chapter 41-Ella cambió (She changed)

15.1K 398 26
                                    

"Kau dah hantar dia pergi lokap? " .

"Sudah tuan" jawab Noah.

"Buenas (Good)" puji Zane.

"Tuan dengan puan dah okay ke? " tanya Noah risau.

Sejak kebelakangan ini, tuannya susah nak fokus dengan kerja.Zane terdiam sebelum mengeluh.

"Dia dah berubah, sikit" adu Zane.

Noah diam seketika, dapat mengagak apa yang Zane sudah buat.

"Tak cuba pujuk dia? ".

"Aku nak dekat dengan dia pun dia tak bagi, apatah lagi nak bercakap" decitnya.

"Buat sementara ni tuan bagilah dia masa.Dia masih terasa hati tu" nasihat Noah.

Zane mengaku yang egonya sebagai lelaki tercabar jugak bila isterinya melawan.Tapi kalau api lawan api, mereka berdua akan sakit dan dia tidak mahu memburukkan keadaan lagi.


"Sugar.. Kau tak nak balik kampung ke? " tanya Zane setelah selesai makan malam.

"Malas" balasnya sepatah.Dia tak nak tunjuk depan Nek Jah yang mereka berdua sedang gaduh.Susah nak tipu wanita tua itu.

"Selalu kau yang beria ajak aku balik sana.Ni bila aku ajak kau tak nak pulak".

"Awak nak nenek tengok kita berdua tak sebulu ke? " tebak Anaya.Zane terdiam.

"Awak beria sangat balik lah sorang-sorang" sambungnya lagi.

"Aku tanya je" balas Zane dengan suara kendur.Anaya buat tidak tahu.

"Pergilah makan, Mak Leha dah hidangkan.Saya dah makan" arahnyanya sebelum bangun naik ke bilik tidur.

Dia banyak mengurungkan diri di dalam bilik tidur mereka dan semakin kurang bergaul.

---------------------------------------------------

"Apa nak jadi ni Zaril hah?! Kata nak cari kerja lah.Ni kamu buat onar apa lagi ni" marah Kamarul.

Sudahlah anak perempuannya menconteng arang di muka, ini anak lelakinya pula terlibat dengan jenayah.

"Zane yang buat Zaril ayah, dia yang sumbat Zaril dalam lokap ni ayah" bela Zaril.

"Polis takkan saja-saja ikut cakap dia kalau takde bukti Zaril! Berhenti menyalahkan orang kalau kamu yang cari penyakit".

Polis sudah menerangkan apa yang Zaril sudah buat.Dahlah melibatkan orang ternama (Zane).

"Abang sudahlah tu.Sekarang ni baik kita fikir macam mana nak keluarkan Zaril.Takkan nak biar dia duduk sini" pujuk Aishah.Kamarul mendengus mendengar kata-kata isterinya.

"Kalau dia boleh keluar sekali pun, dia akan bawak title bekas penjenayah.Eh mana abang nak letak muka ni hah! ".

"Kita jumpa Anaya abang... Mintak dia pujuk Zane lepaskan Zaril" cadang Aishah.

"Awak jangan nak libatkan dia.Jangan jadi batu api antara Anaya dengan Zane.Tak cukup anak-anak kita dah jadi masalah dalam rumah tangga diorang, awak pulak nak buat benda sama" larangnya tegas.

Aishah hanya senyap menutup mulutnya.

"Sekarang ni kita sendiri kena jumpa Zane merayu dekat dia.Abang tak nak libatkan sesapa lagi dah" putus Kamarul.

"Ayah tak payah nak merayu dekat lelaki bodoh macam tu".

"EH KAU DIAM YE ZARIL! BERSYUKUR SIKIT AYAH MASIH NAK SELAMATKAN KAU.SEKARANG NI KAU DUDUK DIAM TAK PAYAH NAK MASUK CAMPUR" tengking Kamarul.

Anak-anaknya makin lama makin degil.Dah kena teruk macam ni pun masih nak ego melawan orang yang terang-terang umpama langit dengan bumi.


"Uncle datang ni mesti Zane boleh agak apa yang uncle nak cakapkan" Kamarul membuka mukadimah.

Mereka berada di Villa Zane setelah di bawa oleh Noah ke situ.Anaya diam duduk di sebelah suaminya.Malas masuk campur nanti dia yang kena jugak.

"Apa jaminan yang saya dapat kalau saya lepaskan Zaril? " tanya Zane beku.

"Uncle janji, diorang takkan kacau lagi dah kamu berdua.Jumpa pun tak" tekan Kamarul.

"Masalahnya saya dah banyak kali bagi peluang, tapi still kena pijak jugak" ujarnya sinis.

"Kali ni je uncle merayu, kalau lepasni anak-anak uncle buat hal lagi kamu buatlah apa kamu nak buat" putus Kamarul.

Memang betul lepasni kalau anak-anaknya buat hal lagi, dia takkan masuk campur.

"Abang! " marah Aishah.Kamarul lantas memegang tangan isterinya dan mengisyaratkan untuk ikut saja.

"Awak.." panggil Anaya.Zane mengalihkan perhatiannya ke isteri.

"Lepaskan lah dia...kali ni je" pinta Anaya dengan pandangan lembut.Zane kalah dengan mata hazel isterinya.

"Okay saya lepaskan dia, tapi lepasni saya takkan bertolak-ansur lagi tegas Zane.

Aishah dan Kamarul merasa lega.

"Terima kasih Zane, uncle betul-betul terhutang budi dengan kamu" ucap Kamarul.

Zane senyap sahaja memasang muka ketat.Jagalah Zaril kalau buat hal lagi.


"Kenapa kau minta aku lepaskan dia? Kau tak rasa marah ke dengan Zaril? " ujar Zane tidak puas hati selepas Kamarul dan Aishah pulang.

"Kenapa saya nak rasa marah dekat dia pulak? ".

"Sebab dia, aku sakitkan kau.Sebab dia,hubungan kita jadi macam ni".

"Apa yang awak buat dekat saya takde kena mengena dengan Zaril pun.Semua tu atas diri awak sendiri" bidas Anaya geram.

Sendiri buat lepastu nak letakkan kesalahan dekat orang lain.

"Apa yang takde kaitannya? ".

"Apa awak dah buat dekat saya, itu semua atas nafsu dan kepuasan hati awak! Takde kaitan dengan dia pun" marahnya.

"Tak apasal kau nak menangkan dia.Kau tau kan gambar tu berpunca dari dia? " sangkal Zane.

"Ye memang pun, tapi awak ada pilihan sama ada nak beri peluang untuk saya jelaskan dan percaya pada isteri awak ni atau ikut ego dan hati awak! " bentaknya.

"Takkan sebab dia,kau nak marah aku macam ni" Zane bengang.

"Sudah-sudahlah kaitkan benda ni dengan orang lain! Bertanggungjawab sikit atas perbuatan awak.Jangan asyik rasa diri tu betul saja sampaikan buat isteri awak ni macam patung! Macam saya ni takde perasaan langsung awak buat saya kan! " amuk Anaya.

Zane sudah hilang sabar, dia mengangkat tangannya untuk menampar isterinya.

Pang

Anaya jatuh terjelepuk ke lantai sambil memegang pipi kirinya.Sudahlah bibirnya yang pecah haritu gara-gara perbuatan suaminya belum elok lagi.

"Isk" ringisnya sakit.Darah mengalir hingga ke dagu lalu menitis ke lantai.

Zane kaku tidak percaya dengan apa dia sudah buat.

"Anaya aku-".

"Jangan dekat dengan saya!" tempik Anaya sambil mengengsot menjauhi suaminya.

Dia takut tapi dalam masa yang sama dia marah apabila diperlakukan sebegitu.Nek Jah pun tidak pernah naik tangan ke atas dia.

"Tak a-aku tak sengaja" pujuk Zane sambil cuba memegang pipi Anaya.

"TAK PAYAHLAH!" tangisan yang ditahan pecah jua.

Tangannya menggigil menolak lengan Zane dari menyentuhnya.Dia takut! Dia bangun dan berlari ke luar.

"A-ANAYA! " jerit Zane tapi kakinya kaku untuk mengejar isterinya.Dia rasa sangat bersalah.Dia tidak patut buat begitu!

---------------------------------------------------

Papi Dulce (Completed) Where stories live. Discover now