"Abang, tolong petik daun kari dekat kebun! " laung Anaya.Dia sedang memasak kari ayam.Zane yang leka bermain dengan Ps5 terus bangun bergerak ke kebun.Sekarang kandungan isterinya sudah genap 9 bulan.Tunggu masa nak bersalin saja.
"Anaya masak apa? " tanya Zane sambil memeluk isterinya dari belakang.Tangannya menari di atas perut besar Anaya.
"Masak kari ayam je, abang kata nak makan kari ayam semalam" sesekali tangannya memegang tangan Zane.Geli bila suaminya bermain dengan perutnya sebegitu.
Zane diam menikmati bau wangi tubuh badan isterinya.Nak kata Anaya pakai perfume, masa keluar pergi jalan-jalan sahaja dia pakai.
"Abang gelilah baby" dia tertawa kecil.
Anaknya dalam perut bergerak-gerak sedikit, merespon pada tangan Zane.
"Biarlah, abang suka rasa baby bergerak" kadang-kadang dia boleh cam sama ada itu tangan atau kaki bayi.
"Amboi, bukan main berkepit lagi ye" usik Mak Leha.Dia keluar sebentar beli kuih untuk makan sekali.
Mereka berdua tersenyum kecil pada Mak Leha.
"Abang tolong susun pinggan boleh? " tanya Anaya sambil menutup api dapur elektrik.
Zane patuh mengambil 2 pinggan dan susun di meja makan.Mak Leha sudah terbiasa makan asing.Segan katanya.
"Eh biar abang angkat" risau Zane bila isterinya hendak angkat periuk panas berisi kari untuk dituang ke dalam mangkuk.
"Semua dia nak buat eh" rungut isterinta.
Kalau boleh duduk atas kerusi roda, memang Zane paksa.Tak sabar nampak suaminya ingin menolak kerusi roda dia.
"Dah jom makan, abang dah lapar tengok lauk ni" Zane menarik kerusi untuk isterinya.
Mereka menikmati hidangan tengahari dengan berselera.Noah dan Talia menghilang untuk pergi dating.
"Sakit ke kaki tu? " Zane melihat Anaya memicit-micit buku lalinya.
"Sikit je, urut-urut nanti eloklah" dia leka mengurut sambil menyapu minyak panas.
"Apa yang sikitnya, dah bengkak kaki tu.Meh abang buatkan" sikit konon.Padahal dah gemuk kaki Anaya gara-gara bengkak.
Anaya biarkan sahaja.Dia bersandar di kepala katil sambil kakinya diurut lembut oleh suaminya.Biasalah bila perut dah besar, mulalah sakit sana sini.
"Bila due? " tanya Zane.
"Entah, doktor kata lagi seminggu tapi dia ada pesan maybe awal dari tarikh".
"Dah packing barang untuk bersalin? Kalau belum abang boleh tolong pack" tawar Zane.
"Dah abang, haritu Anaya packing dengan Mak Leha.Dia tolong sebab Anaya tak tahu nak pack apa" dia menarik tangan Zane dari kakinya dan mengisyaratkan untuk duduk di sebelahnya.Lenguh di kakinya sudah lega sedikit.
"Abang dah pilih nama baby? " dia mengaitkan tangannya dengan tangan kasar suaminya.Kecik betul tangan dia.
"Abang ada pilih dua nama, Adham Zafran dengan Adwan Zafran.Sayang rasa mana nama yang best antara dua tu? " dia sudah membuat pilihan.
Dia turut merujuk pada ustaz Hadi tentang nama pilihan anak mereka.
"Adham Zafran macam best.Kenapa abang pilih nama-nama tu? " berminat pula dia mahu tahu.
"Sebab A untuk Anaya, Z untuk abang.Adham maksudnya punya harga diri, Adwan pulak yang mulia.Zafran bermaksud kejayaan" lama juga dia mencari nama yang sedap dan mempunyai makna yang baik.Nasib jumpa yang berkenan di hati.
YOU ARE READING
Papi Dulce (Completed)
FantasyKarya Pertama In Editing Start : 26/3/2022 End : 28/4/2022 Let's jump to our hero first Alexander Malokev (Zane) Berumur 26 tahun.Ceo of Royal A.M. company dan dalam masa yang Sama menjalankan perniagaan illegal which is u will find out once you re...