19 Julai
【10:30 am】
Single pertama aku bakal di debut and ya, aku tengah berehat untuk performance live aku malam ini. Release sahaja album baru aku ini, aku boleh berlatih dengan yang lain-lain. Bosanlah asyik training seorang-seorang sahaja.
Mint : "Good luck, Catz!"
Erk-? Sudah kenapa? Kenapa si Mint ini tiba-tiba datang ke agensi Red Arrow Entertainment ini? Sengaja nak bagi aku tertangkap ke apa?
Catz : "M-Mint? Awak buat apa dekat sini?"
Mint : "Saya nak bagi sokonganlah. Tanya pula dia."
Catz : "K... kalau ye pun, janganlah sampai datang ke sini. Kalau manager saya nampak ini, tak ke naya saya?"
Mint : "Sekejap sahaja ini.... Awak overworked lagi ke? Muka awak nampak pucat."
Urm.... Bagaimana ya? Proses untuk mengeluarkan album baru memang agak meletihkan. Dengan kes yang melanda diri aku lagi. Makin kerap pula si syaitan seekor itu call aku.
Di waktu pagi....
29 Jun
【8:30 am】
Anna : "Darling~"
Catz : "Anna.... Saya tengah dalam van ini."
Aku terpaksa berbisik di dalam van sebab tak nak yang lain-lain perasan.
Di waktu tengahari....
3 Julai
【12:15 pm】
Anna : "Darling.... Saya rindu. Bila kita boleh jumpa?"
Catz : "Awak.... Saya tengah shooting ini."
Aku kena marah dengan pihak produksi sebab asyik bergayut dekat telefon. Nice.
Di waktu petang pun dia call tau?
5 Julai
【5:00 pm】
Anna : "Darling, darling.... Awak rindu saya tak?"
Catz : "Saya dekat gymnasium ini. Boleh tak awak jangan kerap sangat call saya untuk benda yang tak penting?"
Terbantut tau workout aku hari itu.
Masalahnya malam pun dia call juga.
8 Julai
【9:00 pm】
'Bloob.... Bloob....'
Telefon aku termasuk ke dalam tab mandi ketika aku sedang mandi. Tch.... Nasib baik telefon aku ini waterproof.
Tengah-tengah pagi buta pun dia call tahu?
12 Julai
【3:30 am】
Anna : "Darling.... Saya nak tidur dengan darling."
Catz : "Sekarang ini sudah pukul 3.30 pagi. Awak ini sudah gila ke apa?"
YOU ARE READING
Catz's Diary ii : The Next Stage ✓
Teen FictionGENRE (TEEN-FICTION/FRIENDSHIP/ROMANCE/CONFLICT) [BOOK 2] 📌Xros Series📌 "Xros! Xros! Xros! Xros!" Nama Xros sentiasa menjadi buah mulut netizen. Aku.... "Catz!" Ya, itulah nama aku. Bukan lagi seorang penyendiri, bukan lagi solo. Aku kini bergerak...