"Daddy~jom bangun nanti lambat pergi kerja" kejut Anaya lembut.Selalu suaminya bangun awal dari dia.
"...." Zane diam tidak berbunyi.
"Abang" Anaya menggoyang lembut pula bahu suaminya.
Tiada tindak balas.Dia melekapkan tangannya di dahi dan leher suaminya.Panas.Tangan cepat menggapai telefon.
"Hello Noah, tolong naik atas.Zane demam tak bangun ni! ".
"Dia tak apa-apa cuma demam je.Saya perasan badan dia macam penat dan emosi dia agak terganggu.Dia ada sibuk ke kebelakangan ni? " tanya Doktor Alicia.
"Haah sebab ada projek besar tapi dah selesai dah" terang Anaya.
"Oh, ni saya kena tahan dia dekat ward.Badan dia kurang air and suhu tinggi.Noah ada minta saya pindahkan suami puan ke ward first class.Nanti pergi ke kaunter untuk isi borang ye" suruh Doktor Alicia sebelum meminta diri.
"Jarang-jarang tuan jatuh sakit teruk macam ni" ujar Noah setelah selesai menguruskan kemasukan ke ward.
"Hmm, awak rasa ada apa-apa jadi ke selain dia penat bekerja? " tanya dia.
Noah selalu berada di sisi suaminya ketika dia tiada.
"Saya tak tahu puan.Tuan ni jenis perahsia lagi-lagi hal peribadi dan emosi" beritahu Noah.
"Oh... Kalau macam tu nanti balik minta Talia packing barang saya sikit.Saya nak jaga suami saya" arah Anaya.Noah mengangguk patuh.
"Hei abang... " panggil Anaya sebaik sahaja mendekati katil suaminya.
"No me despiertes (Don't wake me)" suara serak Zane perlahan menyahut.
"Hah? Abang cakap apa? " dia kurang jelas.
"Jangan kejut aku".
"Okay okay, abang nak rehat ye.Nanti apa-apa panggil Anaya.Anaya duduk kat sebelah ni" ujar Anaya sambil mengemaskan selimut suaminya.
Zane diam.Emosi dia sedikit terganggu selepas peguam berjumpa dengannya tentang harta peninggalan keluarganya.Memandangkan dia seorang anak tunggal jadi dia dapat kesemua harta tersebut kerana kedua ibu bapanya anak yatim piatu.Tapi dia tak nak!
'It's true... We can't run away from our past'.
---------------------------------------------------
"Tuan, tadi peguam jumpa saya,minta saya bertanyakan pada tuan untuk mengurus wasiat" beritahu Noah.Anaya baru sudah menyuapkan bubur kepada suaminya.
"Cakap dekat dia, aku tak kisah dia nak bagi dekat anak yatim ke apa, yang aku tahu aku tak nak simpan satu sen pun" arah Zane keras.Dia tidak mahu semua itu.
"Kenapa pulak dia yang kena uruskan, abang yang kena buat semua tu" ujar Anaya lembut.
"Aku malas nak ambik tahu apa-apa berkaitan dengan orang tua tu" dengus Zane.
"Apa abang cakap macam ni tak baiklah" tegur isterinya tidak senang.
"Habistu apa diorang dah buat dekat aku dulu baik sangatlah" sangkal Zane.
"Erm puan, takdi doktor Alicia cari puan tadi" sampuk Noah.
Dia tahu isu yang dipertikaikan oleh mereka isu yang sensitive.Noah lantas mengiring Anaya keluar dan membiarkan Zane bersendirian.
"Mana doktor Alicia? ".
"Maaf puan, saya terpaksa menipu.Kalau boleh puan jangan lah bertanyakan tentang ibu bapa tuan" tegur Noah.
"Kenapa pulak?itu kan keluarga saya jugak" balas Anaya.
"Tapi tuan tak pernah anggap mereka sebagai keluarga dia" .
"Apa maksud awak? " semakin curiga dia.
"Saya akan cerita tapi bukan sekarang, bukan dekat sini.Kalau boleh puan elakkan diri dari masuk campur urusan yang satu itu" pinta Noah.
"Hai kak, mana Anaya? " tanya Zaril.Tak nampak pun dia.
"Oh Anaya ambik emergency cuti harini.Suami dia masuk ward tak sihat" beritahu Kak Lia.
Zaril mendecit.
'Sakit sikit je pun mengada nak kena jaga' kutuk hatinya.
"Ah nih awak nak order ke tak?".
"Nak nak, macam biasalah kak".
"Apa yang saya tak tahu pasal Zane? " tanya Anaya terus-terang.Sekarang mereka berada di kantin hospital.
"Puan selalu tengok kan badan tuan? Puan perasan tak apa yang ada dekat badan tuan? ".
"Parut...banyak macam parut kena libas dengan benda tajam" beritahu Anaya.
Dia ada bertanyakan pada suaminya tapi Zane tidak menjawab dan sering menukar topik.
"Tuh semua berpunca daripada parents tuan sendiri.Tuan dulu ada major depression dan insomnia tapi setahun sebelum tuan jumpa puan, keadaan dia dah membaik" terang Noah.
"A-apa maksud awak parut tuh berpunca dari parents suami saya? " dia seakan-akam tidak percaya.
"Let say tak semua mak ayah layak ada anak" ayat Noah cukup menceritakan sesuatu tentang suaminya.Zane kena dera sewaktu ibu bapanya hidup!
"J-jadi be-betullah yang Zane bunuh paren-".
"Tuan terpaksa, kalau tak puan takkan jumpa tuan sekarang ni.Undang-undang tidak dikenakan pada tuan sebab perbuatan tuan adalah satu perlakuan mempertahankan diri" potong Noah.
"Tapi takkanlah sampai membunuh! " sangkal Anaya.
"He have no choice puan.Kalau dia tak buat, dia yang akan mati" tegas lelaki itu.
"...." Anaya terdiam.
"Please, don't judge him just because he was a murderer before.Memang betul tuhan bagi pilihan, tapi pilihan yang tuan ada hanyalah sama ada biar dia dibunuh atau dia bunuh mereka".
"S-saya tak tahu nak cakap apa" kelu lidahnya.
"Takpe saya paham, it takes time.Lepasni puan jangan usik pasal topik tu.Saya takut emosi dia terganggu and jadi macam dulu" nasihat Noah.Anaya diam.
---------------------------------------------------
"Abang, jom bersiap balik rumah.Doktor kata dah boleh balik" gembira Anaya bila suaminya sudah boleh balik.Rindu dia nak tidur dalam dakapan Zane.
"Okay, jom mandikan aku" ajak Zane nakal.
Anaya tersengih akan permintaan suaminya sambil memimpin Zane ke tandas
Dush
"ABANG! " habis basah dia kena siram dengan suaminya.
"HAHAHAHAHAHAH" Zane ketawa besar melihat muka terkejut sugarnya.Lucu pulak.
"EIII SINI ABANG" Anaya lantas membuat serangan balas.
"Abang nak makan apa-apa tak? " tanya Anaya sebaik sahaja sampai ke rumah.Saja orang baru sihat mesti craving.
"Erm nak sambal udang dengan kailan masak ikan masin boleh? " pinta Zane.
"Boleh je daddy~".
"Jom, kita masak sama-sama" ajak Zane dengan sengihan nakal.
"Tak payah, tak termasak nanti.Abang pergi naik atas mandi" halang Anaya.Zane menayang muka tidak rela.
"Yelah"
---------------------------------------------------
YOU ARE READING
Papi Dulce (Completed)
FantasyKarya Pertama In Editing Start : 26/3/2022 End : 28/4/2022 Let's jump to our hero first Alexander Malokev (Zane) Berumur 26 tahun.Ceo of Royal A.M. company dan dalam masa yang Sama menjalankan perniagaan illegal which is u will find out once you re...