Balik sahaja dari rumah Nek Jah, sampai kesudah suaminya senyap.Dia buntu.Dia nak pujuk tapi dalam masa yang sama dia takut dengan amukan baran Zane.
"Mak Leha,nanti buatkan Zane kopi and hantar atas " arah Zane sebelum berlalu pergi ke bilik kerja.Dia tiada mood untuk bercakap dengan sesiapa.
"Kenapa tu Anaya? " tanya Mak Leha.
Dia bukan mahu menyibuk tapi dia sudah hafal perangai Zane itu, nampak sangat Zane tengah marah.
"Takde papelah Mak Leha, gaduh sikit je tadi " dalih Anaya.Biarlah,hal rumah tangga dia, takkan dia nak jaja dekat orang.
"Ouhh.. Jangan masam muka lama-lama tak elok, syaitan lagi suka " nasihat Mak Leha.Anaya hanya mampu tersenyum tawar sahaja.
"Noah".
"Ye tuan".
"Kau rasa.. Zaril still suka dekat Anaya?" Zane meminta pendapat pembantunya.
"Mungkin... Sebab puan Anaya kan baik ditambah pula puan Anaya ialah first love dia,tapi saya rasa dia jenis hormat dan terima keputusan Puan Anaya" berhati-hati Noah memberi pendapat agar tidak menambah minyak pada api yang sedang marak.
"Kau rasa aku kongkong sangat ke? " tanya Zane lagi.
"Entahlah, kalau saya jadi tuan pun saya tak suka isteri saya dekat dengan lelaki lain tapi seeloknya jangan lah bagi lelaki lain dekat dengan isteri kita, banyak mata memandang tuan" panjang lebar Noah memberi nasihat.
Zane mengangguk faham.
---------------------------------------------------
"A-abang... " Anaya cuba mengambil perhatian Zane.
Buat pertama kali, suaminya tidur membelakangkannya.Kecik hati dia.
Zane saja pura-pura bodoh.Hati dia masih panas lagi.Anaya berhenti menganggu Zane dan cuba tidur.Sepanjang malam tu, dia tidak dapat tidur lena.Betullah,susah nak tenang lepas buat suami kecik hati.
"Mak Leha rasa Zane marah ke kalau Anaya pergi office dia hantar lunch?" Anaya cuba meminta pendapat Mak Leha.
"Tak kut lagipun kamu nak hantar makanan bukannya nak cari gaduh" betul jugak cakap Mak Leha.
Jadi dia kena minta Talia untuk teman dia ke bangunan Office Zane, Syarikat Royal A.M.
"Hai, boleh saya jumpa dengan tuan sekarang? " tanya Talia pada secretary Zane.
"Ouh Talia, masuklah tuan tak busy sekarang nih,wah cik puan pun ada sekali, baru first time jumpa depan-depan.Lagi cantik dari dalam gambar" tegur secretary Zane.
"Hehe terima kasih" sopan Anaya berterima kasih.Talia tarik dia untuk masuk ke office Zane.
"Tuan".
"Buat apa datang? " tanya Zane dingin.Payau rasa air liur di tekak Talia dan Anaya.
"Ah-erm Anaya nak hantar lunch abang je" terang Anaya gusar.
"Out Talia, and you stay" arah Zane keras.
"Come here sugar" panggil Zane.Mata dia tajam perhatikan tubuh Anaya.
"Anaya basuh tangan dulu ye" kebiasaannya suaminya mahu bersuap ketika makan berdua.Hari ini dia masak ayam masak merah dengan terung berlada.
"Sit here" arah Zane.
Anaya duduk di atas riba Zane dengan tidak rela.Mereka makan dengan senyap, tiada lagi gurau senda dan ketawa.Hmm..
"Kau tau kenapa aku marah" suara Zane memecahkan kesunyian selepas mereka selesai makan.
"T-tahu.. Sebab abang Zaril pegang Anaya... " jawab isterinya perlahan.Isk bukan tu dia marah.
YOU ARE READING
Papi Dulce (Completed)
FantasyKarya Pertama In Editing Start : 26/3/2022 End : 28/4/2022 Let's jump to our hero first Alexander Malokev (Zane) Berumur 26 tahun.Ceo of Royal A.M. company dan dalam masa yang Sama menjalankan perniagaan illegal which is u will find out once you re...