54

121 19 0
                                    

"Doktor, saya balik dulu ya?"

"Okay Jiwon. Hati-hati,"

Setelah pembantunya itu keluar dan menutup pintu, Minho menyandarkan kepalanya ke kerusi kerjanya. Matanya dipejam dan kepalanya diurut perlahan.

Terlalu banyak perkara yang bermain di fikirannya sejak dua minggu ini. Satu per satu masalah datang dalam masa yang sama. Sehingga dia hampir hilang fokus saat merawat pesakitnya.

Keluhan dilepaskan lagi sebelum dia bangun dan mencapai beg kerjanya. Kunci kereta dan telefon bimbit yang dimatikan sejak tadi turut dicapai sebelum dia keluar dari situ.

Sementara itu, di sebuah restoran, Minji sedang setia menanti Minho. Jam di tangan diperhatikan lagi buat kesekian kalinya.

"Takkan dia lupa, dia yang booking," ujarnya perlahan.

Sudah hampir setengah jam dia menunggu namun bayang Minho langsung tidak kelihatan. Telefon bimbitnya dicapai dan nombor lelaki itu didial lagi.

Dan akhirnya, setelah beberapa kali mencuba, panggilannya diterima juga.

"Minji yaa,"

Minji terkejut mendengar suara lelaki itu yang kedengaran sangat lemah.

"Oppa okay?" soalnya.

Terus terlupa tujuan sebenar dia menelefon tadi.

"Minji yaa, boleh datang apartment saya? Saya perlukan awak,"

"Okay, saya datang sekarang,"

Panggilan ditamatkan dan dia segera bangun lalu berjalan laju keluar dari restoran. Kereta dipandu laju dan dalam masa kurang setengah jam, dia tiba di bangunan apartment lelaki itu.

Tidak memerlukan masa yang lama juga, dia kini sudah berada di hadapan unit apartment lelaki itu. Loceng ditekan dan beberapa saat selepas itu, pintu dibuka.

"Minji yaa,"

Tubuhnya dipeluk oleh Minho sebelum sempat dia melangkah masuk. Dia tersenyum dan mengusap belakang badan lelaki yang masih dengan kemeja kerjanya itu. Terus terlupa rasa marah buat lelaki itu kerana membiarkan dia menunggu lama tadi.

"Are you okay?" soalnya.

Minho meleraikan pelukan dan menggeleng perlahan.

"Kenapa?" soal Minji sambil mengusap pipi lelaki itu.

Minho tidak menjawab sebaliknya dia memeluk Minji lagi. Namun kali ini, dia sempat menarik gadis itu masuk ke dalam dan menutup pintu.

"Oppa, kenapa ni?" soal Minji risau.

Tubuh Minho ditolak sedikit menyebabkan pelukan terlerai.

"Takde apa, cuma penat. Lepas peluk awak, baru rasa bertenaga sikit," Minho tersenyum.

"Tch, ingat senyum macam tu, saya boleh maafkan Oppa lah?" Minji berjalan melepasi lelaki itu lalu ke sofa.

"Huh? Apa maksud awak?" soal Minho pelik.

"Ish, lupa lah tu. Kan dah janji harini nak dinner dekat restoran kawan Oppa tu,"

Minji mencebik perlahan. Sampai hati Minho lupa janji yang dibuatnya.

"Ah, mianhei. Saya betul-betul lupa Minji yaa,"

Tangan Minji dicapai dan dikucup.

"I'm so so so sorry," ujarnya.

"Banyak sangat ke kerja kat klinik tu?" soal Minji.

"Tak pun. Saya yang salah sebab lupa. Sorry," ujar Minho lagi.

"Saya lapar," Minji menyentuh perutnya.

"Okay, kalau macam tu, tunggu kat sini. Biar Chef Minho yang masakkan dinner untuk Princess Minji,"

FeelingsWhere stories live. Discover now