chapter 48-Jungla (Jungle)

10.6K 315 4
                                    


"Macam mana boleh ada kau seorang je kat situ? " soal Talia.

"Tuan yang bawak aku keluar kereta.Waktu tu kami diserang".

"But there's no bullet holes dekat kereta.Just remuk" bantah Lucas.

"Because we've been chased.Tuan tak bagi aku drive balik rumah sebab takut mereka serang sana.Kereta hilang kawalan and langgar divider tepi jalan.Aku ingat lagi, tuan yang angkat aku ke luar sebelum aku tak sedar" terang Noah dengan yakin.

"Then where the hell is he? Police tak jumpa dia setakat ni.He must he somewhere else".

"Aku rasa tuan lari...sebab lepas dia keluarkan aku, aku dengar bunyi dia berlari.Macam dia lari dari sesuatu" bunyi itu sungguh jelas walaupun dia sudah separa sedar.

Dia tidak bodoh untuk tidak dapat bezakan bunyi tapak kaki orang berlari.

"Kalau macam tu, mesti tuan ada berdekatan dengan kawasan kereta accident tu" teka Talia.

"But is hard to find him now, area tempat tu berhutan.I yakin Zane lari masuk situ dalam keadaan cedera.We don't know what inside it" Lucas pening memikirkan.

Agak bahaya untuk terus redah masuk hutan yang mereka sendiri tidak pernah masuk.

"Takkan nak tunggu je?! Kau sendiri kata berkemungkinan besar tuan cedera sebab ada kesan darah dia dekat kereta.Dahlah polis lembap" bentak Talia.

"I dah arahkan budak I untuk masuk cari.But its hard, dalam tu hutan tebal and you sendiri tengok jalan yang kereta lalu, takde lampu jalan.It take times Talia" pujuknya.Dia tahu mereka berdua sangat risaukan tuan mereka.

"That's not all, sape yang serang kita.Aku tak ingat tuan ada musuh dekat sini".

"Kalau bukan musuh dari dunia gelap, mesti musuh dalam perniagaan" teka Lucas datar.Itulah risiko bila terlampau terkenal dalam dunia pekerjaan.Akan ada yang dengki dan tidak puas hati.

"Tapi sape? Dah lama tuan tak kena serang macam ni.This is so random" ujar Talia.

"Syed Azri... " nama itu terpacul dari mulut Noah.

"Siapa dia and kenapa you fikir dia yang terlibat? ".

"Tuan bunuh dia, like around beberapa month sebelum kahwin.But dia ada anak.Tak mustahil anak dia yang serang kami sebab tak puas hati hal yang lalu" cadang Noah.

"Siapa anak dia? ".

"Syed Aizril, tuan tahu dia ada anak but sebab masa tu anak dia ada di luar negara, tuan tidak peduli sangat.Lagipun sebelum ni tiada pergerakan dari dia.Sebab tu aku tak expect dia akan serang macam ni".

"Kau yakin dia? What if we wrong? Kita sendiri tak dapat cam kereta yang kejar" sampuk Talia.

"Don't worry about that.Budak I akan siasat.Kalau betul, he's death.Anyway I akan minta tolong Cheetah sekali.Sebab kenderaan I dekat sini limited.Cheetah have many jeep here, perhaps we need his help kalau nak jumpa Zane cepat" beritahu Lucas.

Nak tak nak dia terpaksa minta lelaki Rusia itu memandang dia berkuasa di kawasan Asia.

"Tapi macam mana? " sudahlah gelap, susah nak mencari.

"Kita start cari sekarang guna Jeep Cheetah.Lagi cepat dari cari sambil jalan kaki.I dah contact dia tadi" beritahu Lucas.

"Aku nak ikut" Noah lekas bangun untuk bersiap.

"Eh eh no no no.Aku akan pergi.You STAY HERE" halang Talia.

"Jangan risau, you duduk sini.Nanti I hantar Anaya ke sini.I and Talia akan join Cheetah.Sambil-sambil tu minta Mark untuk cari maklumat pasal anak Syed Azri.Kitorang akan balik if jumpa Zane.Pape hal Talia inform" putus Lucas.

Noah hanya mampu mengangguk patuh.Dia cedera di bahagian kaki kerana terjepit.Jadi agak susah untuk dia berjalan dengan laju.Dalam hati dia berdoa supaya Zane cepat dijumpai.

---------------------------------------------------

"Mak Leha dah bungkus bubur Noah? ".

"Dah Anaya, jom kita pergi.Lambat karang kebulur si Noah tu" Mak Leha memimpin tangannya.

Almaklum perut sudah besar, jalan pun perlahan.

"Puan".

"Ye, kenapa? " tanya Anaya pada bodyguard rumah mereka.

"Ada orang nak jumpa".

"Siapa? ".

"Assalamualaikum" satu suara garau menyapa.

"Zaril... Buat apa dekat sini? ".

"Aku pun ada sekali" sampuk Juwita.

"Kita bincang kejap boleh,
dekat dalam" pinta Zaril.

Anaya mengangguk perlahan dan bergerak ke ruang tamu.Sekejap je kan.

"Aku sebenarnya nak minta maaf... Untuk semua benda aku dah buat" Juwita memulakan mukadimahnya.Banyak benda dia mahu berterus-terang.

"Kenapa ni? Maaf untuk apa? Saya rasa awak takde ganggu saya pun sebelum ni".

"Aku minta maaf untuk benda yang dah lepas, banyak benda yang kau tak tahu.Aku yang burukkan kau dekat orang kampung sampai takde orang nak berkawan dengan kau.Sebelum kau kahwin, aku ada goda Zane tapi dia setia.... kau ingat kan yang masa dekat dapur tu... aku yang buat" percakapannya terhenti seketika.

Jujur dia rasa malu atas perbuatan lepasnya.Sangat malu.

"Aku...aku letak ubat perangsang dekat kopi dia.Aku cakap tu air kopi kau buat sebab aku ada dengar yang dia minta kau buat kopi.Aku jugak yang burukkan kau dengan Zaril dekat Zane sampai korang bergaduh.Aku dah menyesal and aku minta maaf... ".

Anaya terdiam memproses apa yang baru disampaikan oleh Juwita.Jadi sebab itulah Zane berkurung dalam bilik air.Untuk elak dari menyentuh dia!

"Abang Zaril pun nak minta maaf, sebab abang... Anaya dengan Zane bergaduh.Patutnya abang tak keruhkan lagi hubungan Anaya dengan suami Anaya.Abang sengaja buat Zane cemburu, masa tu abang tahu company yang abang kerja tu di bawah Zane.Abang Zaril rancang semua ni untuk rosakkan rumah tangga korang.Abang sengaja pergi ke cafe Anaya kerja sebab abang Zaril tahu, Talia ada perhatikan kita.Abang Zaril sengaja buat semua ni sebab tak puas hati... ".

"Tak puas hati sebab apa? Saya rasa saya tak buat apa-apa masalah pun dengan awak? ".

"Abang Zaril tak puas hati pasal kes saman tu, and... abang masih tak boleh terima yang Anaya dah jadi isteri orang.Tapi tu dulu,sekarang abang dah menyesal dan berubah.Lagi dua minggu, abang Zaril dengan Juwita akan bertolak ke Kanada.Abang sambung degree dekat situ" terang Zaril.

"Saya... saya tak tahu nak cakap apa... " kelu lidahnya.

Semua ini terlalu tiba-tiba.Dia masih sukar untuk terima kebenaran yang satu ini.Banyak benda dia terlepas pandang.Dan suaminya jadi mangsa atas salah faham ini.

"Zane mana? Aku dengan Zaril nak jumpa dia minta maaf juga" soal Juwita.

"Zane-".

"Suami saya takde dekat rumah.Dia kerja.Nanti saya sampaikan" Anaya memotong percakapan Mak Leha.

Biarlah mereka tidak tahu.Dia was-was untuk bercerita hal itu.Mereka masih tidak tahu siapa yang serang Zane.

"Kalau macam tu, abang dengan Juwita balik dulu.Abang minta maaf banyak-banyak... sampaikan salam abang Zaril pada Zane" putus Zaril.

Juwita sempat bersalaman dan peluk Anaya.Dia dilanda rasa bersalah.Banyak benda jahat yang dia sudah lakukan pada gadis itu, tapi dia tidak berdendam langsung.Bodohnya dia menganiaya Anaya Mikayla.

"Jom Anaya, kita gerak pergi hospital" ajak Mak Leha menyedarkan dia dari termenung jauh.

"Jom... ".

---------------------------------------------------

Papi Dulce (Completed) Where stories live. Discover now