chapter 52-Respeto (Respect)

10K 322 6
                                    


Zaril menarik nafas panjang menghirup udara segar di Kanada.Dia sambung belajar di sini ditemani adiknya, Juwita.

"Abang, jom" Juwita mengajaknya untuk turun sarapan.

"Jom".

"Dah dua bulan kita dekat sini, adik tak rindu ibu dengan ayah ke? " tanya Zaril sebelum menghirup air hot chocolatenya.Sekarang musim salji di Kanada.

"Rindu.Tapi adik dah janji nak berubah kan... " ujar Juwita.Tipulah tidak rindu, nak pulak dia anak manja ibu.

"Kau tak nak cari orang sini? ".

"Maksud abang? " pelik pulak soalan Zaril kali ini.

"Maksud aku, kau tak nak cari bakal suami dekat sini ke? ".

"Buat apa? Juwita bukannya suci lagipun..." dia tersenyum kelat.Susah untuk terima hakikat tapi itulah takdirnya.

"Orang sini tak kisah sangat pasal benda tu... Lagipun mentaliti diorang tak macam orang kita" pujuk Zaril.

"Tengok lah macam mana...kalau ada, ada lah" putusnya.

Zaril diam sahaja mendengar kata putus adiknya.Tidak mengapalah, nanti kalau ada calon yang sesuai, akan dia kenalkan pada Juwita.

"Jom balik bang, sejuk lah".

"Yelah" cuaca makin sejuk jadi mereka tidak mahu berlama di luar.

"Opps" Zaril terkebelakang apabila satu susuk tubuh merempuhnya secara tidak sengaja.

"Oh I'm so sorry! " kelam kabut wanita bertudung itu minta maaf.

"Malaysia?" Zaril tidak tahu mengapa soalan itu terpacul keluar dari mulutnya.

"Oh awak orang Malaysia ye?" teruja pulak dia apabila bertembung dengan orang yang satu tanah air dengannya.

"Yeah hehe saya Zaril Redzuan" Zaril memperkenalkan dirinya secara ringkas.

"Saya Saadah, pelajar University Toronto jurusan arkitek" balasnya.

"Wah kita satu uni lah, satu bidang jugak tu" adakah ini dinamakan jodoh.

"Oh ye ke? Saya tak perasan pulak.Mungkin sebab ramai student kut" tidak dinafikan ramai pelajar menuntut ilmu dalam bidang arkitek.

"Awak sambung degree ke dekat sini? " kewujudan Juwita dilupakan seketika.Juwita pula diam menyaksikan pertemuan two loving bird.Tak nak kacau daun.

"Haah, awak? ".

"Sama jugaklah" banyak betul kebetulan.

"Ehem, abang lama lagi ke nak borak? Kalau lama adik gerak dulu" dia sudah rasa seperti mahu membeku di situ.

"Adik awak ye? " Zaril mengangguk sebagai jawapan pada soalan Saadah.

"Hai! Selamat berkenalan" Saadah menghulurkan tangan kanannya untuk bersalam.Juwita menyambut lembut.

"Anyway saya minta maaf sekali lagi sebab terlanggar awak.Nak cepat tadi" pintanya.

"It's okay,sikit je ni.By the way, jumpa awak dekat uni nanti.Kalau nampak tegurlah" ujar Zaril.

Menarik perhatian wajah Saadah.Sejuk mata memandang.Kulit putih kemerahan dengan mata sedikit sepet berserta bibir nipis pink cair.

"Okay!  Awak pun.Bye" lambainya sebelum berlalu pergi.Zaril tersenyum membalas lambaian Saadah.

"Lama lagi ke nak berangan abang? " sampuk Juwita tersengih nakal.Ada orang sudah jatuh cintalah.

"Ish sibuk je kau ni.Dahlah jom balik" decit Zaril.Juwita mentertawakan Zaril setelah melihat reaksi malu-malunya.

---------------------------------------------------

"Kau bosan ke duduk sini? " tanya Zane.

"Takdelah, cumanya aku rindu rumah aku" sudah dua bulan Lucas berada di Malaysia.Sudah tiba masanya untuk dia pulang semula.

"Nanti jangan datang lagi tau" sampuk Talia.

Lucas tersenyum kelat.Noah memandang tajam Talia tanda menyuruhnya senyap.

"Anyway, nanti kalau baby dah lahir bagitau.Aku nak merasmikan anak korang dulu" usik Lucas.

"Amboi! Macam kau pulak bapak dia eh" Zane menumbuk manja bahu kawannya itu.Gurau.

"Boleh tak aku nak bercakap dengan Talia... Berdua je? " pintanya.

Zane lantas memberi isyarat pada Noah untuk menjauh sekali.

"Hmm kau nak wish apa? " acuh tak acuh je Talia melayan.

"I... hope you and gentleman yang you suka bersatu and bahagia " ucap Lucas ikhlas.

Dia kena terima hakikat yang wanita itu tidak sukanya.Dia sudah jatuh cinta pada Talia pada hari pertama gadis itu bekerja sebagai bodyguard Zane tapi wanita itu langsung tidak menyimpan sebarang perasaan untuk dia.

"Thank you" jujur dia terkejut dengan ucapan Lucas.Dia ingat lelaki itu tidak mengalah tapi dia silap.

"Can you at least give me a hug? " melihat pandangan mata berharap itu membuatkan dia serba salah untuk menolak.

Akhirnya dia sambut dakapan Lucas walaupun sekejap.Lucas tersenyum.Ini pun sudah cukup buatnya.

"Have a safe journey Lucas".

"Thank you Talia" tiada lagi panggilan "My love".Dia kena hormat keputusan Talia.

"Careful bro.Dah sampai call aku" Zane turut berpelukan dengan Lucas.Dia tidak membawa Anaya memandangkan isterinya itu cepat lenguh dan penat.

"Alright, bye".

"Bye" ucap mereka bertiga.Selepas Lucas menghilang baru mereka bergerak ke parking kereta.

"Kenapa kau pandang aku macam tu? " bukan dia tidak perasan Noah memandangnya sejak aksi dia berpelukan dengan Lucas.

"N-nothing" dalihnya dan terus memandang lurus ke depan.Seketika dia mengeluh kecil.Talia yang merasa pelik hanya diam sahaja.


"Sakit lagi ke pinggang Anaya? " tanya Zane sambil mengusap lembut belakang isterinya.

"Haah, doktor kata normal sebab baby makin membesar kan" Anaya cuba menyedapkan hati suaminya yang jelas risau.

"Nak abang urut tak?" tawar Zane.

"Boleh juga, abang urut guna minyak angin tu" tangannya menunjuk ke satu laci kecil.Zane bangun dari birai katil dan mengambil minyak tersebut.

Anaya bangun dengan bersusah-payah sebelum Zane cepat memegang belakangnya membantu dia duduk.

"Hmm sedapnya abang urut" puji Anaya selesa dengan urutan tangan Zane.Sesekali dia memegang baju blaus mengandung ke atas sedikit bagi memberi ruang untuk suaminya mengurut.

"Sorry..".

"Sorry for what abang? ".

"Yelah, sayang penat bawa anak abang" tangannya lincah mengurut pinggang isterinya.

"Takde apa lah.Anaya okay je.Anaya lagi happy sebab diberi peluang untuk bawak anak kita" pujuk Anaya.

Dia tahu suaminya kesian padanya yang sering sakit pinggang dan letih sejak kandungan masuk usia 6 bulan.

"Anaya nak apa-apa lagi tak? " alang-alang Zane mahu turun ke dapur untuk minum air, dia bertanya jika isterinya mahukan apa-apa dari dapur.

"Bawakkan Anaya coklat cadbury almond tu bang.Tekak rasa nak makan benda manis pulak hehe" pintanya.

"Boleh tapi makan sikit je, tak boleh makan banyak.Makanan tak sihat" tegas Zane.

Bukan dia tidak tahu isterinya sering seludup makan makanan ringan senyap-senyap di belakangnya.Dia tahu tapi dia diam.Yelah ibu mengandung suka makan macam-macam.

"Yelah" takpe nanti dia turun sambung makan coklat pukul 2 pagi nanti.

"Jangan nak mengada turun pergi dapur makan coklat pepagi nanti eh, ingat abang tak dengar ke dia keluar bilik" ancam Zane.Anaya menjeling sedikit sebelum memeluk tubuh.Tak mau kawan!

---------------------------------------------------

Papi Dulce (Completed) Where stories live. Discover now