"Zane, nenek tahu kamu tak suka si Zaril tuh dekat dengan Anaya, tapi janganlah sampai macam tuh sekali " nasihat Nek Jah lembut.Selepas kejadian tadi, terus Nek Jah suruh Zane bawak Anaya masuk rumah.Tidak mahulah jiran dia nampak apa sudah terjadi.
Zane diam.Dia bukannya marah sangat tadi.Cumanya dia baru balik dari meeting dengan Dato Syed Azri eh-arwah Dato Syed Azri.Nampak pulak Zaril bagi hadiah dekat sugarnya, lagilah dia makin panas hati.
"A-bang Z-zane,janganlah macam tuh lagi, A-naya takut dengan abang Za-ne" tegur Anaya takut-takut.Trauma dia.
"Hmm" balas Zane.
Dia tak patut buat begitu di depan Anaya apatah lagi di tempat umum seperti di depan rumah Nek Jah.Karang tak pasal-pasal paparazi serbu dia.
"Nenek... Zane datang ni ada hajat sebenarnya"
"Hah apa hajat kamu? " lain macam pulak dia nengok Zane ni.
"Zane nak masuk minang Anaya ""HAH! "
---------------------------------------------------
"Yang kau bodo sangat kenapa Zaril, dah tahu Anaya tuh sudah berpunya yang kamu nak rapat dengan dia kenapa?" kesal suara Kamarul dengan anak lelakinya ini.
"Eh abang nih nak menangkan si Anaya dengan balak dia kenapa hah?! Tak tengok ke rupa anak kita nih! " geram Aisyah mendengar kata-kata suaminya itu.
"Yelah sape je tak marah bila lelaki lain rapat dengan perempuan kita sayang, kalau abang jadi Zane pun, abang pun marah haih" pening Kamarul tengok perangai anak beranaknya ini, ikut perangai mak sungguh.
"Alah si Zane tuh pakwe je, bukannya tunang ke suami ke.Yang dia beria sangat sampai nak pukul orang kenapa?!" sakit hati dia melihat anaknya diperlaku sebegini.
Dia sendiri tidak pernah naik tangan dekat anak-anaknya.
"Mana awak tahu dia bukan tunang Anaya, baru petang takdi Nek Jah bagitahu abang yang Zane tuh dah nak jadi tunang Anaya dah pun " bidas Kamarul.
"H-hah?! Zane nak jadi tunang Anaya!" terkejut Zaril mendengar apa yang bapanya kata.
"Hah kamu jangan nak menyibuk jadi perosak kebahagiaan orang lain, ayah tengok bahagia je Anaya dengan Zane, kamu je sibuk cari masalah dengan diorang " tegas Kamarul.
"Tapi Zaril suka Anaya ayah! "
"Kalau dia suka kamu, dia takdenya terima Zane sebagai tunang dia.Kamu je terlampau berharap.Kalau dah suka patutnya masuk minang awal-awal macam si Zane buat, bukannya rapat berkawan macam tuh" bidas Encik Kamarul.
Tak faham dia dengan anaknya yang sorang ni.Nasib Juwita takde dekat rumah, kalau tak makin bertambah kusut kepala dia nak melayan.Bukannya dia tak kenal perangai anak-anaknya.
"Tapi ayah! "
"Takde tapi-tapi.Mulai harini, kamu jangan nak dekat dengan Anaya lagi.Jaga sikit air muka ayah ni" tutup Kamarul sebelum beredar masuk bilik.
"Dahlah Zaril, kamu ikutkan je cakap ayah tuh.Lagipun banyak lagi perempuan kat luar sana " pujuk Aisyah.
"Ibu dengan ayah tak pahamlah" keluh Zaril.Sekarang ni dia dah tak boleh nak dekat dengan Anaya.Menyesal dia cari pasal dengan Zane.
"Daddy.. " panggil Anaya perlahan.
Mereka melepak di pangkin depan rumah Nek Jah ditemani Noah.
"Hmm"
"Betul ke daddy nak tunang dengan Anaya erm... " dia was-was.
Hubungan mereka sebelum ini sebagai sugar baby dan sugar daddy je.
"Kau lupa ke yang contract kita tuh ?" ungkit Zane.
"Sekarang kau kena ikut cakap daddy sama ada kau suka atau tak,paham? Kau dah sah jadi sugar baby aku"
"Tapi...daddy tak rasa ke cepat sangat? " dia takut jika Zane menyesal nanti.
Mereka baru berkenalan selama 3 bulan.Itu satu tempoh singkat untuk mengenali diri masing-masing.
"Tunang je pun, yang kau gelabah sangat kenapa? Tak suka ke jadi tunang aku ish" kecik hati Zane.
Dia punyalah baik nak halalkan hubungannya dengan sugar baby nya.Apa ingat dia bodoh sangat ke bab hukum-hakam hah?
"Takdelah takut daddy menyesal je nanti " ujar Anaya perlahan.
"Bila daddy dah cakap, daddy akan buat sugar.Aku tak mintak kau percaya dekat kata-kata aku.Aku nak kau percaya dekat perbuatan aku" ada sebab kenapa dia buat keputusan drastik.
"Tapi macam mana Anaya nak percaya kalau daddy suka buat benda mengejut" bidas Anaya.
"Kalau apa-apa jadi, aku mintak kau jangan bertindak melulu.Tanya aku dulu dan bagi aku peluang untuk bercakap.Tuh je aku mintak.Aku tak mintak kau percaya kata-kata aku, cuma jangan ikutkan hati dan perasaan kau" tegas Zane.
Dia tidak suka perempuan yang kuat berdrama dan beremosi.Menyampah.
"Hmm... " kalau Zane dah cakap macam tu,dia dah takde sebab nak bantah atau beri alasan.
"Anyway kita akan bertunang selama 4 bulan je, lepastu daddy akan terus kahwin dengan kau.Sepanjang tempoh 4 bulan tu, daddy nak kau dan aku sama-sama manfaatkan masa kenali diri masing-masing"
"O-okay daddy"
"Good girl"
---------------------------------------------------
"Talia, carikan aku cincin"
"Hah? For what" pelik Talia.Tiba-tiba je tuan nak jumpa dia then dia disuruh cari cincin.
"Aku nak bertunang.Dengan Anaya" balas Zane tenang.
Talia meng-ohkan saja.
"Nak cincin jenis apa tuan?cincin ada banyak jenis" soal Talia
"Kau carilah sepasang cincin emas putih, lepastu carikan orang untuk buat hantaran aku dengan Anaya,tema dia aku warna biru,Anaya punya warna cream" terang Zane.
Pasal pakaian tunang mereka, Anaya kata dia uruskan memandangkan dia pandai menjahit.Jimat sikit masa.
"Hmm boleh-boleh.Then I take a leave." Talia meminta diri.Sebaik sahaja keluar dia terus pergi ke Noah.
"Weh camne nak pilih cincin"
"Kau tanya aku kenapa?aku bukan perempuan" dengus Noah.
"Yelah cincin untuk Anaya aku retilah pilih, tapi untuk tuan? " tak membantu langsung Noah.
"Alah kau beli je yang biasa, orang lelaki mana boleh pakai emas, perak gangsa bolehlah" terang Noah.
Mana tau Talia tak tau pasal lelaki Islam tak boleh pakai emas.
"Ouh paham-paham"
"Dahlah pergi cepat,lama kau nak memilih nanti " halau Noah.
Perempuan kan masuk kedai memang lama.Berjanggut tunggu eh.
"Ish, yelah-yelah" sibuk je menghalau.Dahlah dia kena handle semua tu.Siapa nak bertunang sekarang ni, dia ke Zane? Jem kejap.
---------------------------------------------------
YOU ARE READING
Papi Dulce (Completed)
FantasyKarya Pertama In Editing Start : 26/3/2022 End : 28/4/2022 Let's jump to our hero first Alexander Malokev (Zane) Berumur 26 tahun.Ceo of Royal A.M. company dan dalam masa yang Sama menjalankan perniagaan illegal which is u will find out once you re...