chapter 53-Aprendiendo el Islam (Learning Islam)

10K 301 9
                                    


"Kau betul-betul serius? ".

"Ye tuan, kami serius".

"Okay tapi aku akan tanya beberapa soalan dulu baru aku boleh ajar korang.Ready?" putus Zane.

Dia bukan apa, dia tak nak mereka ragu-ragu sebelum belajar tentang agama Islam.

"Kau percaya tuhan itu hanya ada satu? ".

"Percaya tuan" jawab Talia dan Noah serentak.

"Kau percaya tuhan yang satu itu adalah Allah? ".

"Ye, kami percaya tuhan yang satu itu hanya Allah" jawab mereka dengan yakin.

Mereka teruja bila Zane akhirnya mempunyai masa lapang untuk ajar mereka.

"Kau percaya, tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah? ".

"Kami yakin, tiada tuhan yang layak disembah selain Allah".

"Ingat, bila dah ucap kalimah syahadah korang tak boleh berpatah balik" tegas Zane.

"Bila kami boleh lafaz? " tanya Noah.

"Bila korang dah betul-betul mendalami ilmu agama.Dah boleh ikut aku solat 5 waktu" beritahu Zane.

Kalau mereka berdua dah lancar solat 5 waktu, baru dia akan panggil ustaz untuk mengIslamkan mereka.

Talia dan Noah ada minta dia untuk ajar mereka ucap dua kalimah syahadah cuma dia rasa dia tidak layak untuk diberi kesempatan mengIslamkan pekerjanya sendiri.Jadi mereka berdua hormat keputusan Zane.

"Sekarang ni tuan nak ajar apa? ".

"Aku nak ajar korang solat dulu.Malam nanti baru aku bercerita tentang Al-Quran.Nah ambik ni" Zane menghulurkan buku panduan untuk solat 5 waktu penuh dicampur dengan solat sunat.

Dalamnya ada terjemahan bahasa Melayu dan cara untuk melafazkan doa dan sirah dalam bahasa Melayu juga (what I mean is such as bismillah = بسمالله).

"Talia pergi dekat Anaya, aku akan ajar Noah.Dia ada belikan kau telekung dengan sejadah sekali" arah Zane.

"Mula-mula kita belajar ambik wuduk dulu" ujar Anaya sambil duduk di kerusi kecil di bilik air.Perut dia sudah besar jadi payah untuk menunduk.

"Kita mula dengan kumur mulut sebanyak 3 kali.Lepastu step seterusnya pun sama 3 kali jugak".

"Kalau buat lebih tak boleh? " soal Talia mencari tahu.

"Kalau lebih tak salah, cuma makruh lah.Makruh tu maknanya tak salah tapi tak dapat pahala.Kita ambik wuduk pun kena berjimat air.Nabi Muhamad SAW hanya menggunakan air untuk ambil wuduk tidak lebih dari setengah botol air mineral ukuran terbesar 1.500 ml.Hebat kan? " terang Anaya.Alang-alang tu ada baiknya dia berkongsi cerita pasal sejarah Islam.

"Ouh macam tu.Kena ambik kira semua benda eh" baru dia faham kenapa 3 kali sahaja.

"Lepas tu kita ada doa tau sebelum and selepas wuduk.Cuma tak wajib baca.Sunat.Maknanya kalau baca dapat pahala, kalau tak baca tak dapat apa-apa pun.Maksudnya tak salah" terang Anaya lebih lanjut.

Talia mengangguk faham dan sesekali bertanya sambil mengikut rentak puannya.

"Dah bersedia?" Zane mengambil alih sebagai imam.Mereka sudah bersiap untuk solat Asar.

"Dah abang" jawab Anaya.

"Allahuakbar".

---------------------------------------------------

"Cepat eh korang hafal semua ni? " baru seminggu dia mengajar tapi Talia dan Noah sudah khatam cara solat dan beberapa potong surah untuk dibaca dalam solat.

"Excited tuan" ujar Noah sambil mengusap tengkuknya.Rasa macam lama tapi sekejap sebenarnya.

"Okay kita tengok solat harini kau boleh ikut tak, kalau boleh aku panggil ustaz" ujar Zane.

"Kenapa kamu berdua minat nak masuk Islam?" soal Ustaz Hadi, ustaz yang dijemput oleh Zane.

"Sebab kami rasa, agama Islam ni sempurna.Semua jawapan yang kami cari, semuanya ada.Dalam Al-Quran ada menceritakan tentang sungai di sebalik laut 1400 tahun dahulu and pada 2016 saintis dapat jumpa sungai di sebalik laut di Mexico" bagi Noah ini bukan satu keajaiban tetapi kebenaran.

"Kamu kaji pasal Islam? ".

"Ye ustaz, saya dah lama kaji pasal Islam sebab saya berminat dengan Sains Geografi" terangnya.

"Kenapa kamu kaji guna Al-Quran?".

"Saya tak tahu, saya cuma tergerak hati nak kaji guna Al-Quran" jujur dia tiada jawapan untuk itu.

"Kamu sudah boleh solat 5 waktu? ".

"Kami tidak lah lancar dalam baca ayat-ayat dalam solat tapi kami boleh ikut" jawab Talia.

"Kamu paham apa yang kamu baca dalam solat? ".

"Faham, tuan kami suruh kami memahami bukan menghafal sahaja supaya lebih khusyuk dalam solat".

"Kalau macam tu saya tanya sekali lagi, kamu berdua yakin nak teruskan semua ni? Yakin nak jadikan Islam sebagai agama tetap kamu? Kamu nak mati sebagai seorang Islam? " tanya Ustaz Hadi buat kali terakhir.

"Kami yakin" jawab Talia dan Noah serentak.

"Kita akan mula sekarang.Kamu ikut saya baca ni" mereka berdua terus duduk tegak dan fokus.

" ASH-HADU AL LA ILAHA ILLA LLAH"

أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ

 “Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah”

" WA ASH-HADU ANNA MUHAMMADA RRO SULU LLAH"

وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِ

“Dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad adalah utusan Allah”.

Dengan sekali lafaz, bermula dari Noah dan berakhir dengan Talia, mereka secara sah sudah menganut agama Islam bersaksikan Zane dan Anaya di sisi mereka.

"Alhamdulillah, saya doakan kamu berdua kuat dan tabah hadapi ujian dalam mengukuhkan iman untuk kekal sebagai seorang beragama Islam" ucap ustaz Hadi.

"Terima kasih ustaz, sebab sudi datang sini dan bantu mereka" ucap Zane gembira.Anaya berpelukan dengan Talia.Dia bangga dengan mereka.

"Yang baik datang daripada Allah, yang buruk datang daripada saya.Semoga tuan dapat membimbing mereka".

"Aamiin".


"Nah Talia" Anaya menghulurkan satu kotak sederhana dibalut kemas.Talia mengambil walaupun teragak-agak.

"Untuk saya ke puan? " Anaya mengangguk.

"Bukaklah, saya harap awak suka sebab saya tak tahu sangat design awak suka" penuh cermat Talia buka.Bukan selalu dia dapat hadiah.

"Cantiknya!" sepasang baju Abaya dilengkapi dengan lace dan tudung shawl sama warna.

Tak lupa juga Anaya selitkan beberapa pin tudung yang masih di dalam pek plastik.

"Nanti awak slow-slow menutup aurat.Kita sama-sama belajar tutup aurat dengan sempurna" ucap Anaya ikhlas.

Dia tahu tidak mudah tapi dia yakin suatu hari nanti Talia dapat menutup aurat dengan sempurna.

"Erm kalau macam tu, puan ajar saya bertudung boleh?" pintanya.

"Boleh, bila awak nak saya ajar? ".

"Sekarang lah, saya dah lama teringin nak pakai tapi malu" segan-segan dia memberitahu hajat terpendamnya.

"Okay, jom kita mula sekarang.Saya ajar yang senang-senang dahulu".

"Okay! ".

---------------------------------------------------

Papi Dulce (Completed) Where stories live. Discover now