3 Ogos
【9:30 pm】
Aku diberikan ubat tahan muntah oleh Doktor Chen. Sekurang-kurangnya dapatlah aku kurangkan rasa nak muntah yang tidak henti-henti melekat pada tekak aku ini. Masalahnya sekarang ini, apa hal si mamat Oulong ini tak tahu nak balik rumah?
Dr. Chen : "Jadi kamu satu kerja dengan Catzlah?"
Oulong : "Lebih kurang. Hahahh.... Kami pun secara tidak sengaja digandingkan. Sebelum-sebelum ini pun mana pernah kita orang berjumpa."
Lihatlah. Bukan main mesra lagi dia orang berdua itu. Aku sudah mengantuk ini.
Catz : "Hoi. Kau memang tak tahu balik ke?"
Selamba aku bertanyakan soalan begitu kepada Oulong. Aku kalau tak sukakan seseorang, memang aku direct sahaja. Tiada maknanya nak bertapis.
Dr. Chen : "C... Catz.... Jangan begitu. Sekurang-kurangnya bagilah ayah balas jasa dia sebab sudah bawakan kamu ke sini."
Catz : "What? A-ayah.... Lelaki ini sudah memalukan saya di depan semua kakitangan Excile. Ayah masih lagi mahu membalas jasa dia ke?"
Dr. Chen : "Catz. Jangan hanya kerana salahnya, kamu tak nampak segala kebaikannya."
Gah...! Aku tak faham apa yang Doktor Chen ini sedang fikirkan sebenarnya. Sesiapa? Halaukan Oulong ini untuk aku.
Oulong : "Heh.... Kau dengan ayah kau ini langsung tak sama perangai. Memang budak yang tidak tahu mengenang budi kan?"
Semakin membara aku di sini. Dia ini memang sengaja nak membuatkan hati aku membara. Kalau aku dapat dia ini.... Ish, geramnya aku!
Maka mulalah datang idea gila aku. Masa untuk berdrama. Hehehh....
Catz : "Uhuks! A... ayah.... Perut saya sakit...."
Aku sengaja berlakon sedang sakit perut di situ. Panik Doktor Chen melihatkan lakonan aku yang sungguh menjadi ini. Dia tidak dapat agak yang aku sedang berlakon sekarang ini.
Dr. Chen : "Catz! Kamu tak apa-apa?"
Catz : "S... sakit sangat ayah."
Tertunduk-tunduk aku sambil memegang perut yang tidak sakit ini. Pandai tak aku berlakon?
Dr. Chen : "Sakit sangat? Jom kita ke hospital kalau begitu."
Aku perlahan-lahan menganggukkan kepala mengiakan cadangan Doktor Chen. Kali ini, Oulong tiada pilihan selain daripada perlu pergi meninggalkan rumah Doktor Chen. Melihatkan dari segi jelingannya, aku dapat teka yang dia annoying dengan aku. Kisah apa aku?
Keluar sahaja Oulong daripada rumah aku, aku serta-merta menghentikan lakonan aku. Kasar aku merebahkan diri di atas sofa.
Dr. Chen : "Catz. Janganlah baring. Kata sakit perut sangat?"
Doktor Chen ini innocent betullah.
Catz : "Ayah.... Saya hanya berlakon sahaja. Saya nak halau Oulong balik."
Terjungkit sebelah kening Doktor Chen setelah mendengar penjelasan aku. Bunyinya macam budak-budak sahaja. Namun aku tidak peduli apa sekalipun, si tua Oulong itu perlu berambus daripada sini. Aku tak suka tengok muka dia.
Dr. Chen : "Kamu janganlah buat ayah risau. Haih...."
Sayangnya kepala aku disekehnya Doktor Chen. Benjollah kepala aku begini.
Catz : "Saya cuma tak suka dengan lelaki itu."
Dr. Chen : "Kalau ye pun tak suka, kamu tak boleh nak sesuka hati menghalaunya. Kamu kena faham itu."
YOU ARE READING
Catz's Diary ii : The Next Stage ✓
Teen FictionGENRE (TEEN-FICTION/FRIENDSHIP/ROMANCE/CONFLICT) [BOOK 2] 📌Xros Series📌 "Xros! Xros! Xros! Xros!" Nama Xros sentiasa menjadi buah mulut netizen. Aku.... "Catz!" Ya, itulah nama aku. Bukan lagi seorang penyendiri, bukan lagi solo. Aku kini bergerak...