chapter 36-Compartiendo (Sharing)

13.4K 321 7
                                    

Keadaan suaminya semakin membaik.Sudah seminggu suaminya bekerja selepas keluar hospital dan berehat di rumah selama dua hari.

"Sugar, petang ni aku balik lambat sikit so Talia akan ambik kau balik" pesan Zane.

Anaya membetulkan kolar baju suaminya sebelum menelek bawal yang dipakai.

"Okay abang, abang jangan work kuat sangat tau.Takut Anaya tengok abang sakit" balasnya.

Zane tersenyum kecil mendengar pesanan sugarnya.

"Auw kau sayang aku rupanya ye".

"Bila masa Anaya tak sayang abang ish" ada ke patut cakap macam tu.

"Hehe aku gurau je, ah about Zaril.Kalau dia buat apa-apa tak sepatutnya kau tampar je dia.Jangan risaulah kalau dia saman kau, aku mampu bayar.Okay,  hmm?" tegas Zane.

Dia risau akan keselamatan isterinya.Lain macam saja dia tengok perangai Zaril sejak kebelakangan ni.Nasib kerja perform baik.

"Takde Anaya nak sentuh dia...ada ke patut" tolak Anaya.Haram habibti.Berdosa sentuh bukan mahram.

"Dah jom gerak".

"Untunglah orang tu, pergi and balik ada orang jemput.Siap kiss-kiss dalam kereta" usik Kak Lia.

"Akak mengintai eh, kantoilah" Anaya membalas usikan Kak Lia.

"Ter-nampak okay hihi" Anaya menggeleng kepala melihat kenakalan seniornya ini.

"Hai Anaya, dah lama tak nampak" sapa Zaril.Anaya buat-buat tidak tahu.

"Dah sombong eh sejak makin cantik ni" sambung Zaril.

"Nak order or what? " wah dah pandai speaking bini abe Zane ni.Siapa lagi yang ajar kalau bukan suaminya ini.

"Tak nak order, nak burak dengan awak".

"Then pergi.Saya tengah kerja ni" rengusnya.Dia merasakan Zaril sudah berubah.

"Alah sekejap je lah, please" rayunya.Anaya menayang muka menyampah.

"Jangan main-main boleh tak? Saya kerja bukannya main masak-masak.Awak kalau takde kerja, jangan kacau kerja saya" tegasnya.

"Kenapa Anaya dah berubah eh?".

"Saya yang berubah atau awak? Awak tahu saya isteri orang tapi awak still kacau saya.Awak ingat saya takde maruah ke? " pertanyaan Zaril di balas dengan soalan.

"Abang tak berniat nak bua-".

"Then stop kacau saya, saya bahagia dengan suami saya tapi bila awak muncul balik...macam-macam masalah jadi.Jangan rosakkan rumah tangga saya Zaril.Jangan buat saya benci awak! " ugut Anaya.

"Apa yang special sangat dekat Zane tu sampaikan abang ni sebelah mata pun Anaya tak pandang? " bentak Zaril tidak puas hati.

Semakin pening dia dengan perangai Zaril.

"Sebab dia cintakan saya! Jangan tanya soalan merepek boleh tak? Dah pergi" halau Anaya.

Memang tak ramai customer sekarang ni tapi dia sedang bekerja dan dia sayang kerjanya.

"Tapi abang pun sayangkan Anaya! ".

"Tak sama sebab saya tak cintakan awak.Jangan paksa boeh tak!" lawan Anaya.Jangan ingat dia akan tunduk bila diserang seperti itu.

"Dia tak layak jadi suami Anaya! Anaya lupa ke apa dia dah buat sebelum ni? " ungkit Zaril.

"Baik buruk dia, tuh hak saya nak terima atau tak.Kalau awak nak benci dia go on, but jangan mimpi dapat buat saya benci suami saya.Saya lagi kenal dia berbanding awak, orang luar yang setakat datang nak merosakkan hidup orang" tegas Anaya geram.

"Sudahlah, orang tengoklah" tegur Kak Lia cuba meleraikan perbalahan mereka.

"Dahlah, saya nak kerja".

Tak habis kalau bercakap dengan orang tak faham bahasa ni

---------------------------------------------------

"Talia, kita pergi makan kejap boleh?" ajak Anaya ketika Talia menjemputnya untuk pulang.

"Boleh tapi kena inform dekat tuan dulu" balas Talia.

"Okay jap saya chat Zane" tangannya laju menaip sesuatu di telefon.

Ting

"Okay Zane bagi, jom kita pergi makan" ajaknya.Dia teringin nak makan seafood shellout.Nak buat sendiri malas.

"Tuan, takdi Talia chat saya kata puan ada bergaduh mulut dengan Zaril" beritahu Noah.

"Dia ada sentuh Anaya tak? " tanya Zane.

"Tak tuan, sebab puan macam melawan tadi and ada pekerja lain sekali dengan diorang" terang Noah.Zane mendengus.

"Takpe biar dulu, melampau baru aku usik dia" arah Zane.

"Hal wasiat aku dah settle kan".

"Sudah tuan.Saya dah buat macam tuan nak".

Zane telah mengarahkan Noah untuk membahagikan harta wasiat supaya diagihkan pada anak yatim piatu dan balu.

"Kau tengokkan sikit si Zaril tu" arah Zane.

"Tuan tak nak pecat dia ke? " tanya Noah.

"Kalau aku pecat pun, kau yakin dia tak kacau? Aku tak rasa dia berhenti takat sini je".

Takpe kalau Zaril kerja dengan dia, lagi senang dia nak pantau.

"Oh, faham".

"Abang! ".

"Best keluar? " tanya Zane bila nampak kelibat isterinya pulang rumah.

"Haah best keluar makan,makan seafood shellout" berseri-seri mukanya.Perempuan dengan makan tidak boleh dipisahkan.

"Tak belikan untuk aku ke? " bukannya Zane nak sangat pun tapi saja nak mengusik.

"Belilah, nih nampak ni.Banyak,boleh makan sekali dengan Mak Leha" pinta Anaya.

"Jom kita makan shellout, malam ni aku nak shellout kau pulak" balas Zane nakal.Memerah muka Anaya.

---------------------------------------------------

"Abang".

"Hmm" Zane sudah hampir terlelap.

"Anaya takutlah.. "

"Takut apa hmm sugar? "

"Takut dengan Zaril...Anaya takut dia rosakkan hubungan kita" adu Anaya.

Dia bukan mahu jadi batu api tapi benda tu sudah lama menyesakkan fikirannya.

"Dia kacau kau ke sugar? " tanya suaminya sambil menggosok mata.

"Haah, dia paksa-paksa Anaya suruh tinggalkan abang, burukkan abang kat depan Anaya dengan Kak Lia.Anaya tak sukalah" decitnya.

"Then tak payah kerja" cadang Zane.

"Tak nak lah sampai centu.Anaya sayang kerja tu" sangkalnya.

"Then aku suruh Talia halang dia jumpa kau okay? Tak payah risaulah, aku ada" pujuk Zane sambil meramas lembut bahu terdedah isterinya.

"Hmm" kalau suaminya dah kata macam tu, dia ikut sajalah.

"Vamos a abrazar el azúcar (Let's cuddle sugar)" pinta Zane sambil memeluk Anaya.

---------------------------------------------------

Lepas je habis aku pub, aku akan unpub balik seminggu lepas tamat

Nak buat new version

Anyway pasal ebook My surrogate wife belum siap type lagi

Dah siap aku inform

Papi Dulce (Completed) Where stories live. Discover now