya dan menyalakan lilin di atas chocopie tadi.
"Congrats Hwang Minji! Cepat tiup,"
Minji menurut dan meniup lilin itu.
"Yaa, mana Sunbae dapat semua ni?" soal Minji.
"Seungkwan. Dia punya beg tu macam poket Doraemon. Semua benda ada,"
Minji ketawa mendengar itu.
"Sunbaenim, gomawo. Saya betul-betul berterima kasih dengan Sunbae. Kalau bukan sebab Sunbae bantu saya, mungkin sampai bila-bila markah saya akan macam tu je," ujar Minji.
Saat itu mereka sedang menikmati makanan yang dibawa Minho sambil duduk memandang ke langit dari bumbung sekolah itu.
"Saya tolong sikit je. Selebihnya usaha awak," balas Minho dengan senyuman.
"Oh ya, Sunbae kata kalau markah saya meningkat saya kena tunaikan permintaan Sunbae. Sunbae dah fikirkan apa permintaan Sunbae?"
Pada waktu itu, angin bertiup perlahan di kawasan bumbung itu. Rambut Minji yang tidak diikat itu beralun mengikut rentak angin.
"Saya dah fikir,"
Minji menoleh ke arah Minho dan kali ini wajahnya terlindung dengan rambut panjangnya yang ditiup angin itu.
"Saya nak tengok awak dengan rambut hitam awak," ujar Minho.
Sambil itu, tangannya mengalihkan rambut yang menutupi wajah Minji ke belakang telinganya. Dan setelah rambut itu tidak lagi menutupi wajahnya, pandangan mereka berdua bertaut.
"Boleh awak tunaikan?" soal Minho.
Seakan dipukau, Minji mengangguk mendengar permintaan lelaki itu.
YOU ARE READING
Feelings
Fanfiction"You're the sweetest feelings I know," Start|14/11/2022| End|31/12/2022|