⁵⁷ 「27 Mei : Expose, Aku Mula Memburu Perhatian」

8 2 0
                                    

27 Mei

《Mint's POV》

【11:30 am】

Aku minta cuti emergency hari ini sebab aku betul-betul rasa tak sedap hati. Ada benda yang terjadi ini. Catz, tolong bertahan di rumah.

Ella : "Bawa bertenang, Mint. Mungkin ianya perasaan kau sahaja?"

Kak Ella ikut aku sekali balik kerana risau aku rebah secara tiba-tiba lagi. Hmm.... Aku harap apa yang Kak Ella katakan itu benar. Malangnya, aku sendiri tak yakin dengan semua itu kerana aku kenal sangat rasa debaran ini.

Setibanya aku di rumah, memang panik aku mencari Catz.

Mint : "Honey? Awak di mana?"

Panik aku mencari kelibat Catz. Risau ada apa-apa benda buruk berlaku kepadanya.

'Zap! Zap!'

Ella : "Mint?"

Ianya bunyi sesuatu bergesel. Bunyi pisau di asah pun ada juga. Tak. Tolong jangan mimpi ngeri aku. Aku merayu.

Mint : "C... Catz...."

Ella : "Biar aku tengokkan sekejap."

Kak Ella berjalan perlahan menuju ke dapur memandangkan bunyi itu datang daripada dapur. Aku pun mengekorinya rapat ke dapur.

Alangkah terkejutnya aku melihat dapur dalam keadaan tongkang pecah. Malah ada juga percikan darah di merata tempat.

'Zap! Zap! Zap!'

Bunyi pisau di asah masih berbunyi. Aku ternampak Catz duduk di singki dapur sambil mengasah pisau. Setentang dengannya, ada seorang lelaki dalam keadaan terbaring dan terikat. Nampaknya lelaki itu masih lagi hidup walaupun dirinya sudah basah dengan darah.

Menggigil aku di tempat kejadian menyaksikan situasi yang ibarat tapak pembunuhan.

Ella : "Aku akan hubungi polis!"

Mint : "Catz!"

Aku takut sebenarnya nak seru namanya. He's not in his right mind. Akan tetapi aku kena halang dia sebelum semuanya jadi semakin melarat.

Catz : "Sayang.... You're home."

Entah kenapa sapaan Catz kali ini membuatkan bulu roma aku meremang.

Mint : "C... Catz.... Awak bukan diri awak sekarang ini. Letakkan pisau itu."

Catz : "Hmm? Apa maksud awak yang saya bukan diri saya?"

Mint : "Letakkan pisau itu, Catz."

Walaupun aku sudah memberikan arahan, akan tetapi Catz enggan akur. Dia berjalan ke arah lelaki yang sudah terikat di atas lantai. Entah siapa pun lelaki itu, aku tak rasa nyawanya masih panjang.

Catz : "Bagi saya berseronok dengan dia ini dulu. Memandangkan dia yang sengaja mencari nahas."

Mint : "Tak, jangan! Hentikannya, Catz. Catz, awak dengar tak ini? Saya merayu...."

Aku menjerit dengan suara yang menggeletar menahan takut dan sedih. Aku cuba sedayanya untuk menghalang Catz.

Akhirnya gerak-gerinya terhenti.

Catz : "Haih.... Fine. I guess, awak kena dengar kisah penuhnya baru awak boleh faham. Saya akan terangkan."

Aku hanya memerhatikan Catz daripada jarak satu meter. Apa yang dia nak ceritakan kepada aku?

Catz's Diary ii : The Next Stage ✓Where stories live. Discover now