chapter 26-Incalculable (Untold)

15.8K 369 5
                                    

"Tuan".

"Hmm?".

"Masa kita balik nanti, dah genap seminggu tuan kurung Juwita" teragak-agak Noah memberitahu.

"Ye aku tahu,nanti kau pulangkan dia balik " ujar Zane dengan nada menyampah.Dia tak hingin nak kurung Juwita lama-lama.Menyusahkan!

"Macam mana dengan puan Anaya?" soal Noah.Risau jugak jika terkantoi.

"What about her, it's better to be untold" bidas Zane.

"Tapi tuan tak risau ke jika dia dengar dari mulut orang tak sepatutnya? " celah Noah.

Kadang-kadang tuannya ini terlepas pandang isu serius macam tu.

"Sape je nak cakap selain aku dan Juwita? Lagipun kalau Juwita buat, aku bagi jelah gambar dia melacur badan dia kat parents dia.Apa susah" dengus Zane.Noah terdiam.

---------------------------------------------------

"Eh, korang turun bawah lagi? ".

"Haah puan, nak ambik spot rim tayar, biasalah kereta kadang-kadang problrm sikit".

Anaya mengangguk faham.Dia tak tau kenapa dia rasa dia perlu ke basement bawah.Seperti ada seseorang memanggilnya.Menghalau tanggapan tersebut, dia beredar naik ke bilik.

"Fuh, nasib puan tak curiga.Kalau tak habis kita kena dengan tuan" ujar salah seorang bodyguard.

Mereka perlu turun kerana Zane mengarahkan mereka untuk berjaga di situ apabila dia tiada.

"Ayah, polis tak cakap pape lagi ke pasal adik? " tanya Zaril tidak sabar.

Sudah seminggu adiknya hilang.Dia lantas balik ke rumah ibu ayahnya bila dapat tau hal tersebut.

"Sabarlah Zaril, taulah polis kerja dia nak kena buat apa...Sekarang kita kena berdoa and tawakal banyak-banyak" pujuk Kamarul.

Hati ayah mana tidak risau bila anak perempuannya tidak balik selepas keluar.Seminggu pulak tu.
"Abang, jomlah kita cari dia " sebak Aishah.

Mereka sudah cari di tempat Juwita selalu pergi tapi tidak menjumpai apa-apa.Zane licik.

"Nak cari dekat mana Shah? Dah macam-macam tempat kita pergi cari" keluh Kamarul.Zaril pula menunduk kesal.

"Kalau saya tak biarkan dia keluar, semua ni takkan jadi bang... " ujar Aishah teresak.

Juwita yang suka keluar kadang-kadang merisaukannya tapi apakan daya, dia tidak suka mengongkong anaknya.

"Ibu.. Tak baik cakap macam tu.In shaa Allah adik baik-baik je" pujuk Zaril seraya memeluk tubuh ibunya.

Aishah terusan menangis di bahu anak lelakinya.


"WOI PEREMPUAN! Bangun! " kejut Talia.

Menyusahkan.Juwita terpinga-pinga.Dia baru nak melelapkan mata.

"Kau tak nak balik ke isk?" decit Talia.Jadi satu hal pulak dia kena menghantar Juwita pulang.

"N-nak! " angguk Juwita laju.

Talia melemparkan sepasang baju kurung dan sehelai tudung sarung.Dia main beli saja.

"Pakai cepat! Lambat aku tinggal kau kat sini terus " balas Talia.

Juwita segera memakai pakaian yang diberikan.Untung sahaja dia sudah mandi di bilik air di dalam basement.

---------------------------------------------------

"Yeay!  Abang dah balik " ujar Anaya gembira ketika menyambut kepulangan suaminya.

Zane tersenyum nipis melihat gelagat isterinya.

Papi Dulce (Completed) Where stories live. Discover now