chap 59-Sra Talia (Mrs. Talia)

13.2K 285 4
                                    


"Ma ma! ".

"Pandai, sebut daddy pulak.Da-ddy".

"Da da! " Anaya tersenyum.Dada pun bolehlah anakku.

"Hei" Zane yang baru balik kerja terus mendekati mereka yang duduk di atas karpet tebal.Anaknya meniarap di atas tilam bayi.

"Little boy daddy borak apa dengan mama?" tangan kasar itu mengusap lembut rambut lebat anaknya.

"Erm da da" anak kecil itu menghulurkan tangan tanda mahu di angkat.

Zane mengangkat dan meletakkannya di riba.Makin tembam budak kecik ni.

"Dah makan ke?".

"Adham dah, tadi dia meragam lapar so Anaya suap dia makan dulu sementara tunggu abang" tangan kecil Adham Zafran bermain-main dengan tangan besar Zane.

"Kenapa tak makan sekali hmm? Abang boleh je makan sorang" Zane memeluk pinggang ramping isterinya, menariknya rapat pada tubuh kekar dia.

"Takde selera kalau takde abang" rengek Anaya.

Zane tersenyum.Manja!

"Nah" Anaya menghulurkan toys  pada Adham Zafran.Biasa lepas makan anaknya akan bermain sehingga tertidur.

Adham Zafran menyambut huluran mamanya sebelum bawa ke mulut.Menggigit!

"Noah ada cakap bila wedding diorang berlangsung? ".

"Katanya lagi dua bulan, diorang anak anak yatim jadi tak banyak hal sangatlah" beritahu Zane.

"Pejam celik je kita dah ada anak and diorang dah nak berkahwin" komennya.Dia menyandarkan kepalanya selesa pada dada bidang Zane.

"Adham pun dah makin besar, kau tak nak tambah baby ke? " tanya suaminya nakal.

"Bukan tak nak, tapi tunggulah dia besar sikit, satu tahun ke dua tahun ke.Tak nak dia tak cukup perhatian nanti kalau bagi adik awal-awal" dia bukan tidak mahu tetapi anaknya baru berusia 7 bulan.Awal lagi.

"Kalau nak, cakap tau.Aku get ready siap-siap" usiknya lagi.Memerah pipi Anaya.Gatal!

"Ma da! " panggil Adham Zafran.

"Ye sayang,  nak apa?" Adham Zafran tertawa suka bila mamanya menyahut.

"Kuat bercakap budak ni" Zane menggomol geram wajah comel Adham Zafran.Tawa comel itu pecah semula diselangi ketawa mama dan daddynya.

---------------------------------------------------

"Akad nikah putih kan, jadi bersanding tak boleh warna putih" bantah Talia.Ada ke patut Noah nak dua-dua warna putih.

"Habistu nak warna apa? Hitamlah".

"Kau ingat ni majlis permakaman ke bang!" cadangan Noah semua tak boleh dipakai.

"Ambik jelah warna apa-apa.Aku ikut je" Noah mengalah.

Payah bercakap dengan makhluk dipanggil perempuan ini!

"Miss, saya nak warna Aqua blue" pinta Talia.

"Puan nak cutting macam mana? ".

"Simple but princess cutting, untuk future husband saya, carikan suit warna yang sama" Noah tersenyum.Future husband? Soon to be husband.

Talia dan Noah menunggu pekerja butik tersebut.

"How about this puan?".

Cantik! Tapi agak terdedah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Cantik! Tapi agak terdedah.Belum sempat dia membuka mulut, pekerja butik itu menyampuk.

"Nanti saya akan cari inner lengan panjang same colour so that puan akan pakai tu sekali dengan gaun untuk tutup part terdedah" Talia mengangguk faham.Dia pandang Noah.

Noah mengangguk okay.Nasib boleh tutup dengan inner.

"I say yes to the gown".

"Muhammad Noah Kaiser, aku nikahkan dikau dengan Nur Talia Malayka dengan mas kahwin RM 5000 tunai".

"Aku terima nikahnya, Nur Talia Malayka dengan mas kahwin RM5000 tunai".

"Sah? ".

"Sah" sahut Zane.

"Alhamdulillah" Talia menitiskan air mata gembira.Dia sudah selamat menjadi isteri kepada Muhamad Noah Kaiser secara rasmi.

"Hei" sapa Noah ketika datang mendekatinya untuk membatalkan air sembahyang.Dia mengelap lembut air mata isterinya dengan tangan kasar dia.

"Welcome home, Mrs. Talia".

---------------------------------------------------

Get ready untuk special chap Noah X Talia

Btw nama diorang dari awal lagi dah ada maksud yang baik dalam Islam so aku just tambah Muhamad dan Nur.

Bin dan Binti tu tak wajib pun tulis
Ada je anak sah taraf beragama Islam tak letak nama bapak

Talia : bermekaran , bersemi
Malayka : bidadari

Noah : Kesejahteraan
Kaiser : Raja

Papi Dulce (Completed) Where stories live. Discover now