chapter 56-Aroma al cielo (Heaven scent)

11.7K 330 7
                                    


"Aa" satu tangan kecil menepuk lembut wajahnya.

Buka sahaja mata, wajah anak mereka, Adham Zafran memenuhi pandangan matanya.

"Adham" panggil Anaya lembut.Ish apa ni muka ikut bapak!

Warna mata ikut Zane, hidung ikut Zane juga, bibir pun.Bentuk mata, warna kulit dan kening Adham Zafran ikut dia.

Adham Zafran tersenyum comel.Zane diam memerhati keluarga kecilnya di kerusi sebelah katil.Anaknya elok diam berbaring di sebelah kepala Anaya.

"Dah lama ke Adham duduk sebelah Anaya? " tanyanya sambil memegang lembut tangan kecil Adham Zafran.Tangan kecik, kaki kecik, semua kecik.Geramlah!

"Lama lah juga, abang pegang dia tadi merengek.Tu abang letak sebelah Anaya.Dia nak mama dia" Zane bangun duduk di tepi katil.

"Nenek mana? ".

"Balik, abang suruh dia berehat dekat rumah.Kesian dia tidur kat sofa tadi, sempat dia tengok Adham" tangan kasar Zane menepuk lembut tubuh Adham Zafran yang dibalut dengan kain bedung.

Dia sudah longgarkan belitan kain bedung memandangkan anaknya tidak berhenti bergerak mahu dibebaskan.

"Anaya tak nak susukan dia?" pertanyaan suaminya menyedarkan dia yang anaknya belum menyusu lagi.

"Lupa pulak hehe" perlahan-lahan dia mengangkat tubuh kecil Adham Zafran.

Gelabah juga dia hendak memegang anak kecil mereka.Lembik semacam.

"Abang~, pandang tempat lain" Zane tertawa kecil dengan permintaan Anaya.Segan ke?

"Buat apa nak malu? Semua aku dah tengok.I have tasted all of this" bisik Zane menggoda.Usik je bukan buat apa pun.Memerah muka Anaya.

"Anaya malulah, first time susukan baby" rengek Anaya sambil menyelak baju pesakit yang dia pakai.Untung saja dia tidak memakai bra, kalau tidak susah nak menyelak.

"Susukan jelah, abang nak tengok juga wife abang breastfeed Adham" arah Zane.

Sesekali tangannya mencuit pipi merah Adham Zafran.Merah macam mama dia.

"Shuushh" Anaya menepuk lembut punggung Adham Zafran.

Kuat anaknya menghisap susu badan dia.Sakit lah juga pada mulanya.Zane tekun melihat Anaya menyusukan anak mereka.Baginya itu satu pemandangan indah.

"Come, abang letakkan dia dalam crib balik" Zane mengangkat berhati-hati Adham Zafran dan baringkannya di dalam crib.

"Sayang kena makan, bagi ada tenaga dekat badan" tadi nurse ada datang hantar makanan untuk isterinya tapi Anaya masih tidur.Jadi dia tinggalkan sahaja makanan itu bertutup.

"Abang suapkan" Zane memegang mangkuk bubur nasi yang didatangi dengan selar bakar dan sawi celur.

Sekejap sahaja Anaya habiskan.Dia lapar setelah memerah tenaga untuk melahirkan Adham Zafran.

"Nurse kata tadi kena minum air banyak-banyak.Baru banyak susu badan" pesan Zane sambil menghulurkan air mineral.

"Abang, Anaya nak pergi toilet.Nak shi shi" pinta Anaya.

Zane menggendong tubuh Anaya tanpa sempat dia jejak lantai.

"Boleh tak? " tanya Zane setelah melurutkan kain isterinya.

"Abang jangan tengok!" gila ke nak kencing depan suami!

Zane mendecit sebelum membelakangi isterinya.Itu pun nak malu!

---------------------------------------------------

"Eii geramnya" komen Talia geram melihat Adham Zafran menguap.Dia mengelipkan matanya beberapa kali sebelum terlelap semula.

Papi Dulce (Completed) Where stories live. Discover now