"Acik! Anaya letak sini ye barang acik!" laung Anaya."Hah letak je situ nanti acik ambik. Terima kasih ye, Anaya".
Anaya meletakkan plastik berisi barang dapur yang baru dia beli di kedai runcit Pak Mat.Mesti readers tertanya-tanya Anaya kerja ke tak?
Anaya kerja tetapi hanya sementara memandangkan dia tidak mengambil SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) gara-gara kekangan duit. Nak harapkan duit menoreh getah Nek Jah memang tidak cukup.
Sekarang ini pun Anaya menjual sayur-sayuran yang dia tanam sendiri seperti terung, cili, bayam dan kailan. Kebiasaannya, sayur-sayuran yang sudah dipetik akan dijual di kedai Pak Mat.
Nasiblah Pak Mat sudi bantu Anaya sara hidupnya dan Nek Jah. Tiap-tiap petang, Anaya akan singgah kedai runcit Pak Mat untuk ambil duit hasil jualan sayurnya. Pak Mat tidak meminta upah walau satu sen pun meskipun Anaya menawarkan 1/3 hasil jualannya kepada Pak Mat sebagai tanda terima kasih.
'Dah nak hujan ni, baik balik sekarang' bisik hatinya.
"Hah sampai pun kamu, ingat tak jumpa jalan balik dah".
"Ish nenek nih, Anaya tolong acik Mah beli barang tadi kat kedai runcit. Tu yang lambat balik" terang Anaya.
"Dah pergi mandi, berpeluh ni busuk" usik Nek Jah.
"Nenek ni... Anaya wangi lah" celotehnya sebelum bergegas ke bilik air di dapur untuk mandi.
-------------------------------------------------------------
"Kau dah buat apa aku suruh?".
"Dah tuan, tuan akan jumpa dengan dia hujung minggu ni di Restoran Satria.Saya dah booking bilik makan atas untuk privacy tuan dan dia".
"Bagus, macam mana dengan kes 1.3 billion tu? Dah dapat bukti?" soal Zane.
"Macam yang tuan sangkakan, memang kerja Malik. Dia berpakat dengan company enemy kita untuk songlap duit. Cuma yang jadi tangan untuk tolong tu, saya belum dapat track" terang Noah.
"Takpe, fokus cari bukti dulu".
"Pasal girl aku, kau dah dapat maklumat dia?" Zane memberi fokus pada sugar babynya pula.
"Ini biodata dia" Noah menghulurkan salinan biodata sugar baby.
ANAYA MIKAYLA BINTI ZAM LEE
18 TAHUN
LAHIR PADA 21/2/2004
KACUKAN CINA MELAYU
ANAK YATIM PIATU
DIBESARKAN OLEH NENEK KANDUNG
PELAJARAN SEHINGGA PT3
TINGGAL DI JOHOR BAHRU,JOHOR."Hmm... 18 tahun ye".
"Mestilah tuan. Takkan saya nak pilih girls yang bawah umur pulak untuk tuan" Noah tertawa kecil.
"Apa aku tua sangat ke?" bidas Zane tidak puas hati.
"Nothing tuan" sengih dia tanpa rasa bersalah.
"Anyway, malam ni ajak Zack pergi gym sekali. Aku nak fight dengan dia dalam gelanggang" arah majikannya.
"Aye tuan".
-------------------------------------------------------------
"Tanam-tanam ubi, tak perlu dibaja. Orang berbudi, kita berbahasa".
"NENEK!" sergah Anaya.
"Kau nak kejutkan aku ye?" sombong sekali riak muka Nek Jah.
"Eii nenek ni tak sporting langsung" muncung sedepa mulut Anaya.
"Dah solat maghrib belum?".
"Udah nek, jom makan Anaya hidangkan" ajak Anaya.
"Hah yelah".
-------------------------------------------------------------
Buk!
"Arghh!".
"Asal kau lembik semacam harini Zack" sinis Zane berkata-kata.
"Cis, bongkak betul!" dengus Zack.
"Dahlah aku nak rest kejap" pinta Zane.
"Aku dengar Malik buat taik Kat company kau, betul ke?" soal kawannya dengan tangan menghulurkan sebotol air mineral pada Zane.
"Orang bodoh macam tu lah. Ada hati nak main dengan api" dia tertawa kecil.
"Kau nak buat apa dengan dia? Banyak tu dia ambik. Kalau setakat 5000 boleh lah kau nak tutup mata. Ni berbillion. Gila ke apa?" Zack menggeleng kepala.
"Duit dan kuasa buat manusia hilang akal Zack" balas Zane sambil menepuk bahu Zack.
"Huh? benda tu takkan kekal pun... Ingat senang ke nak dapat? Guna short cut memang makan dirilah".
"Biarkan dia. Dia pilih jalan ni so dia kena lah hadap hukuman dari aku. Ingat aku nak biar dia senang-senang masuk lokap ke?" Dia tersenyum senget.
Akalnya merancang macam-macam untuk kenakan Malik.
"Nanti roger-rogerlah kat aku. Fun jangan sorang-sorang bro" .
"We shall see Zack".
-------------------------------------------------------------
YOU ARE READING
Papi Dulce (Completed)
FantasyKarya Pertama In Editing Start : 26/3/2022 End : 28/4/2022 Let's jump to our hero first Alexander Malokev (Zane) Berumur 26 tahun.Ceo of Royal A.M. company dan dalam masa yang Sama menjalankan perniagaan illegal which is u will find out once you re...