"Kau nak washing machine auto ke manual? "."Auto sebab cepat sikit.Ni aku nak pergi pilih barang dapur.Kau ambiklah mana-mana washing machine" Talia berlalu pergi menolak troli ke bahagian barangan basah.
Noah terpinga-pinga ditinggalkan.Macam mana nak pilih ni?
"Thank you" ucap Talia setelah mengambil udang yang telah ditimbang.
Dia membeli 2 ayam, 2kg udang, 2kg sotong dan beberapa sayur-sayuran.Dia bergerak mencari seterika baju pula.
"Dah pilih? " tanyanya setelah terserempak dengan suaminya di bahagian peralatan elektrik.
"Dah, aku tanya staf dia mana yang elok.Nanti diorang hantar ke rumah" Noah menayangkan resit washing machine.
"Aku dah siap pilih barang".
"Ok jom bayar" Noah mengambil alih tugas menolak troli.Macam berat je dia tengok.
"Kau ada nak pergi mana-mana ke? ".
"Aku nak makan bibimbap lah, ada restoran Korea baru bukak dekat sini.Jom try" ajak Talia.
"Sedap ke? " dia tidak pernah makan makanan Korea.
"Bolehlah" dia memaut lengan sado Noah.Mereka berjalan menuju ke restoran Korea.
"Amboi, tak berhenti kau makan" tegur Talia.Mereka memesan hotpot untuk 2 orang dan bibimbap.
"Sedap tho" komen Noah dengan mulut penuh dengan daging yang dicelur ke dalam hotpot.
"First time try ke? " isterinya menyuap bibimbap ke mulut dia.Noah mengangguk.
"Kalau kau suka, aku boleh je buat dekat rumah".
"Kau reti ke?".
"Asalkan ada bahan-bahan dia boleh je.Kuah dia biasa ada jual dekat Family Mart dalam bentuk serbuk" beritahu Talia.
Dia rajin pergi Family Mart makan di sana semasa bujang dulu.
"Lepas kita habis makan, kita pergi jenguk Adham Zafran kejap boleh.Aku rindulah dia" rengek Talia.
"Hmm bwole-eh uhuk ehem" ini padahnya bila bercakap dengan mulut penuh.
"Kunyah dulu sayang" Talia mengusap lembut belakang suaminya.Macam budak-budak.
"Tapi takkan nak pergi dengan tangan kosong je? " ujar Noah setelah perit di tekaknya reda.
"Aku ada beli jajan tadi, bolehlah tu buat buah tangan" Talia menguis sisa-sisa makanan yang tinggal.
"Eh dah besar budak ni.Rasa macam baru semalam dia lahir" Talia mencucuk geram pipi tembam Adham Zafran.
Adham Zafran sudah berusia 8 bulan.Makin lama makin bulat budak kecik ni!
"Mmm ma" rengek Adham Zafran tidak selesa.
"Pipi merah macam mama dia.Dah besar mesti hensem kan.Tengok ni makin berat dah Adham" Talia mengagah bayi itu sehingga tawanya meletus.
"Kuat menyusu dia ni.Nestum pun kuat makan.Kalau lambat sikit bagi dia makan mulalah throw tantrum" ujar Anaya sambil mengelap air liur anaknya yang meleleh hingga ke dagu.
"Korang bila nak ada anak? Merancang ke? " tanya Zane sebelum menyisip air teh yang dihidang oleh isterinya.
"Baru je kahwin semalam tuan, agak-agaklah nak terus ada anak" bidas Noah.
"Apa salahnya, bunting pelamin.Nanti raya tahun depan bertiga" usik Zane.
"Tak nak lah, awal sangat ish.Saya tak puas bekerja lagi" bantah Talia.
"Alah kita merancang, yang tentukan adalah Allah SWT.Kalau dah rezeki nak buat macam mana.Asalkan ada usahalah" sampuk Anaya.
Talia dan Noah diam.Buat tut pun tidak macam mana nak ada anak?
---------------------------------------------------
"Kau tahu Lucas dah ada girlfriend? " tanya Noah.
"Tak, buat apa aku nak ambik tahu" dia dan Lucas bukannya ada apa-apa hubungan istimewa.
"Oh, nanti esok kau dah masuk kerja kan? ".
"Haah, kenapa? " tanya Talia.
"Aku hantar kau".
"Tapi kan kau kena pergi office dengan tuan.Aku kerja dekat Villa teman puan.Takpelah aku boleh pergi sendiri" tolak Talia tidak mahu menyusahkan suaminya.
"Tak boleh, kau tanggungjawab aku.So esok kita pergi sama-sama.Aku hantar kau dulu" tegas Noah.Jadi apa-apa nanti dia juga yang gelabah.
"Ish yelah, tak habis-habis dengan kuasa veto suami dia tu" rungutnya geram.
"Nak jadi isteri nusyuz ke? " sindir Noah selamba.
Talia lantas menutup mulut.Astaghfirrulah, dosa lah!
"Tak-tak, gurau je hehe" dalih Talia.Baru kahwin nak buat dosa dengan suami.
"Nanti lunch kau balik Villa tak?" biasa Talia akan lunch dengan Anaya memandangkan tugas dia adalah menjaga keselamatan puannya.
"Baliklah, ikut tuan.Tuan kan lunch dekat Villa" Talia mengangguk faham.
"Miau" satu suara menyampuk.
Muncul satu kucing kecil british short hair berwarna putih menggesel kepala di kaki suaminya.Cantik!
"Hei kitty, dah bangun" Noah mengangkat tubuh bulus kucingnya.
"Cantiknya mata dia! " puji Talia teruja melihat mata biru Cassandra.
"Tengoklah siapa pilih" ujar Noah riak.Ingat taste dia biasa-biasa ke?
"Eleh aku puji dia bukan kau".
"Miau" Cassandra menjilat pipi suaminya.Eh kau betina!
"Bak sini aku nak pegang" pintanya.Noah menghulurkan kucing tersebut.
"Bape ribu kau beli? ".
"10k" nak tersembur air liur Talia.Lagi mahal dari mas kahwin dia!
"Mahalnya" komen Talia sambil memandang wajah suaminya dan kucing belaan mereka bersilih ganti.
"Memanglah mahal, baka cantik".
"Dia pandai membuang ke? " cuak juga jika dia kena basuh yak yak Cassandra.
"Pandai, aku ajar dia dari kecik lagi" Noah mengusap lembut kepala Cassandra.Sesekali dia mengiau ikut kucing putihnya.
"Miau purr" Cassandra menggeselkan wajahnya ke wajah licin Talia.
Nampaknya kucing Noah suka dengannya.
"Kalau aku bawak dia pergi Villa esok boleh? " pinta Talia.Dia ingin memperkenalkan Cassandra pada Adham Zafran.
"Tanya puan dulu, kalau dia bagi tak perlulah aku bayar vet suh jaga dia".
"Okay nanti aku chat puan, biasa dia tidur kat mana? Aku tak nampak pun tempat tidur dia" bukan main susah nak nampak kucing itu pada waktu malam.
"Katil, biasa dia menyorok bawah katil tidur situ sebab sejuk" beritahu Noah sebelum meletakkan Cassandra ke lantai.
Kucing itu berlalu pergi dengan loceng di leher berbunyi.
Talia memandang geram ekor panjang berbulu tebal Cassandra.Nanti dia nak tarik-tarik ekor tu!
---------------------------------------------------
YOU ARE READING
Papi Dulce (Completed)
FantasyKarya Pertama In Editing Start : 26/3/2022 End : 28/4/2022 Let's jump to our hero first Alexander Malokev (Zane) Berumur 26 tahun.Ceo of Royal A.M. company dan dalam masa yang Sama menjalankan perniagaan illegal which is u will find out once you re...