15 Disember
【3:48 pm】
Aku dan Mint sedang beratur di klinik. Seperti sebelumnya, hilang sahaja bau seafood, hilanglah mual aku. Kalau tahu aku bawa sekali tiram yang Mint masak itu. Dah kenapa aku ada alergik seafood pula?
'Ting!'
Sudah tiba nombor angka giliran aku. Aku pada awalnya nak masuk seorang diri sahaja. Sekali Mint pun nak masuk sekali. Hmm.... Aku just follow the flow sahaja. Sudahnya aku dah tak tahu apa tujuan aku ke klinik.
"Ya, apa yang saya boleh bantu?"
Aku terdiam. Aku dah kata. Aku terlupa sebab apa aku ke klinik.
Mint : "Doktor, suami saya tadi mual-mual di rumah."
Ahh.... Ya. Aku datang ke sini sebab aku muntah-muntah. Betul, betul.
Mint : "Tetapi sampai sini dia okey pula?"
Sejurus Mint memandang ke arah aku. Dia expect aku nak tunjuk reaksi yang macam mana? Memang aku buat bodoh sahaja di situ.
Sekali Mint pergi siku pinggang aku. Sakit jugalah. Siku dia boleh tahan tajam.
Mint : "Honey, kenapa senyap sahaja? Cakaplah dekat doktor apa sakit awak itu."
Catz : "Ah, ya."
Aku tak tahu dah kenapa aku blur semacam di situ. Teruk betul aku ini.
Catz : "Begini, doktor. Saya ada alergik dengan seafood rasanya. Setiap kali saya bau seafood, saya akan rasa mual."
"Okey. Sejak bila encik mula ada alergik ini?"
Catz : "Baru sahaja. Baru tengahari ini."
"Baru?"
Kenapa muka doktor ini agak terkejut? Pelik ke kalau aku baru sahaja ada alergik ini?
"Sebelum ini tak ada ke?"
Catz : "T... tak."
"Alergik ini selalunya daripada usia remaja dan semakin lama semakin menghilang."
Oh.... Aku dah bukan lagi level remaja. Jadi kalau aku bukan alergik, aku apa?
"Tengokkan gaya encik cerita, ianya seperti simptom morning sickness."
Catz : "Eh?"
Sekejap. Sesiapa tolong jelaskan baik-baik kepada aku. Morning sickness ini bukan sakit perempuan ketika pregnant ke?
Mint : "N... nanti, doktor. Bukan ke morning sickness hanya akan berlaku kepada perempuan hamil?"
"Tak. Kadangkala ianya mengikut kepada genetik. Ada juga kaum suami yang merasa morning sickness ketika isteri hamil."
Y... ya. Tak silap aku, V-wen pernah bagitahu aku juga mengenai ini. Tetapi aku macam kurang percaya. Sebab aku pernah rasa mual dengan makanan sebelum ini dan ianya bukan morning sickness.
Catz : "T... tetapi doktor. Isteri saya tak hamil."
Kecil besar doktor memandang aku dan Mint. Apa? Tak percaya ke?
"Pernah cek ke sebelum ini?"
Mint : "Hmm.... Last saya cek, mungkin dua bulan lepas. Yang latest saya tak pernah cek lagi."
"Kalau begitu, nak cuba cek tak sekarang? Andai kata tak ada apa-apa baru saya akan sahkan yang ianya alergik."
Aku memandang ke arah Mint. Tak salah kalau nak mencuba. Cumanya aku tak menaruh apa-apa harapan pun. Aku memang tak rasa yang aku ini kena morning sickness.
YOU ARE READING
Catz's Diary ii : The Next Stage ✓
Teen FictionGENRE (TEEN-FICTION/FRIENDSHIP/ROMANCE/CONFLICT) [BOOK 2] 📌Xros Series📌 "Xros! Xros! Xros! Xros!" Nama Xros sentiasa menjadi buah mulut netizen. Aku.... "Catz!" Ya, itulah nama aku. Bukan lagi seorang penyendiri, bukan lagi solo. Aku kini bergerak...