"Yaa, kau tengok tak si Soojin tu? Dia pun warnakan rambut dia macam Minji,"
"Tengok. Tapi sorry to say lah, dia tak sesuai langsung dengan rambut macam tu,"
"Tu lah. Dah lah rampas Jeno dari Minji, lepas tu tiru gaya rambut Minji pula. Mesti dia berangan yang dia boleh jadi macam Minji,"
Kedua pelajar itu ketawa suka. Ya lah, pagi tadi satu sekolah terkejut melihat Kim Soojin yang tiba di sekolah dengan rambut barunya.
"Yaa! Korang cakap apa? Aku cuba nak jadi Minji?"
Soojin tiba-tiba muncul dengan wajah berangnya. Pintu tandas ditutup kasar.
"Korang berdua memang tak boleh tengok orang senang ke?" Soal Soojin lagi.
Saat itu juga, salah satu pintu tandas terbuka. Dan Minji keluar dari situ lalu ke sinki untuk mencuci tangannya.
"Betul lah apa yang diorang cakap. Kau tu copycat. Dulu waktu kau kawan aku, semua yang aku pakai mesti kau tanya aku beli kat mana. Lepas tu, kau pun beli. Tak cukup dengan barang yang aku pakai, kau nak lelaki yang sama macam aku juga. Tapi sebab Lee Jeno ada satu je, kau ambil aku punya. Sekarang apa? Style aku pun kau nak tiru?" Minji tergelak sinis.
Dua pelajar tadi ikut menahan tawanya.
Puas hatinya melihat wajah Soojin saat itu. Selama dua bulan selepas mereka tidak berkawan ini, Soojin sering kali cuba menyakitkan hati dia dengan bermesra dengan Jeno di hadapannya. Biar kali ini, gadis itu pula yang sakit hati.
"Yaa, kau-,"
"Apa?" Minji membalas renungan tajam Soojin itu sambil berjalan merapatinya.
"Tapi kan Soojin, hmm rambut kau ni tak cantik sangat pun macam aku. Kau mesti buat dekat salon murah kan? Ya lah, kau bukannya banyak duit sangat," kutuk Minji selamba.
"Yaa, kau kalau setakat hidup dengan duit Appa kau, tak payah lah nak berlagak sangat!" Soojin menepis tangan Minji yang menyentuh rambutnya itu.
"Kenapa pula aku tak boleh berlagak? Tu duit Appa aku. Kalau setakat aku guna untuk pergi buat rambut dekat salon paling mahal dalam dunia pun, tak luak lah duit dia. Kalau aku nak sponsor satu sekolah pun boleh. Tapi satu sekolah tu, tak termasuk kau lah copycat,"
"Berhenti panggil aku macam tu Hwang Minji!" jerit Soojin.
Beberapa orang pelajar yang ingin masuk ke tandas hanya berhenti di pintu. Takut melihat mereka yang sedang bertikam lidah itu.
"Tch, tu je gelaran yang sesuai," Minji berdecit sebelum dia berjalan pergi dari situ.
"Copycat," dua pelajar tadi ketawa sebelum mereka juga meninggalkan Soojin di situ.
Soojin menggenggam kedua tangannya menahan rasa marah. Setelah itu, jeritannya memenuhi seisi tandas. Rasa bencinya pada Minji makin membuak-buak.
YOU ARE READING
Feelings
Fanfiction"You're the sweetest feelings I know," Start|14/11/2022| End|31/12/2022|