"Nampak tak tu? Kecik je macam biji kacang hijau"."Nampak! Comelnya kecik lagi" teruja Anaya melihat ultrasound kandungannya.Zane setia berdiri di sebelahnya.
"Nanti kena makan makanan berkhasiat banyak-banyak.Baru baby membesar dengan sihat.Fast food, gula-gula tu kalau boleh elakkan.Emosi kena jaga, kalau si ibu stress, baby dalam perut pun sama stress" panjang lebar doktor berucap.
Zane mendengar dengan tekun.Anaya mula menayang muka tidak puas hati bila doktor sentuh bab makan.
"Kau dengar tu, doktor kata fast food, jajan tak boleh makan".
"Alah bukan selalu pun" dengusnya.
"Kau ingat aku tak tahu? Pagi-pagi buta dalam pukul 2 pagi kau melantak kat dapur.Makan potato chips lah, aiskrim lah, mi segeralah" Zane menjegil sedikit matanya.
Pipi dah lah makin tembam.Berkerut muka Anaya.Tak sangka suaminya tahu.
"Dah jom, kita pergi mall.Aku nak beli buah banyak-banyak untuk kau" ajak suaminya.
"Tak nak buah...masam" rengek Anaya.
"Takde-takde kena makan jugak.Aku nak beli watermelon, pisang dengan mangga.Tiap-tiap kali makan malam, kau kena makan buah tu" tegas Zane.
Hello,anak dia kut dalam perut tu.Of course dia jaga betul-betul!
"Ish, tak suka" decit Anaya perlahan.
"Weh, kau rasa comel tak baby tuan nanti?" Talia menyiku lengan Noah.
Mereka berdua setia mengikut pasangan itu dari jauh.
"Manalah aku tahu, macam aku bini dia pulak".
"Nanti kita beli hadiah untuk baby diorang" ajak Talia sambil mengangkat keningnya beberapa kali.
"Kita?" tangan Noah menghala pada dadanya.
"Yelah, kau tak nak beli hadiah ke untuk baby tuan? " tanyanya pelik.
"Alah aku bagi duit jelah, malas aku nak cari barang-barang baby" sombongnya.
Eh takde masa dia nak beli barang baby.Awek pun dia tak cari inikan pulak barang baby.
"Eh kau, takde-takde kena beli jugak.Ni kan first child tuan.Duit tuh kau bagi sekali lah" bantah Talia.
"Aku malaslah".
"Takpe aku ada, aku tolong kau beli sekali tapi kau kena ikut" putusnya.
Noah hanya menayang muka redha sahaja.Perempuan...takkan menang punya kalau lawan.
---------------------------------------------------
"Abang-tak nak! ".
"DIAM!! " pekik Zane.
"Tak na-k sa-kit! " rayu Anaya.
"Shhh, quiet my sugar".
"Allah!" Anaya termengah-mengah.
Mimpi buruknya muncul kembali.Dia kerap bermimpi buruk selepas kejadian dia bergaduh besar dengan suaminya pasal Zaril.
"Sugar, kau okay?" Zane terjaga apabila isterinya bangun secara kasar.Dia melihat wajah Anaya kemerahan dan berpeluh.
"Ja-ngan sentuh s-aya" dia bergerak ke belakang menjauhi suaminya sehingga dia tidak sedar lagi sikit dia hampir jatuh ke belakang.
"HEI! " tangan Zane cepat menangkap bahu isterinya dari terjatuh.
"Hiks" Anaya teresak selepas suaminya secara mengejut menjerit padanya.
"Tak, aku tak marah kaulah.Kau nak terjatuh tadi...aku terkejut" pujuk Zane.
YOU ARE READING
Papi Dulce (Completed)
FantasyKarya Pertama In Editing Start : 26/3/2022 End : 28/4/2022 Let's jump to our hero first Alexander Malokev (Zane) Berumur 26 tahun.Ceo of Royal A.M. company dan dalam masa yang Sama menjalankan perniagaan illegal which is u will find out once you re...