chapter 27-Demasiado tarde (Too late)

15.8K 349 4
                                    

"Dah lama ke Juwita macam tu cik Shah? " tanya Anaya prihatin.

"Ye Anaya, dari balik haritu dia macam tu...risau jugak cik Shah ingat nak bawak dia pergi berubat" gusar hati dia bila anak perempuannya tidak menunjukkan sebarang perubahan.

"Anaya datang sini Zane tahu ke?" tanya Zaril curiga.

Dia tidak nampak langsung batang hidung Zane.

"Zane ada dekat luar tu, katanya dia nak merokok sekejap" terang Anaya.

Zaril mengangguk faham.Dia dan Zane tidak sebulu.Ada saja salah dia yang Zane nampak.

"Anaya nak jumpa Juwita sekejap boleh cik Shah? " pinta Anaya.

Aishah mengangguk dan menyuruh Zaril temankan.Risau jadi apa-apa.

"Juwita.. " seru Anaya lembut.

Juwita yang sedang termenung berdiri menghadap tingkap lantas berpaling apabila dengar suara yang dia benci.

"Awak okay? " tanya Anaya prihatin.

Seketika Juwita sebak dan mula menangis.Anaya kelam-kabut bila Juwita mula mengalirkan air mata.

"K-kenapa ni Juwita? Anaya ada salah cakap ke? " tanya Anaya gelabah.

Zaril lantas mendekati adiknya dan peluk untuk tenangkan Juwita.

"Hiks ini semua sebab kau! Kalau tak dia takkan buat aku macam ni!!" serang Juwita dengan suara serak.

Anaya terkejut bila dia dipersalahkan.

"A-apa Juwita cakap ni? Anaya buat salah apa? ".

"Hiks hiks sebab kau dia buat aku macam ni! Semua berpunca dari kau!!" jerit Juwita dengan esakannya.

"Anaya keluar dulu, nanti abang Zaril datang" arah Zaril bila emosi Juwita kelihatan terganggu.

Anaya patuh dan keluar dengan langkah memberat.

'Siapa "dia" yang Juwita maksudkan?' tanya Anaya dalam hati.Takkanlah...

"Dah sudah ke? " tanya Zane apabila isterinya sudah keluar dan mendekatinya.

"Kau kenapa monyok je ni? " bukan Zane tidak perasan wajah sedih isterinya.

"Juwita kata.. Ni semua salah Anaya dia jadi macam tu... " adu Anaya.

Suaminya tersenyum nipis sebelum menariknya ke dalam pelukan.

"Kau jumpa dia pun tidak sebelum ni tiba-tiba dia nak salahkan kau, kan ibu dia kata dia hilang lepas dia keluar haritu.Salah dia ke salah kau sekarang ni? " pujuk Zane.

Dia tidak reti memujuk tapi dia cuba.

"Tapi.. Mesti ada sebab dia cakap macam tu" balas Anaya lemah.

"Weh Zane! " laung Zaril ketika mendekati mereka.

Zane mengjungkit kening sebelah tanda soal.

"Kau buat apa dekat adik aku hah? " bengang Zaril seraya menolak tubuh Anaya jauh dari mereka dan mencekak kolar Zane.

"Aku buat apa? Apa maksud kau? " tanya Zane bodoh.

Dalam hati dia sudah ketawa melihat riak muka bengang Zaril.

"Abang Zaril.. Apa ni tuduh suami Anaya.Kitorang jumpa Juwita pun tidak" bidas Anaya.

"Habistu asal Juwita asyik sebut "dia" waktu Juwita mengamuk tadi?!" bantah Zaril.

Dia pada mulanya pening bila Juwita asyik sebut "Dia" tapi bila melihat Anaya, dia teringat pada amaran Zane selepas kahwin haritu.

"Ada adik kau sebut nama? Takde kan lepastu kau nak tuduh aku melulu? " bengang Zane.

Dia lantas menepis kasar tangan Zaril yang memegang kolar baju kemejanya.

"Eh aku ingat lagi warning kau bagi pasal adik aku lepas kau kahwin hari tu!" amuk Zaril.

Dia yakin ada kena-mengena dengan lelaki itu.Zane tersenyum mengejek.

"Demasiado tarde (Too late)" kata Zane tenang.

Zaril yang sudah bengang bertambah panas bila Zane seakan mengejeknya.

"KAU CAKAP APA SIAL?! JANGAN NAK MAINKAN AKU LAH BANGSAT! " amuk Zaril seraya melayangkan penumbuknya.

Zane mengelak dan lantas mengilas tangan Zaril sebelum menendang lututnya.Zaril tumbang.

"Listen here,bastard.Aku tak kisah apa yang kau nak cakap sekarang ni.Orang takkan sentuh adik kau tanpa sebab.Jangan jadi bodoh nak salahkan orang lain" balas Zane keras.

"Abang sudahlah" pujuk Anaya.

Zane menarik pinggang isterinya untuk masuk kereta dan beredar meninggalkan Zaril yang terkial-kial bangun.

"EH AKU TAK HABIS LAG-".

"It's already over,urusan aku dengan kau dan adik kau dah lama tamat" potong Zane sebelum masuk ke tempat pemandu dan beredar.

---------------------------------------------------

"Tuan,Mehmet sudah sampai"

"Hei friends, what do you need from me this time? " tanya Mehmet, seorang lawyer terkenal dengan kelantangannya bersuara dan kepetahannya dalam berdebat di court.

"Aku boleh je suap polis untuk tutup mulut mamat tu but aku tak perlu semua tu if aku ada kau" ujar Zane membuatkan Mehmet menjungkit kening.

"Look aku memanglah seorang lawyer but aku tak boleh nak back up kau if ada saksi dan bukti" balas Mehmet terus terang.

"Kalau saksi itu mangsa, adakah masih dikira and most important question, what if mangsa tu sendiri menjadi punca? " bidas Zane.

Mehmet terdiam memproses.

"Well kalau apa yang terjadi dekat mangsa itu benda yang mangsa sendiri pernah buat secara rela then dia tak boleh nak dakwa orang lain " balas Mehmet.

Itu kerana mangsa boleh didakwa menipu oleh pihak lawan kerana pernah melakukannya secara rela sebelum kejadian berlaku.

"Okay then, aku nak kau fight untuk aku.Ada sorang mamat ni nak fight aku untuk bela adik dia, masalahnya adik dia tu dah lama jual badan then nak tuduh aku pulak atas salah adik dia sendiri".

"Kau ada bukti dan saksi yang perempuan tu jual badan?" tanya Mehmet meminta kepastian.

Seorang pesalah tidak akan dianggap sebagai penjenayah selagi ada bukti yang mengatakan dia tidak buat semua itu.

"Ada, nanti Noah send dekat kau.Yang penting aku nak kau fight benda ni untuk aku sampai diorang senyap" balas Zane.

Mehmet hanya mengangguk.Selagi ada bukti dan saksi, dia tidak teragak membela clientnya.


"Abang... Kenapa abang Zaril tuduh abang? " tanya Anaya.

Dia sudah tidak dapat tahan diri dari bertanya kerana banyak tanggapan buruk muncul.

"Entah... Maybe Juwita nak jadikan aku kambing hitam dia kut" balas Zane bersahaja dan tidak serius.

"Abang ni betul-betullah" desak Anaya.

Zane mendecit sebelum pergi ke meja katil dan mengeluarkan sebuah envelope kuning dan bagi kepada isterinya.

"Apa ni? " tanya Anaya sambil menyambut huluran Zane.

Zane diam tidak menjawab sebaliknya matanya mengarahkan sugarnya untuk buka.Anaya buka walaupun pelik.Mahu terbuntang matanya melihat isi envelope itu.

"Astaghfirullah! Mana abang dapat ni?! " tanya Anaya terkejut.Zane membuat muka menyampah.

"Mana aku dapat tak penting yang kau kena tahu dia dah lama buat kerja tu before kita kahwin lagi" terang Zane.

"Tapi..".

"Shh dah, sekarang ni dah terang-terang dia yang cari penyakit then nak salahkan aku" potong Zane.

Anaya terdiam.Dia bingung nak percaya siapa tapi suaminya ada bukti kukuh.

"Jom tidur, kau tak payah pikirlah.Aku tahu apa aku buat".

"Hm... ".

---------------------------------------------------

Papi Dulce (Completed) Where stories live. Discover now