Minho meregangkan badannya. Hampir tiga jam dia duduk di meja belajarnya. Bibirnya perlahan tersenyum saat melihat nota-nota yang dibuatnya untuk Minji itu.
"Tch, Lee Minho. Kau habiskan masa kau buat benda ni," dia tergelak.
"Takpe. Esok cuti, jadi boleh ulang kaji lagi,"
Dia menutup lampu meja belajarnya. Telefon bimbit yang berada di dalam laci dikeluarkan. Memang dia selalu menyimpannya di situ kerana tidak mahu mengganggu kosenterasi belajarnya.
"Omo!" dia terkejut bila objek itu bergetar kuat.
"Minji?"
Nama gadis itu tertera di skrin. Tanpa ragu, dia terus menerima panggilan itu.
"Hello?"
"Sunbaenim," suara Minji kedengaran sayu di hujung sana.
"Minji yaa, kenapa tiba-tiba call? Dah lewat ni, awak belum tidur?"
"Belum. Sunbae, Sunbae ingat tak? Sunbae cakap saya boleh call Sunbae bila saya nak makan coklat kan?"
"Mestilah saya ingat,"
"Sekarang. Saya nak coklat sekarang. Boleh Sunbae datang sini?"
"Minji yaa, sekarang kan dah lewat. Kalau esok-,"
"Please,"
"Minji?"
Minho terkejut mendengar suara Minji yang tiba-tiba menangis itu.
"Awak kat mana? Saya datang sekarang!"
Dia bergegas turun dari kerusi. Jaket di belakang pintu dicapai lalu dia meluru keluar bilik. Tangga diturun dengan laju sehingga dirinya melanggar tubuh lain yang ketika itu sedang ingin naik ke atas.
"Kau buta ke?"
Minho mengendahkannya lalu terus ke pintu.
"Lee Minho! Kau memang tak guna kan? Bodoh!"
Jeritan berbaur makian itu langsung tidak mengganggunya seperti kebiasaannya. Baginya Minji lebih penting saat itu.
Setelah mendapatkan lokasi keberadaan gadis itu, dia ke perhentian bas berdekatan rumahnya. Nasibnya baik kerana ada teksi yang berhenti di situ.
"Ahjussi, Sungai Han,"
Sepanjang perjalanan, tidak tenang hati Minho bila mengenangkan tangisan Minji itu. Buktinya, sebaik sahaja teksi berhenti, dia membayar tambang tanpa mengambil wang baki lalu terus berlari keluar.
Matanya melilau memandang sekeliling kawasan mencari kelibat Minji. Sambil itu, sebelah tangannya cuba menghubungi gadis itu.
"Angkatlah!" jeritnya geram.
Sambil masih belum berhenti mencuba, dia berjalan ke kawasan yang sedikit lengang. Dan kata hatinya benar, ada Minji yang duduk di kawasan bertangga di situ.
"Hwang Minji!" dia berhenti di hadapan Minji.
Minji mengangkat wajahnya. Pipinya merah seperti baru lepas ditampar dan hujung bibirnya sedikit luka. Dan yang pasti, wajah itu basah dengan kesan air mata.
"Sunbaenim,"
Minho tidak membalas, sebaliknya dia terus menarik Minji masuk ke pelukannya.
YOU ARE READING
Feelings
Fanfiction"You're the sweetest feelings I know," Start|14/11/2022| End|31/12/2022|