19

177 24 1
                                    

"Sini saya tengok,"

"Aniya. Sikit je ni," Minji mengelak bila Minho cuba ingin merawat luka di tepi bibirnya.

"Hwang Minji, jangan degil boleh?" Minho bersuara tegas.

Dan Minji mengalah. Dibiarkan Minho merawat lukanya. Kesempatan itu diambilnya untuk meneliti segenap wajah kacak itu. Dan seperti kejadian di bumbung sekolah beberapa minggu lepas, jantungnya tiba-tiba berdegup dengan laju.

"Gomawo," ujar Minji perlahan setelah Minho selesai merawatnya.

"Gwaenchanha?" Soal Minho.

Minji diam tidak memberi jawapan.

"Sunbaenim, mianhei. Saya tak tahu nak call siapa lagi,"ujar Minji jujur.

Dia tiada kawan selain Soojin dan Yiseo. Sunwoo? Dia tidak mahu mengganggu sepupunya itu.

"Saya tak kisah. Tapi, jawab soalan saya dulu. Awak dah okay?" soal Minho.

"Nak jawapan jujur atau tipu?" soal Minji kembali.

"Dua-dua,"

"Kalau jawapan tipu, hmm saya okay. Saya dah selalu bergaduh dengan Appa saya macam ni,"

Minho fokus pada gadis itu.

"Kalau jawapan jujur, mestilah saya tak okay. Appa tak tanya saya pun kenapa saya tampar Soojin macam tu? Alih-alih dia pun tampar saya. Dia cakap saya ni anak yang memalukan dia. Sedangkan dulu, dia selalu bangga dengan semua yang saya buat. Saya lumba lari dapat nombor terakhir pun dia puji saya,"

"Lepas Omma takde, semua benda berubah. Appa, Oppa. Semua abaikan saya. Semua tak nak terus lama-lama kat rumah sebab takut rindukan Omma. Tapi, diorang tak pernah peduli tentang perasaan saya,"

Minji memejamkan matanya. Air mata yang hampir mengalir lagi disekanya dengan cepat.

"Ah, Mianhei Sunbae sebab tiba-tiba terluah pada Sunbae pula,"

"Gwaenchanha. Saya tak kisah pun," Minho tersenyum.

"Sunbae, hmm saya kena gantung sekolah seminggu. Jadi, tentang plan kita nak ulang kaji bersama tu macam mana?"

"Seminggu?"

Minji mengangguk.

"Patutnya saya boleh kena tindakan yang lebih teruk. Tapi sebab ada saksi yang kata Soojin pun bersalah, jadi hukuman diringankan,"

"Kalau macam tu, kita cari tempat kat luar sekolah,"

"Okay! Saya akan cari mana-mana study room yang available,"

"Okay. Nanti dah jumpa bagitahu saya,"

Minji mengangguk.

"Yaa,"

Minho menghulur plastik berisi coklat buat Minji. Tadi, dia sempat ke kedai serbaneka berdekatan untuk membali alatan untuk merawat luka Minji.

"Coklat?" Minji tersenyum melihat isi dalamnya.

"Kan saya dah cakap, saya akan temankan awak makan coklat bila-bila masa je,"

"Gomawo,"

Dan keduanya saling berbalas senyuman.

FeelingsWhere stories live. Discover now