Anaya tunggu suaminya datang menjemput.Selalunya Zane akan datang awal supaya dia tidak menunggu tapi kali ini suaminya lambat pulak.Nak dekat 15 minit tunggu ni.Talia pulak tak dapat temankan dia gara-gara demam.
'Mana abang ni, dah nak hujan ni' sempat dia menelek jam tangannya.Dah nak pukul 7 petang.
"Hai Anaya, tunggu Zane ambik ke? " datang dah bal-.
"Hmm" .
"Dah nak hujan ni, mehlah abang Zaril hantarkan balik" ajak Zaril.Betullah dah nak hujan.
"Takpelah, saya tunggu suami saya" tolak Anaya.
Gila ke nak ikut? Mahu kena gulai dengan Zane balik nanti.
"Alah takkanlah Zane marah, salah dia jugak biar isteri menunggu lama-lama" pujuk Zaril.
"Awak nak balik baliklah.Saya okay tunggu dekat sini" balas Anaya tidak selesa.
Tahu akan jadi macam ni memang dia tumpang Kak Lia balik.
"Alah jomlah, tak elok tunggu sorang-sorang" paksa Zaril sambil menarik tangan Anaya.Membulat mata Anaya melihat perlakuan berani lelaki itu.
"Janganlah pegang-pegang saya! Saya isteri oranglah" dia menarik semula tangannya.
Kecik besar je dia tengok.Makin lama makin berani.
"Dah tu jom naik" ajak Zaril lagi.
"Saya kata tak nak kan" rengus Anaya geram.Zaril yang bengang terus memegang lengan Anaya sambil menarik masuk kereta.
"EH APA NI?! LEPASLAH ZARIL AWAK NI MELAMPAU" tempik Anaya sambil bergelut.
Srettt
Satu kereta audi berhenti di depan kereta Zaril.
Kereta suaminya! Zane lantas keluar dengan perasaan berang.
"LET MY WIFE GO STUPID! " jerkahnya sambil menolak kasar tubuh Zaril menjauh.
"Hero dah sampai" ejek Zaril sambil membetulkan kemejanya yang remuk gara-gara tolakan kasar Zane.
"Abang" Anaya ke belakang suaminya menyorok.Zane memandang tajam Zaril yang tidak malu.
"Tak serik lagi kena belasah dengan budak aku? Ke nak aku ingatkan balik? " cabar Zane.
Kalau tak memikirkan mereka berada di tempat umum, berdarah muka Zaril dia kerjakan.
"Woo bro lek lek.Apa barang upah budak suruh belasah aku.Kalau berani kita settle berdua, jangan jadi pengecutlah" cabar Zaril sambil menjungkitkan kening.
"Abang, jom balik dah nak hujan" sampuk Anaya.
Zane yang melihat langit sudah menggelap setuju dengan kata-kata isterinya.
"Terlepas kau hari ni" ujar Zane di depan wajah Zaril sebelum beredar.
"Lain kali jangan tinggal kan isteri sorang-sorang bro.Jangan jadi dayuslah" sambung Zaril.
Zane memekakkan telinganya.Dia masih memikirkan maruah dan namanya.Karang tak pasal-pasal keluar newspaper "seorang CEO terkenal didapati telah membelasah pekerja sendiri".
"Sudahlah tu abang, sakitlah... " tolak Anaya.Sudah 10 minit suaminya menyental tangannya dengan sabun buku dettol.
"Diam" ketat muka Zane.
"Dah kecut dah jari Anaya ni".
"Eh aku geramlah" dengus Zane sambil membaling sabun buku ke singki.Anaya lantas mengelap tangannya yang sudah dilepaskan dengan tuala kecil.
YOU ARE READING
Papi Dulce (Completed)
FantasyKarya Pertama In Editing Start : 26/3/2022 End : 28/4/2022 Let's jump to our hero first Alexander Malokev (Zane) Berumur 26 tahun.Ceo of Royal A.M. company dan dalam masa yang Sama menjalankan perniagaan illegal which is u will find out once you re...