chapter 22-Misión cumplida (Mission accomplished)

16.7K 395 26
                                    

Pukul 1 pagi lagi Zane sudah bangun bersiap.Dia ada misi untuk diselesaikan.Rupanya markas Black Eagle ada di Malaysia.Patutlah bila mereka cari di Eropah, langsung tiada jejak.

"Sleep tight sugar" bisik Zane sebelum tunduk mencium dahi Anaya.

Kali ini dia akan hapuskan Black Eagle tanpa Lucas.Dia sudah menyuruh orang-orang bawahannya bersiap sedia untuk malam ini.

Zane memandu Ferrari 812 Superfast manakala para pengikutnya memandu Mercedes G Wagon.Dua buah helicopter hitam turut bergerak ke lokasi markas Black Eagle.

Zane tidak risau dengan polis,kerana selagi Zane tidak mengancam nyawa orang yang tidak bersalah, selagi itu polis tidak akan ambik tindakan.Ini adalah hasil daripada urus niaga dia dengan pihak pertahanan.

"Tuan, kita sudah dekati lokasi mereka " ujar Noah melalui earpieace.

Dia memandu salah satu helikopter.

Mereka memberhentikan kereta tidak jauh dari markas Black Eagle.2/3 akan tunggu diluar manakala bakinya akan pecah masuk ke dalam markas.

Orang-orang Zane yang berada di helikopter mula menembak konco-konco Black Eagle yang sudah menyedari kehadiran mereka.Tidak lupa jugak dengan molotov yang di baling dari atas.

Zane berjaya masuk melalui tingkat 3 semasa huru-hara berlaku di luar.Markas ini besar dan mempunyai 3 tingkat.Di dalamnya terdapat banyak dadah jenis Flakka tersimpan untuk dijual di Eropah.Zane mendecit tidak suka.

Dia lantas menyiram mesin yang diguna untuk membuat dadah dan stok-stok dadah yang lain menggunakan minyak petrol yang dibawanya.Dia mengeluarkan pemetik api dan mula membakar dari tingkat 3.

Orang-orang yang ada di dalam bangunan mula bertempiaran lari apabila api merebak dengan cepat dari tingkat atas.

Noah menjatuhkan tali untuk Zane panjat naik ke helikopter sebelum menurunkannya di tempat mereka letak kereta.Kereta dipandu laju kerana konco-konco Black Eagle sedang mengejar mereka.

Zane lantas setkan kereta dia auto-drive sebelum mengambil sniper.Dia menendang pecah cermin kereta belakang sebelum mula menembak.Orang-orangnya juga melakukan benda yang sama.

Bang bang

Bum

Satu kereta terbang tinggi selepas meletup.Zane tersenyum sinis sebelum mengarahkan orangnya untuk tembak menggunakan Grenade Launcher pula.

Tidak sampai 2 jam berlawan kesemua kereta musuh sudah hangus meletup.

---------------------------------------------------

"Abang.. ".

"Hmm".

"Abang pergi mana semalam? " soal Anaya curiga.Dia terjaga ketika Zane keluar bilik.

"Aku ada hal semalam tapi jangan risaulah dah settle " jawab Zane bermalasan.

"Ouh.. Abang, esok kita balik rumah nenek kejap boleh tak? Anaya rindulah " rengeknya.

Zane berfikir sebentar.Kalau singgah kejap mungkin tidak ada masalah kut.Zane bangun bersiap ala-kadar.

"Nak pergi mana abang? " soal Anaya blur.

"Cepatlah kata nak jenguk nenek".

"Ouh okay-okay".


"Ya Allah, asal datang tak cakap kat nenek hah? " terkejut Nek Jah bila melihat cucunya dan suami cucunya tiba-tiba datang.

"Saje je nek, tak rancang pun nak balik sini harini " balas Zane.Tak lepas isterinya peluk Nek Jah.

"Hah meh masuk, mesti penat".


Papi Dulce (Completed) Where stories live. Discover now