chapter 54-Bonita (Pretty)

10.5K 296 4
                                    


"Wow" terpaku Noah melihat Talia memakai tudung dan blaus panjang dipadankan dengan seluar palazo.Selalu wanita itu selesa memakai singlet dan seluar slack fit sahaja.

"Apa tengok-tengok?" tanyanya kasar.Dia bukan marah tapi lebih kepada malu.

"Ehem, nothing.Just nak cakap, kau... nampak cantik " puji Noah malu-malu.

"Oh, erm thank you".

"Ehem! " geli pulak Zane melihat aksi malu-malu kedua pekerjanya.Dia tidak cemburu tapi geli.

"Nak bercinta lepas kerja lah.Aku ada dekat depan korang ni" menyampah dia.Dia pun adalah macam itu.

"Mana ada boss ni..." dalih Noah.Talia berpura-pura bermain telefon.Malunya!

"Kalau dah suka, berkahwin lah.Tak payah bazir masa nak bercinta bagai.Nak aku sponsor? " usik Zane.

Suka dia tengok wajah merah Noah.'Dulu kau mengusik aku kan, sekarang turn aku pulak usik kau! '.

"Awal lagi bos" Noah layankan saja gurauan tuannya.

"Hei! " mahu menganga mulut Talia mendengar jawapan Noah.

"HAHAHAHAHAH" Zane dan Noah gelak besar melihat wajah malu-malu Talia.


"Isk aduh".

"Kenapa sayang? " tanya Zane gelabah.

"Takde apalah, baby tendang je" tangannya mengusap perut.

Kecik-kecik dah ganas, besar nanti tak tahulah.

"Nak pergi beli baju baby tak? " mereka hanya sempat beli stokin dan topi sahaja memandangkan tidak tahu jantina bayi.

"Boleh je, Anaya nak beli lengkap terus.Takut tak larat nak beli time lain".

"Okay jom bersiap" Zane bangun bergerak ke bilik wardrobe sambil memimpin isterinya.


"Mainan baby macam ni boleh ke? " Zane menunjukkan satu toy superman plastik.

"Mana boleh abang, kena beli yang lembut.Baby suka menggigit.Nanti sakitlah gusi dia kalau gigit ni" terang Anaya lembut.

Anak pertama kan, mana lah suaminya tahu sangat apa yang boleh dan apa yang tidak boleh.

"Kalau macam ni boleh? " Zane menunjukkan pula teddy bear kecil berbentuk arnab.

"Hah yang ni boleh" Zane meletakkan dalam troli setelah mendapat green light.

Kesudahannya, mereka memilih 12 pasang baju bayi dan 10 sarung tangan.Rambang mata nak pilih.Zane pun kasi green light suruh ambik mana yang berkenan.

"Semuanya RM 1200 encik" mahu tersembur air liur Anaya mendengarnya.

Zane tayang muka biasa, bukan selalu boros.Dia mengeluarkan black card dan bayar.

"Mahalnya bang...".

"Memanglah kan kita shopping dekat IOI.Jaranglah barang dekat sini murah-murah".

"Tak membazir ke? ".

"Alah baju tu nanti anak kedua,ketiga boleh pakai jugak.Mana ada membazir.Ke Anaya nak anak sorang je? " soal Zane.

"Eh mana ada, Anaya nak 5 orang hehe.Dua lelaki tiga perempuan baru meriah" dia dan Zane anak tunggal jadi mereka faham bagaimana rasanya hidup tanpa ada adik beradik lain.

"Aku on je kau nak anak banyak-banyak" bisik Zane nakal di telinganya.Memerah muka dia.

"Auw! Sakitlah" desis Zane.Sudah pandai tepuk orang ye?

Papi Dulce (Completed) Where stories live. Discover now