Noah X Talia 3

7.3K 241 10
                                    


"Oh my god geramnya eii" Anaya geram mahu meramas-ramas Cassandra.

Kucing itu pulak jual mahal dengannya humph!

"Miau" Adham Zafran tertawa.

"Miau" dia meniru bunyi yang dihasilkan oleh Cassandra.

Talia dan Anaya ketawa melihat keletah Adham Zafran.Jakun lah tu.

"Tak sangka mamat beku macam Noah suka kucing ye? " ujar Anaya.

"Kan? Saya pun tak sangka dia suka kucing.Tak pernah tengok jiwa binatang dia tu.Dah kahwin baru betul-betul kenal" Talia membelai tubuh Cassandra yang elok berguling di ribanya.Amboi!

"Adham suka kitten ke? Hah cuba pet kepala dia" Talia menyuakan Cassandra ke Adham Zafran.

Adham Zafran tersengih dan mula menarik telinga kucing tersebut.

"Adham! Sakitlah dia" tegur Anaya sambil melarikan tangan anaknya.Lagi dilarang lagi dia buat.

Cassandra menayang muka redha.

"Gemuk lah dia ni macam Adham.Boleh geng" Cassandra berjalan duduk di sebelah Adham Zafran pula.

Noah kata dia jarang bawa kucingnya itu keluar.Setakat ulang-alik dari rumah ke vet.

"HAHAHAHAH SAIZ PUN NAK SAMA" kutuk Talia sambil ketawa besar.

Anaya turut ketawa.Bila letak menyebelah macam tu nampak macam sama saiz.

"Ba Ah" Adham Zafran menepuk kecil tubuh Cassandra.Sesekali dia tunduk cium pipi bulus itu.

"Auw! So sweet anak puan ni.Kecik-kecik dah pandai tunjuk sweet" dia mahu menjerit geram melihat aksi Adham Zafran yang tidak segan-segan mencium Cassandra.Ikut bapak!

"Nanti bawaklah dia selalu ke sini Talia.Boleh diorang berkawan" pinta Anaya.

Talia mengangguk setuju.Sekali-sekala kenalkan budak kecil dengan binatang, baik untuk tumbesaran otak!

"Awak nak tolong saya masak tak? Zane kata nanti Noah makan sekali alang-alang awak ada dekat sini teman saya" soal Anaya sambil membetulkan rambut lebat anak lelakinya.

"Boleh je tapi nak masak apa? ".

"Masak tomyam campur dengan kailan masak ikan masin".

"Assalamualaikum" laung Noah sebelum berjalan masuk bersama Zane.

"Waalaikumussalam, hah masuk lah" pelawa Mak Leha.

"Mana isteri Zane?" soal Zane sambil menanggalkan stokin kerjanya.

"Ada tu kat dapur tengah masak.Talia pun ada sekali" beritahu Mak Leha.Noah mengangguk faham.

"Eh dah sampai, kitorang baru nak hidangkan" tegur Anaya sebaik sahaja nampak kelibat mereka masuk ke dapur.

"Takpe meh abang dengan Noah tolong susun pinggan" pelawa Zane.Noah tidak banyak mulut menolong.

"Hmm sedapnya, thank you for the dishes sayang" ucap Zane ikhlas.Masakan isterinya tiada tandingan.

"Alah Talia pun tolong sekali tau Noah" beritahu Anaya.

Talia malu-malu.

"Thank you honey" ucap Noah dengan senyuman kecil.

"No problem... ".

"Erm abang, jom naik atas kejap.Anaya nak tunjuk something" Anaya menarik lengan suaminya meninggalkan dapur.

Saja mahu memberi privasi pada pasangan pengantin baru itu.

"Nanti balik kau jemput aku ke? " tanya Talia memecahkan kesunyian.Kekok!

"Yeah, ke kau ada nak pergi mana-mana? ".

"Takde, just nak confirmkan" Talia memandang pelik bila suaminya menyuakan sudu berisi nasi dan sotong.

"What? ".

"Eat more honey, kau kena makan banyak.Kau bekerja so you need enough energy" arahnya.

Talia memandang kiri kanan atas bawah depan belakang.Okay line clear!

Malu-malu dia membuka mulut menyambut suapan suaminya.Syahdu!

Noah mengelap sisa makanan di tepi bibir isterinya dengan ibu jarinya sebelum di bawa ke lidahnya sendiri.

Talia membuntangkan matanya.Noah jilat sisa dia! Oh tuhan hati ini dup dap dup dap.

"Takpelah aku boleh makan sendiri" tolak Talia apabila suaminya mahu menyuap lagi.

"You blushing honey" tegur Noah.Talia menundukkan wajahnya.Nampak sangat ke?

Noah memegang dagu isterinya lalu didongakkan sedikit.

"Kau malu? ".

"Mana ada!" dalih Talia.Noah ketawa melihat aksi malu-malu isterinya.Baru kahwin katakan.

---------------------------------------------------

"Hei yo! " tegur Talia sebaik sahaja masuk ke dalam kereta Mercedes milik suaminya.

Noah menghulurkan tangan kanannya.Talia yang faham terus menyalam dan mencium tangan berurat suaminya.

"Sorry lambat" ucap Noah sambil mengusap kepala isterinya sebelum menekan pedal minyak.

"Takdelah lambat mana.5 minit je pun".

"Next week kita pergi oversea".

"Hah? Buat apa? Ada kerja ke? "  baru kahwin dah kena kerja oversea.

"Bukan kerja, but something else.Aku mohon cuti seminggu" beritahu Noah.

"Dekat mana? Nak buat apa pergi oversea? " bingung dia.Baru balik dah dikejutkan.

"Kanada, honeymoon" jawab Noah singkat.

"Oh" Talia mengangguk.Kemudian dia memandang semula muka suaminya.Kejap,honeymoon?!

"Ah erm perlu ke honeymoon? " tanyanya.Kalau honeymoon mesti kena rasmi malam pertama sob sob.

"Kau anggaplah short vacation.Lagipun aku dah lama tak bercuti sebab takde teman.Ni aku dah kahwin of courselah aku nak melancong".

"Erm kenapa Kanada? " tanya Talia ingin tahu.

"Sebab situ aku dibesarkan.Lagi satu, dekat sana best.Bersih, orangnya pun baik" sesekali Noah memandang Talia.Tengah pandu kereta kut.

"Oh kiranya kau nak bawak aku menjelajah tanah air kau lah ni".

"Lebih kurang".

"Kita je, I mean both of us? ".

"Yeah, habistu nak angkut sape lagi? " tanya Noah pelik.

"Cassandra? " kesian pulak kalau tinggalkan kucing itu sorang-sorang.

"Cassandra tak pernah naik flight.Dia naik kereta pun meragam" tolak Noah.Gila kucingnya nanti.

Betul juga.Tadi masa dia bawak ke rumah puannya, tak berhenti kucing itu mundar-mandir di dalam kereta.

"Hmm okaylah macam tu.Best juga sekali-sekala cuti pergi melancong" Talia bersetuju.

"Kau tak payah risaulah pasal first night.Kalau kau tak bersedia aku takkan paksa cuma janganlah lama sangat.Kesian aku" sedih kedengaran suara suaminya.

"Ma-mana ada aku risau pasal tu" dalih Talia sambil berpura-pura membetulkan tudung shawlnya.Noah ada antena tersembunyi ke apa?

"Tapi kalau nak rasmikan dekat sana aku lagi suka.Boleh buat baby made in Kanada" bisik suaminya nakal.Nasib traffic light tengah merah.

Talia lantas mengalihkan wajahnya ke cermin tingkap.Noah gatal!

---------------------------------------------------

Baby made in Kanada?

Papi Dulce (Completed) Where stories live. Discover now