Prologue

74 14 2
                                    

Argh.... Kepala aku. Terasa bagai di hempuk dengan satu tan lori minyak sawit. Sakitnya.... Bantal aku ini pula kenapa keras semacam? Batu ke kekabu ini? Tak selesa langsung.

Berpinar-pinar mata aku ini nak buka. Kepala aku ini sudah biul agaknya? Hmm.... Slow sahaja aku buka mata.

Eh? Aku nampak... bidadari syurga. Eh? Apa pula bidadari syurga? Aku belum mati lagi! Panik aku duduk. Aku di mana ini? Bagaimana wanita ini boleh tidur satu katil dengan aku?

Aku perlahan tengok diri aku. Tak berani nak tengok tetapi rasa sejuk semacam sahaja kulit ini. Aku lihat sahaja ke dalam selimut aku....

Wargh! I'm fully naked! Apa yang sudah berlaku ini? I'm messed up! Aku dah tak suci....

Aku kembali memandang wanita itu. Tak lepas aku memandang wanita 20-an yang sedang tidur nyenyak di sebelah aku ini. Ehem.... Bukan tenung dengan nafsu ye? Tenung sebab aku masih lagi tak dapat tangkap. Aku bermimpi kan?

"Hmm.... Morning, Catz sayang~"

Selamba wanita itu peluk pinggang aku. Kau ini siapa nak bersayang dengan aku ini, gila? Aku pula yang terasa macam di cabul sekarang ini. Apa yang telah berlaku ini? Selamatkan aku...! Tolong sesiapa bagitahu aku yang ini semua adalah mimpi!

🌸🌸🌸

Sebaik sahaja aku sedar daripada tidur pagi tadi, aku segera membuat laporan polis mengenai wanita yang tidur di sebelah aku tadi.

"Selepas pemeriksaan tadi, Catz serta merta didapati tidak bersalah. Memang benar ada pil sedatif di dalam badannya."

'Tap!'

Aku menepuk dahi sendiri. Life aku ini memang orang lain tak suka tengok ye? Satu hal aku terpaksa menghadap kes ini pula. Haih.... Bagaimana ini?


Catz's Diary ii : The Next Stage ✓Where stories live. Discover now