"Minji yaa, macam mana-,"
"Macam mana saya tahu? Penting ke semua tu?" soal Minji.
"Saya boleh jelas kan,"
"Nak jelaskan apa lagi? Oppa dah bertunang dengan dia. Dalam masa sebulan lagi, Oppa akan jadi suami dia pula. Semua tu dah cukup, tak perlukan penjelasan lain lagi,"
Minho meraup wajahnya. Tentang rancangan perkahwinan itu, hanya keluarga dia dan Eunmi sahaja yang tahu. Jadi, dia sudah dapat mengagak siapa punca Minji boleh mengetahui semua itu.
"Jeno kan yang bagitahu awak semua ni?" soal Minho.
"Penting ke siapa yang bagitahu?"
"Ya, penting! Penting untuk saya!" jerit Minho.
Air mata Eunmi perlahan mengalir. Terkejut bila ditengking Minho buat pertama kalinya.
"Okay fine. Memang Jeno yang bagitahu saya. Dia yang ceritakan semuanya. Ji Eunmi mengandung kan? Sebab tu Oppa dengan dia akan berkahwin dalam masa sebulan lagi? Betul kan?" soal Minji dalam esakannya.
"Minji yaa,"
Minho cuba menyentuh Minji namun gadis itu mengelak.
"Oppa please, bagitahu betul atau tak? Dia mengandungkan anak Oppa kan?" soal Minji lagi.
Minho menyandarkan kepalanya ke kerusi sambil matanya dipejamkan buat seketika. Kemudian dia membukanya dan mengangguk perlahan.
"Saya tak tahu Minji yaa. Saya keliru dengan apa yang jadi. Saya tak ingat apa-apa tentang malam tu," ujar Minho.
"Kalau yang ni, Oppa ingat?"
Minji menghulurkan gambar yang diperolehi dari Jeno pada Minho dengan tangan yang bergetar perlahan.
"Minji yaa,"
Minho terkejut melihat semua itu.
"Saya tak sangka, Lee Minho yang saya kenal, yang dulu seorang top student, pelajar contoh, rupanya macam ni,"
"Hwang Minji, saya boleh jelaskan. Saya mengaku, saya memang selalu ke kelab malam. Saya dan Eunmi memang masuk hotel dan bermalam kat sana. Tapi tu semua sebab kami tak nak kena marah bila balik dalam keadaan mabuk. Saya sumpah yang kami tak pernah buat apa-apa yang berlebihan selain tidur je. Itupun saya tidur kat sofa, dia tidur atas katil!"
"Lepas saya jumpa awak dan kita mulakan semuanya, saya dah tak jejakkan kaki saya ke kelab lagi. Saya dah jarang keluar dengan Eunmi walaupun dia banyak kali ajak saya. Saya tolak semua tu sebab awak," ujar Minho lagi dengan bersungguh.
"Tapi malam tu, malam yang Oppa cakap kawan Oppa perlukan Oppa tu, Oppa pergi rumah dia kan? Lepas tu apa jadi?" soal Minji.
Minho terkelu. Tidak sangka yang Jeno akan menceritakan semuanya pada Minji.
"Kenapa Oppa diam? Oppa dah tak tahu nak cipta alasan lagi kan?"
"Minji yaa, saya-,"
"Oppa, saya rasa kita patut hentikan semuanya. Saya rasa saya tak boleh nak terus berhubungan dengan tunang orang," Minji menyeka sisa air matanya.
"No Minji. Please, bagi saya peluang. Saya akan perbetulkan semuanya. Bagi saya masa," Minho meraih tangan Minji.
Minji menggeleng perlahan seraya menarik tangannya.
"Mianhei Oppa,"
Dan dia terus melangkah keluar dari kereta Minho.
:::::
Happy or sad ending?
YOU ARE READING
Feelings
Fanfiction"You're the sweetest feelings I know," Start|14/11/2022| End|31/12/2022|