chapter 20-Pedazo de recuerdos (Piece of memories)

18.6K 397 20
                                    

Sepanjang honeymoon mereka di dunia Spanish ini, pelbagai tempat Zane bawa Anaya pergi.Singkat kata, percutian ini sangat bermakna baginya dan isterinya.Mereka telah mencipta satu memori di sini.

Zane sempat membawa Anaya naik helikopter.Dia meminjam helikopter Lucas.Helikopter dia ada tapi dekat tempat lain.Banyak gambar yang mereka ambil.Anaya rancang nak cuci jadi polaroid dan gantung di suatu tempat apabila balik Malaysia nanti.

"Best tak keluar bercuti dengan aku? " tanya Zane.

"Best! Anaya suka sangat-sangat, lagi-lagi yang naik helikopter tuh hihi" terang Anaya.

Manakan tidaknya, dahlah suami dia bawak helikopter.Kau hado?

"Esok kita dah gerak balik, tapi tak balik rumah nenek"

"Eh,kenapa pulak?" risau dia.

"Balik rumah kita sugar, dah berkahwin mestilah ada rumah sendiri... Takkan kau still nak menempek bawah ketiak nenek lagi" balas Zane menyampah.

"Tapi nanti nenek duduk sorang-sorang... " gusar Anaya.

"Jangan risaulah, orang-orang aku ada jaga nenek" tangan Zane bermain dengan rambut ikal mayang Anaya yang separas pinggang itu.Sesekali dia menghidu.Harum banget!

"Hmmm..." ada betul jugak kata Zane.

Dah bersuami takkanlah tak nak berumah sendiri.Zane mahukan privasi sebenarnya.Susahlah bila duduk serumah dengan keluarga mentua.

---------------------------------------------------

"Hah Anaya dah nak balik? " soal Juwita tidak percaya.Sudah seminggu mereka berhoneymoon.
"Haah tapi bukan balik sinilah, diorang kan dah kahwin mestilah nak ada rumah sendiri " terang Nek Jah.

"Eii mana boleh! " bentak Juwita tanpa sedar.Eh eh melebih lak kau.

"Apa pulak tak bolehnya, Zane kan suami dia mestilah dia kena ikut cakap suami" balas Nek Jah pelik bila Juwita tiba-tiba membentak.

"Habis nenek duduk sorang-sorang kat sini " nada suara Juwita kendur selepas sedar akan keterlanjurannya.

"Biarlah nenek tak kisah, nenek lagi suka dia bawak Anaya balik rumah dia.Biarlah dia jaga Anaya didik isteri dia, tugas nenek dah selesai dah".

"Hmm... ".


"Tener un viaje seguro bro (Have a safe journey bro)" ucap Lucas ketika menghantar mereka ke lapangan terbang pelepasan.

"Gracias bro, nanti kita jumpa lagi" balas Zane sambil memeluk tubuh kawan baiknya.Anaya hanya tersenyum sahaja.

"Let's go sugar".


"Hei" seru Zane sambil mencumbui wajah isterinya.Mereka sudah sampai di lapangan terbang KLIA 1.

"Hmm" rengek Anaya tidak mahu bangun.

Jet lag dia masih terasa.Zane yang melihat isterinya yang letih itu lantas mendukung dan beredar.Noah menolak troli bagasi di iringi dengan Talia di sebelah dan dua bodyguard di depan tuannya.

"Eh Zane, awal sampai" tegur Mak Leha.

Tersenyum sumbing dia melihat anak angkatnya ini sedang masuk sambil menggendong isteri.

"Haah, mak Leha dah kemaskan bilik Zane kan? " tanya Zane meminta kepastian.

"Sudah,eh pergi lah cepat naik, kesian Anaya tak selesa tidur macam tu" arah Mak Leha.

Berkerut-kerut muka Anaya mendengar suara suaminya berbual dengan suara perempuan, tapi dia terlampau penat untuk buka mata.

"Baik Mak Leha" Zane lekas masuk lif dan bergerak ke tingkat 5.

Papi Dulce (Completed) Where stories live. Discover now