"Oppa,"
Minho yang sedang mengemas mejanya itu menoleh ke pintu.
"Minji? Awak buat apa kat sini?" soal Minho.
Dia mendapatkan gadis itu dan menariknya masuk.
"Saya rindu Oppa," tubuhnya dipeluk.
Minho membalas pelukan itu. Jujur, dia juga terlalu rindukan Minji. Dua minggu tidak bertemu terasa bagai dua tahun.
"Mianhei. Sebab dah lama tak jumpa awak. Saya busy," ujar Minho.
"Gwaenchanha, saya faham. Lagipun saya pun busy dengan study,"
Minji tersenyum nipis.
"Tunggu saya kemas meja sekejap, lepas tu kita balik,"
Minji mengangguk dan hanya memerhatikan Minho mengemas mejanya. Bila lelaki itu selesai, mereka berdua keluar dari situ lalu ke pintu utama klinik.
Kini, mereka berdua sedang berada di dalam kereta lelaki itu. Enjin dihidupkan tetapi kereta masih belum bergerak keluar dari kotak parkir.
"So, nak pergi mana ni?" soal Minho.
"Apartment saya atau awak?"
"Kalau saya nak pergi tempat lain?"
Minho tersenyum.
"Nak pergi mana?"
"Pantai,"
"Sekarang?" soal Minho tidak percaya.
"Oppa tak nak?"
"Bukan macam tu. Tapi esok pagi saya ada hal. Kalau kita ke pantai, takut lambat pula sampai nanti," tolak Minho.
"Esok, diorang akan pergi fitting baju pengantin. Cuba lah kau ajak dia keluar malam ni atau esok. Tengok, sejauh mana dia nak tipu kau lagi,"
Suara Jeno petang tadi bermain di fikirannya.
"Saya bergurau je lah. Saya nak balik rumah parents saya sebenarnya. Saje singgah kat sini bila saya nampak lampu klinik Oppa masih menyala," tipu Minji.
"Tch, saya ingatkan awak betul-betul nak ke pantai tadi," Minho tertawa perlahan.
"Oppa takde apa-apa nak cakap?" soal Minji sambil terus menatap lelaki itu.
"Ada," ujar Minho.
Dia kini menghadap Minji dengan kepalanya yang disandarkan pada kerusi pemandu.
"Apa dia?" soal Minji.
Jauh di sudut hatinya, dia mengharapkan kejujuran yang keluar dari mulut lelaki itu.
"I love you. I love you Hwang Minji,"
Minji terkedu mendengar itu. Lain yang diharapkan, lain pula yang keluar dari mulut lelaki itu. Dan ianya membuatkan segala prasangka buruk terhadap lelaki itu bagaikan hilang buat sementara.
"Minji yaa,"
Minho sedikit hairan melihat Minji yang hanya kaku di tempatnya itu.
"Oppa, can you prove it?"
"Huh?"
"Boleh Oppa buktikan yang Oppa betul-betul cintakan saya?" soal Minji.
"Buktikan macam mana?" soal Minho keliru.
"Putuskan pertunangan Oppa dengan Ji Eunmi,"
YOU ARE READING
Feelings
Fanfiction"You're the sweetest feelings I know," Start|14/11/2022| End|31/12/2022|