Lima Tahun Kemudian
Minji mengemas bukunya setelah pensyarah memberi izin untuk mereka bersurai. Beg digalas di sebelah bahu dan telefon bimbit dipegang di tangan.
Dia mula melangkah keluar dari dewan kuliah. Destinasinya adalah perpustakaan universiti. Memandangkan dia masih punya satu kelas lagi jam dua petang nanti, dia malas mahu pulang ke rumah.
"Hwang Minji!"
Dia menoleh bila namanya diseru dari belakang. Melihat gerangan yang sedang berjalan ke arahnya, dia kembali berpalinh dan melajukan langkah.
"Yaa, tunggu lah!" bahunya ditahan dari belakang.
"Apa ni, jangan sentuh lah!" dia menepis kasar tangan di bahunya.
"Minji, sampai bila kau nak mengelak dari aku ni?" soal Jeno.
Minji menyilangkan tangan ke dada sambil memandang lelaki itu penuh jengkel.
"Yaa, aku bukan mengelak dari kau. Aku memang tak nak ada kaitan dengan kau lah. Jadi, kau jangan ganggu aku lagi," ujar Minji.
Sejak lelaki itu berpindah ke universiti yang sama dengannya dua bulan lepas, dia asyik diganggu. Menurut apa yang didengar, lelaki itu bertukar universiti kerana masalah disiplin di universiti lamanya.
Semuanya bermula saat mereka tertukar fail di perpustakaan. Keduanya terkejut melihat satu sama lain setelah hampir lima tahun tidak bertemu. Dan sejak itu, Jeno kerap mengganggu dia. Alasannya, dia ingin meminta maaf atas apa yang berlaku dahulu.
"Minji, aku tahu apa yang aku buat empat tahun lepas melampau. Aku fitnah kau, aku salahkan kau. Aku minta maaf. Waktu tu aku belum matang, terlalu ikutkan perasaan,"
"Dah lah Jeno. Berhenti sebut tentang empat tahun lepas. I told you, aku tak nak ingat apa-apa lagi tentang empat tahun lepas. Kau, Soojin and everything related to that school!"
Usai menghabiskan ayatnya, Minji melangkah untuk pergi. Buat sakit hati sahaja bercakap dengan Jeno.
"Then, how about Lee Minho? Dia pun kau dah lupa?"
Senyuman terukir di bibir Jeno saat melihat Minji berhenti melangkah.
"Kau mesti nak tahu tentang dia kan?" soal Jeno lagi.
Minji yang berdiri di tempatnya tadi mengetap bibir. Hatinya mula gundah saat nama itu keluar dari mulut Jeno.
"Hwang Minji,"
Jeno kini berdiri di hadapannya.
"Kau nak jumpa Lee Minho?" soal Jeno.
"Kalau kau nak, aku boleh-,"
"No. Aku tak nak jumpa dia. Dan kau pun sama. Aku menyampah tengok muka kau, jadi berhenti muncul depan aku,"
Minji meneruskan langkahnya kembali dengan laju. Mood yang buruk disebabkan Jeno, makin buruk saat nama Minho disebut.
YOU ARE READING
Feelings
Fanfiction"You're the sweetest feelings I know," Start|14/11/2022| End|31/12/2022|