chapter 57-Todo lo (Everything)

10.7K 298 1
                                    


"Careful sugar" seriau dia melihat Anaya berjalan.Sudahlah jahitan belum kering lagi.

"Rileks, Anaya okaylah" pedih sikit tapi dia masih boleh tahan.

"Baby okay kan? " Zane membetulkan tudung isterinya sebelum mula menolak kerusi roda.Inilah saat yang dia nantikan hehe.

"Slowlah sikit bang" tegur Anaya risau.Laju betul suaminya menolak kerusi roda yang didudukinya.

"Hold tight" pesan Zane sebelum mula memecut.Anaya peluk erat tubuh Adham Zafran.Sesekali mereka tertawa riang.

"Dah sampai" sekejap sahaja mereka sampai ke depan pintu masuk hospital.Noah sudah bersedia dengan kereta.

"Welcome back puan, and little pie" sambut Noah.

Talia membuka pintu kereta.Zane membantu Anaya bangun dan masuk ke dalam kereta.

"Kita pergi mana ni abang? " rasanya ini bukan jalan balik Villa mereka.

"Somewhere" balas Zane pendek.Dia ada suprise untuk isteri dan anak mereka.

Kereta berhenti di suatu tempat.Anaya menjenguk melihat luar dari tingkap.Pantai!

"Abang nak celebrate kelahiran anak kita ke? " teka Anaya.

"Lahirnya seorang ibu kerana lahirnya seorang anak.Abang nak celebrate ibu kepada anak abang juga".

Talia membuka pintu untuknya.Zane memimpin isterinya sambil mendukung anak kecil mereka.

Anaya nampak ada satu meja dilengkapi bangku terletak berdekatan persisiran pantai.Ada beberapa belon di sekeliling bertulis "Hello mommy" dan "Hello baby".

"Anaya berpantang so ini jelah yang Anaya boleh makan" jangan risau dia turut makan makanan yang sama.

Di meja mereka duduk terdapat Tortilla wrap, Ayam Black Pepper, Salad, Tomato dan Mayonis.Tidak lupa juga dengan jus Oren.Zane membalut cermat Tortilla wrap dan hulurkannya pada isterinya.Anak mereka diriba oleh Anaya.

"Mmm sedapnya" puji Anaya.Lagi sedap dari makanan hospital.

"Ni jelah abang mampu buat.Nak celebrate lebih-lebih, Anaya tak boleh makan ikut suka hati lagi".

"Takpe, ni pun dah cukup best.Kan Adham? " Anaya mencuit lembut pipi gebu anak mereka.

"Hee" Adham Zafran senyum tayang gusi dan lidah kecilnya.

"Gracias, por tener a mi hijo. Gracias por ser mi esposa. Gracias por hacerme ser padre. Gracias por todo. Solo puedo desear que seas feliz conmigo (Thank you, for having my child.Thank you for being my wife.Thank you for making me be a father.Thank you for everything.I only can wish that you happy with me)" ucap Zane tulus dari hatinya.

Talia menunduk memberitahu apa yang Zane sampaikan.Seketika Anaya tersenyum bahagia.

"Thank you abang, untuk semua ni.Anaya sayang abang sangat-sangat.Anaya harap kita kekal hidup bahagia bersama sampai Jannah, dengan keluarga kecil kita" balas Anaya sambil memegang lembut tangan kasar Zane.

"Ah ba! " suara comel Adham Zafran menyampuk perbualan mama dan daddynya.Zane dan Anaya tersenyum suka.

"Sayang nak cakap juga ye" Anaya cuba berbual dengan Adham Zafran.

"Come to daddy" Zane menghulur tangan menyambut tubuh kecil Adham Zafran.

Talia dan Noah meninggalkan mereka, berjalan bersama di tepi pantai.

"Little boy daddy ni hyper lah.Dah besar mesti kuat macam daddy kan? " tangannya mencuit lembut pipi merah Adham Zafran.

Sesekali dia menunduk menggeselkan hidung mancungnya pada hidung kecil itu.

Tawa Adham Zafran pecah, mampu mencairkan sesiapa yang mendengarnya.Mereka bahagia.Bahagia sangat-sangat.

---------------------------------------------------

"Kau dah bagitahu Lucas yang baby tuan Zane dah lahir? " tanya Talia.Mereka duduk di atas pasir lantai, menikmati angin lembut.

"Dah, aku bagitahu lepas kita lawat haritu" balas Noah dengan mata lurus memandang ke depan.
"Tak sangka, masa berlalu dengan cepat.Sekelip mata je tuan Zane dah berkeluarga, kita berdua masuk Islam" kakinya bermain dengan pasir pantai.Dia jarang pergi pantai.

"Mhmm" setuju Noah.Mereka juga semakin matang.

"Kau tak rasa nak berkeluarga macam tuan Zane? " soal Noah secara tiba-tiba.

"Bukan tak nak, tapi aku takut aku tak kuat macam puan Anaya" Talia tersenyum tawar.

Dia nampak kasar, kuat tapi hakikatnya dia mudah rapuh.

"Kau takut dengan aku? Kau percayakan aku tak? " Noah memandang dalam mata hazel Talia.

Jujur Talia nampak sangat cantik selepas bertudung.Hatinya sering berdebar lagi-lagi selepas mereka berdua sama-sama melafazkan dua kalimah syahadah.

"Tak, aku selesa dengan kau" jujur Talia.Dia tidak pernah rasa selesa dengan lelaki lain kecuali Noah.

"Then, let's get married".

"What? " dia salah dengar ke?

"Married, aku ajak kau kahwin" terang Noah.Dia tidak reti bersweet talk.

"Secepat ni? ".

"Yeah, apa kata kita ikut sunnah nabi.Bercinta selepas berkahwin" cadang Noah.Mereka berdua sudah menganut agama Islam.Jadi kenalah ikut cara Islam.

"Kau tak takut kecewa dengan aku? Jujur aku ada banyak kekurangan ".

"Aku pun, aku lagi banyak kekurangan.Kalau kau rasa kau tak sempurna, habistu aku sempurna ke? " Noah membetulkan tudung Talia yang terselak sedikit gara-gara tiupan angin.

"Kau takkan menyesal? " tekan Talia.

"Tak, buat apa nak ada rasa menyesal kalau boleh belajar menerima antara satu sama lain" Noah meyakinkam Talia tentang keputusannya.

"Tiada siapa sempurna dekat dunia ni Talia.Sebab tu Allah tetapkan jodoh.Untuk melengkapi antara satu sama lain".

"وَمِن كُلِّ شَيۡءٍ خَلَقۡنَا زَوۡجَيۡنِ لَعَلَّكُمۡ تَذَكَّرُونَ"

Noah membacakan satu potongan ayat Al Quran lalu menterjemahkannya.

"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah,” (QS Adz-Dzariyat: 49).

Talia diam menghadam apa yang dikatakan oleh Noah.Dalam diam dia memuji kebolehan lelaki itu menghafal dan memahami.

"سُبْحٰنَ الَّذِيْ خَلَقَ الْاَزْوَاجَ كُلَّهَا مِمَّا تُنْۢبِتُ الْاَرْضُ وَمِنْ اَنْفُسِهِمْ وَمِمَّا لَا يَعْلَمُوْنَ"

"Dan sesungguhnya Dialah yang menciptakan pasangan laki-laki dan perempuan,” (QS An-Najm:45) sambung Noah.

Talia tersenyum.Walaupun ini bukan lamaran yang romantik, tapi ini bermakna baginya.

"Be my زوجة (wife), Talia".

"Okay then you can be my الزوج (husband)".

اَلْخـَبِيـْثــاَتُ لِلْخَبِيْثـِيْنَ وَ اْلخَبِيْثُــوْنَ لِلْخَبِيْثاَتِ وَ الطَّيِّبَاتُ لِلطَّيِّبِيْنَ وَ الطَّيِّبُوْنَ لِلطَّيِّبَاتِ.

"Wanita-wanita yang tidak baik untuk laki-laki yang tidak baik, dan laki-laki yang tidak baik adalah untuk wanita yang tidak baik pula. Wanita yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik”. (QS. An Nur:26)

---------------------------------------------------

Papi Dulce (Completed) Where stories live. Discover now