Zaril cuba menelefon Zane namun tidak ada satu panggilan pun dijawab.Jika dia pergi ke Villa Zane, dia akan dihalau.Dia buntu bagaimana mahu selesaikan saman 1 juta.Sama ada minta maaf dan merayu atau terus lawan.
Nombor anda dail tidak dapat dihubungi
"ARGHH" jerit Zaril membaling telefon ke katil.
Dia duduk di birai katil dan memegang kepala.Mana dia nak cari 1 juta.Takkan nak pinjam ahlong pula?
Dreeet
"Abang, telefon abang dari tadi bunyi" tegur Anaya apabila suaminya tidak menunjukkan tanda-tanda mahu memeriksa telefon.
"Biar jelah" balas Zane malas.
Bukan dia tak tahu Zaril yang telefon untuk bercakap pasal saman 1 juta tersebut.Dia hanya akan menarik saman itu kalau Zaril merayu minta maaf padanya.
"Abang tak nak tarik ke saman tu? " tanya Anaya perlahan.
"Aku hanya akan tarik bila Zaril jumpa aku and merayu" balas Zane dingin.
"Macam mana dia nak jumpa abang kalau abang suruh bodyguard halang dia dekat dengan kita?" tanya Anaya geram.Zane mendecit.
"Pandai-pandai dialah cari jalan.Time aku baik hati dia buat aku macam sampah " rengus Zane.
"Ish ab-".
"Yang kau beria sangat kenapa hah? Siapa suami kau? Aku ke Zaril sampai kau nak menangkan dia sekarang ni?" Zane mula bengang dengan sikap isterinya mengutamakan orang luar dari dia.
"Anaya rasa tak patut pun abang buat macam tu.Juwita pun dah sakit abang nak tambah masalah diorang" bidasnya.
Dia tidak suka sikap Zane yang satu ini.Kuat berdendam.
"Sape mula saman dulu?dia ke aku? Aku saman sebab nak pertahankan diri and maruah aku" tegas suaminya.
"Tapi Anaya tak suka abang macam ni! ".
"Kau fikir aku suka ke buat semua ni? " Zane menyoal semula.
"Kalau abang tak suka then kenapa abang buat? " bantah Anaya.
"Sebab dia buat dulu? " alasannya seperti kebudak-budakan.
"Anaya tak suka abang berdendam macam ni" balas Anaya kesal.
"Aku takkan berdendam kalau pihak sebelah sana berhenti kacau kau dan aku" putus Zane.
Dia lekas bangun dan menjauhi isterinya.Karang tak pasal-pasal ada yang sakit nanti
---------------------------------------------------
Dreeet
"Hello siapa ni? ".
"Hello, nih abang Zaril ni... ".
"Ouh abang Zaril.Juwita dah okay belum?" tanya Anaya prihatin.
"Dah Okay dah lepas bawak dia jumpa psychiatric, sekarang dia slow-slow bergaul dengan family".
"Ouh, baguslah begitu Alhamdulillah,nih abang call ada apa ye? ".
"Anaya.. Abang Zaril nak minta tolong boleh".
"Tolong apa?".
"Tolong pujuk Zane tarik saman 1 juta.Abang tak mampu nak bayar... ".
"Tapi suami Anaya kata dia nak abang Zaril jumpa dia dulu baru dia tarik... " balasnya perlahan.
"Macam mana abang Zaril nak jumpa dia kalau kena halang!call pun tak angkat" amuk Zaril tanpa sengaja.Anaya terdiam.
YOU ARE READING
Papi Dulce (Completed)
FantasyKarya Pertama In Editing Start : 26/3/2022 End : 28/4/2022 Let's jump to our hero first Alexander Malokev (Zane) Berumur 26 tahun.Ceo of Royal A.M. company dan dalam masa yang Sama menjalankan perniagaan illegal which is u will find out once you re...