51

152 20 1
                                    

"Yaa, sampai hati kau," Heejin mencebikkan bibirnya.

"Mianhei. Aku bukan tak nak bagitahu, cuma waktu tu masih terlalu awal. Mana lah tahu, tiba-tiba lepas aku bagitahu kau, kitorang break ke,"

Heejin menjeling Minji geram. Ada ke patut, selepas hampir tiga bulan baru Minji menceritakan perihal dia dan Minho.

"Apa-apa pun, aku happy untuk kau. Akhirnya, kawan aku ni dah tak single lagi. Takde lah aku rasa serba salah sangat kalau aku tinggal kau sorang-sorang bila nak pergi dating dengan Hyunjin,"

"Tch," Minji ketawa.

Jujur, dia rasa beruntung mempunyai Heejin dalam hidupnya. Selepas penipuan Jeno di hadapan rakan sekelasnya dahulu, hanya Heejin yang masih mempercayai dia. Malah, saat dia ingin berpindah pun gadis itu menangis walaupun mereka baru sahaja berkawan.

Bila dia pulang semula ke tanah air, dia bertemu kembali dengan Heejin betul-betul di hari pertama mereka mendaftar di universiti. Sejak dari itu, mereka mula rapat sehinggalah sekarang.

"Yaa, Minho Sunbae tu memang abang Jeno ke?" soal Heejin.

Dari dulu lagi dia ingin tahu hal sebenar. Sejak pergaduhan Jeno dan Minho di kelas mereka dahulu lagi, persoalan itu bermain di fikirannya.

"Ya. Long story short, Appa diorang bercinta dengan Omma Minho Oppa, sampailah Minho Oppa lahir. Diorang tak sempat kahwin sebab keluarga Appa dia paksa dia kahwin dengan Omma Jeno,"

"Lah, kiranya bukan Omma Minho Sunbae lah perampas," komen Heejin.

Minji sekadar mengangguk.

"Ya, kalau ikutkan macam tu. Tapi itu lah, Minho Oppa kata, dia rasa hanya Appa dia je yang layak cerita perkara sebenar pada Jeno," ujar Minji lagi.

Itu lah apa yang diceritakan Minho padanya tentang hubungan dia dan Jeno bila dia bertanya pada lelaki itu.

"Cakap tentang Jeno, kau tak pelik ke kenapa dia belajar business macam kita? Bukan dari dulu ke semua orang tahu dia minat Biologi? Kenapa dia tak masuk medic school je?" soal Heejin keliru.

"Entah lah. Maybe dia dah tak minat," Minji mengangkat kedua bahunya.

"Eh, dah lah cakap tentang dia. Nanti tak pasal-pasal dia muncul pula,"

Minji tertawa perlahan.

"Tahu pun. Dah, sekarang ni kita discuss tentang topik yang masuk exam next week,"

Keduanya mula membuka buku masing-masing.

FeelingsWhere stories live. Discover now