chapter 25-Una semana (One week)

17.1K 362 11
                                    

Hari mereka berjalan seperti biasa.Anaya dan Zane sudah tidak berdendam atau sakit hati.Kisah lama jangan diungkit katakan.

"Abang,Anaya nak tolong Mak Leha kemas rumah boleh tak? " pinta Anaya.

Zane melarang dia buat kerja rumah melainkan memasak dan melayan di- eh hm.Zane berfikir sejenak.

"Hmm boleh tapi jangan biar aku nampak kau penat sugar " ujar Zane.

Dia  leka bermain game son of the forest 2.Dahlah game itu menakutkan.

"Okay! Anaya gerak dulu" balas Anaya gembira.

Sudah lama tidak buat kerja rumah selain memasak.Dia berjalan riang keluar bilik sambil melibas rambut.

Zane memandang pelik, 'wife aku ke tu?'.

"Kamu kemas tingkat 4 dulu, Zane tak senang-senang kasi orang naik situ.Mak Leha kemas tingkat 3" cadang Mak Leha.

Anaya anggukkan saja asalkan dia tidak goyang kaki.Sudah tersedia vacuum tanpa wayar dan mop lantai.Hari ni kita exercise sikit ahgitew.

Dua jam mengemas tingkat 4 membuahkan hasil yang memuaskan hati.Berkilau-kilau meja kerusi yang dia mop.

Tingkat 3 Mak Leha dah cop dan tingkat 2 pulak gym yang selalu dibersihkan oleh bibik yang lain.Tingkat 1 menempatkan ruang makan dan ruang keluarga sudah menjadi kewajipan di kemas oleh Mak Leha dan bibik.Tinggal basement yang berada di tingkat bawah tanah.

'Herm takpelah dah alang-alang kemas tu baik kemas semua' bisik akalnya.

Dia bergegas ke basement sebelum satu suara memanggilnya.

"Kau nak pergi mana sugar? " soal Zane.

"Nak pergi basement kemas" balas Anaya.

"Takpe basement biar budak-budak aku kemas.Lagipun kat bawah tuh bersepah dengan spot rim kereta bagai" halang Zane.

Anaya meng-ohkan saja.Betul juga kata suaminya,dia mana reti simpan barang-barang kereta.Spot rim pun dia tak kenal.

"Dah pergi mandi,masam bau" kutuk Zane selamba.

Anaya menjeling sebelum memijak kaki Zane.Zane mengaduh.

"Opps tak nampak pula kaki abang,maaflah ye" balas Anaya bersahaja sebelum berlalu pergi.

Zane memandangnya tidak puas hati.Kaki sudahlah kurus mulus tapi macam besi!

"Sedap layan budak-budak aku? " tanya Zane sinis.

Juwita terbaring di atas tilam nipis di lantai tanpa seurat benang.Tubuhnya berbirat dengan lebam dan calar.Sumpah dia sudah penat.Selangkangannya sudah sakit dan ngilu.

"Z-zane le-lepaska-n I pl-ease" rayu Juwita lemah.

Zane mendecit menyampah.Dia cuba mendekati lelaki itu tetapi choker berantai yang bersambung dengan dinding menghalangnya.

"Hari tu bukan main kemaruk lagi kau nak seks dengan aku, ni aku dah tunaikan permintaan kau, macam ni pulak kau balas ye" dengus Zane.Ada yang makan penampar dia nanti.

"Z-zane p-please...I jan-ji I t-ak buat re-repot polis" janji Juwita.

Dia mahu pulang.Sudah 4 hari dia dikurung di sini dan hanya diberi sekeping roti dan sebotol air mineral.

"Huh, kalau kau buat report polis pun, diorang tak boleh tangkap aku.Money and power makes people bow to you" ujar Zane angkuh.

Dia berusaha untuk dapatkan semua benda yang dia ada termasuk duit dan kuasa.Sudah semestinya dia memanfaatkannya sebaik mungkin.

"How about this, kalau kau boleh bertahan for one week,aku...lepaskan kau" tawar Zane.

Dia masih memikirkan perasaan isterinya jika tahu apa dia buat di belakang.

"Z-zane I-".

"Take it or leave it.Aku bagi pilihan bukan? Una semana,Juwita (One week,Juwita)" tutup Zane sebelum beredar keluar.

Juwita merangkak cuba memaut kaki Zane sebelum Zane bertindak melempang wajahnya.

Pang!

"KAU SAPE NAK SENTUH AKU HAH?! JANGAN BUAT AKU TARIK BALIK TAWARAN AKU, DAH CUKUP BAIK AKU STILL NAK BAGI KAU HIDUP! " amuk Zane sebelum berlalu keluar dengan hati meluap marah.

"Hiks hiks, ibu... abang t-tolong Juwita hiks " esak Juwita sambil memegang pipinya yang sudah bengkak.

"Abang-eh! ".

"Hmm, kau wangi.Bau macam baby" balas Zane tiba-tiba manja macam kucing parsi.

"Memang ler, kan Anaya baru lepas mandi " balas dia pelik.Takkan lepas mandi masih berbau busuk kan?

"Sugar? ".

"Hmm, kau boleh janji dengan aku jangan buat benda yang aku takkan suka? " tanya Zane.Tangannya leka mengusap kulit belakang isterinya.

"Ke-kenapa? " tanya Anaya gusar.Dia ada buat salah lagi ke?

"Takdelah, aku tak nak hukum kau.Sebab tu aku nak kau berjanji" balas Zane bersahaja.

"A-abang nak buat a-pa kalau Anaya-".

"Benda yang akan buat kau sakit and aku pasti akan tinggal kesan dekat diri kau" potong Zane keras.Susah sangat ke permintaannya? Ini untuk kebaikan isterinya bukan dia.

"Ah-erm Anaya takut nak berjanji" ujar Anaya sambil menunduk.

Dia takut jikalau dia mungkir janji.Mesti lagi teruk dia kena.

Zane mendecit sebelum melepaskan Anaya.Dia bergerak ke balkoni untuk menghisap vape.Dia bukan seorang perokok tetapi kadang-kadang dia hisap vape untuk mengalihkan perhatiannya.Anaya hanya memandang belakang suaminya.

'Kenapa abang tanya macam tu? ' tanya Anaya di hati.

---------------------------------------------------

"Lama ke abang pergi?" tanya Anaya sambil memakaikan tali leher pada suaminya.

"Tiga hari dua malam je,kenapa? Rindu? " tanya Zane mengusik.

Anaya hanya tersenyum malu sebelum Zane mencium pipinya.Comel!

"Kau duduk rumah diam-diam, kalau nak keluar bawak Talia and bodyguard aku.Faham?" tegas Zane.

"Faham abang, abang pun hati-hati kat sana" balas Anaya.Zane perlu bergerak ke Terengganu atas urusan kerja.

Anaya menghantar suaminya ke kereta dan menunggu sehingga kereta lelaki itu menghilang.

"Eh korang dari mana ni?" tegur Anaya selepas beberapa bodyguard muncul dari tingkat bawah tanah.

"Tadi tuan suruh kemas,jadi kami kemas dan sudah selesai" balas salah seorang bodyguard.

Anaya mengangguk dan memandang bodyguards tersebut beredar.Bukan dia tidak perasan kerap kali bodyguard suaminya itu turun naik ke sana.Suaminya juga.

'Ish, tak payah pikir bukan-bukan.Tak baik' Anaya menampar lemah wajahnya bila tanggapan buruk muncul.Baik dia pergi masak.Lapaq!

---------------------------------------------------

Papi Dulce (Completed) Where stories live. Discover now