chapter 16-Dulce vida (Sweet life)

20.9K 443 29
                                    

Buka sahaja mata,wajah tampan Zane memenuhi pandangannya.Seketika pipinya memerah.Ihiks.Saya sudah bersuami, awak ada?Takde,hmph lemah.

"A-abang" kejut Anaya.

Dah masuk waktu subuh.Dia mengoncang lembut bahu Zane.Eh kejap,Zane tak pakai baju? Huwaa.

"Hmm" rengek Zane dengan suara serak-serak basah.

Dia masih tidak membuka mata sebaliknya menarik Anaya merapat dan peluk.Sabarlah dulu, penat lagi bagi dia charge kejap.

"Bangunlah abang" pujuk Anaya lembut sambil mengelus rambut dadd-eh suaminya.

'Lembutnya rambut dia, macam rambut baby' sempat lagi Anaya memuji suaminya di dalam hati.

Zane lekas bangun dengan rambut bercacak.

"Jom" ajak Zane.Jom pergi mana?  Pergi ambik wuduk solat lah eii fikir apa tu.

"Assalamualaikum wbt" Zane memberi salam pada bahu kanan dan berakhir dengan bahu kiri.

Dia berpusing menghadap Anaya dan mengisyaratkan Anaya supaya dekat dengannya.Anaya hanya patuh sahaja kerana dia pikir Zane ingin menyuruh dia salam.

Zane meletakkan telapak tangan kanannya di atas kepala isterinya dan membaca beberapa potong ayat surah Al-Furqan.

وَٱلَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَٰجِنَا وَذُرِّيَّـٰتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍۢ وَٱجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا ٧٤

And those who say, "Our Lord, grant us from among our wives and offspring comfort to our eyes1 and make us a leader [i.e., example] for the righteous."

Anaya terpaku.Dia tidaklah memandang rendah pada Zane,tapi dia tak pernah nampak sisi yang satu ini.Kucupan bibir merah Zane pada dahinya menyedarkan dia.Merah pipinya.

"Nanti aku akan buat macam ni tiap-tiap kali kita solat berjemaah " ujar Zane lembut.

Anaya diam menundukkan kepala.

"Jom kita pergi breakfast kat bawah " ajak Zane seraya bangun melipat sejadah dan bersiap ala-kadar untuk bersarapan di ruang makan hotel.Anaya mengikut langkah suaminya.

---------------------------------------------------

"Kau kenapa dik, tiba-tiba je jatuh sakit" tanya Zaril pelik.

Bukannya dia tidak perasan balik sahaja dari aktiviti memasak untuk majlis akad nikah, Juwita demam panas.

"T-takde papelah bang" dalih Juwita.

Memang taklah dia nak jujur, nanti abangnya bagitau ibu dan ayah mereka.

"Abang... Anaya dan Zane jadi ke berkahwin? "

"Jadilah apa pulak tak jadinya" pelik-pelik soalan adik perempuannya.

"Kau buat apa sampai kau tanya macam tuh hah? " tebak Zaril.Mesti ada sebab.

"M-mana ada"

"Kau jangan macam-macam dik.Abang tahu kau kacau diorang, abang bagitau ibu dengan ayah" ugut Zaril.

Dia sendiri sudah berhenti kacau pasangan pengantin tersebut.

"Ish abang tak payah sibuklah " bengang Juwita.

Menyibuk je.Ingat dia semudah tu mengalah.Juwita yang sememangnya terkenal dengan sikap degil dan keras kepala.

"Okay fine! Kalau jadi pape kau jangan nak cari abang atau mak ngan ayah" kesal Zaril dengan perangai adiknya.

Tidak serik-serik.Juwita hanya memekakkan telinga.Orang tengah sakit, dia makin menyakitkan hati.


"Macam mana dengan perempuan tu? "

"Saya dengar dia jatuh sakit lepas malam tu, semalam pun dia takde masa majlis bersanding" beritahu Noah.

"Make sure dia tak dekat dengan Anaya, aku tak nak dia cite benda mengarut" arah Zane.

Noah mengangguk patuh.Zane tahu Juwita takkan berhenti setakat itu,lihatlah saja perlakuan berani Juwita pada dua malam lepas.

"Tuan, Mark dah dapat contact dengan leader Cheetah".

Cheetah adalah sebuah kumpulan Mafia yang berpengaruh di Asia Tenggara.Mereka terputus hubungan beberapa bulan yang lalu akibat masalah komunikasi.

"And? "

"Minggu depan tuan boleh berjumpa dengan dia" sambung Noah.

Mereka ada urusan penjualan senjata.Zane menjalankan penjualan senjata api terbesar di Asia dan Sepanyol.Polis juga turut berurusan dengannya kadang-kadang kerana senjatanya semua berkualiti tinggi dan terkini.

"Okay".

---------------------------------------------------

"Eh a-bang" terkejut Anaya bila suaminya tiba-tiba memeluknya.

Dahlah dia tengah siang ikan, memang badan dia berbau hanyir.Mereka sudah pulang ke rumah Nek Jah.

"Hmm.. Kau nak masak apa? " soal Zane.

"N-nak masak gulai ikan abang" jawab Anaya.

Malu dia bila Zane tak segan-segan bermesra dengannya.

"Amboi..  Bukan main kat dapur tuh " usik Nek Jah.

Masuk je dapur,dia dapat tengok Zane berkepit dengan cucunya.Zane hanya tersenyum manakala Anaya tersipu-sipu.

"Nenek nih... "

"Masak dulu baru beromen, nenek lapar ni"

"NENEK! "

"HAHAHAHAHAHAH"

"Sugar".

"Ye abang".

"Bila kau nak bagi hak aku?" tanya Zane.

Asal dalam banyak-banyak topik, topik itu juga Zane pilih untuk jadikan sebagai topik perbualan mereka.

"H-hak apa abang" gagap Anaya bertanya.

Bukannya dia tak faham,tapi lebih kepada malu.

"Aku tanya je...".

"Abang n-nak ke? " tanya Anaya perlahan.

"Kalau kau nak bagi aku okay je, tapi aku tak nak buat masa kau tak rela" Zane boleh je nak terkam Anaya sekarang,cuma dia tak nak lakukan hubungan itu dalam keadaan Anaya tidak bersedia.

"Abang bagi Anaya masa boleh?.. Semua nih terlalu mengejut untuk Anaya" pinta Anaya lembut.

"Berapa? ".

"Berapa apa? ".

"Berapa banyak masa kau nak minta? " soal Zane.

"Erm.. Nanti Anaya bersedia Anaya cakap ye" pujuk Anaya.

"Hmm...okay deal, tapi aku nak usik kau sikit" nakal Zane memandang tubuh Anaya.

"Maksud ab-eh! " belum sempat Anaya habis bertanya, Zane sudah mengendong tubuhnya dan direbah di atas katil.

Zane panjat menindih tubuh isterinya,tangan laju melurutkan bahu baju tidur isterinya sebelum menyembam wajahnya di situ.Keras kejang tubuh Anaya.

"Hmm cup" Zane mulakan aktivitinya dengan Anaya mengeras diam.

---------------------------------------------------

Zaril leka memandang gambarnya bersama dengan Anaya, gambar semasa mereka mengambil keputusan Pt3.Itulah saat di mana dia jatuh cinta dengan Anaya Mikayla.

'Abang harap Anaya bahagia.. ' getus hati Zaril.

Tidak mengapalah, jika gadis itu bahagia,dia pun turut tumpang bahagia.

Perlahan-lahan dia simpan barang-barang kenangannya dan Anaya di dalam sebuah kotak.Dia tak boleh terusan begini,dia kena hapuskan perasaan itu.Dia tak nak mengeruhkan lagi hubungan mereka yang sudah keruh itu. Nanti dia nak berjumpa dengan Zane dan Anaya untuk meminta maaf.

'Maafkan aku'
---------------------------------------------------

Papi Dulce (Completed) Where stories live. Discover now