⁵⁰ 「22 April : Pulang Ke Tanah Air」

7 1 0
                                    

22 April

【7:40 am】

Mmnh.... Letihnya. Aku... tertidur ke?

Terkebil-kebil mata aku terbuka. Badan aku terasa hangat. Eh, apa?

Terbuka luas mata aku apabila mendapati Mint sedang memeluk tubuh aku dengan erat. Aku punya terkejut sampai tergolek jatuh katil dibuatnya.

'Bush!'

Haa, kan dah bunyi macam cempedak jatuh? Sakit lagilah belakang aku ini.

Mint : "Catz? Awak tak apa-apa?"

Aku rasa aku jatuh kuat sangat sampaikan Mint boleh terjaga. Akan tetapi aku ada rasa syak sedikit akan sesuatu.

Catz : "Mint? Kita ada buat apa-apa ke malam tadi?"

Mint : "Kenapa? Badan awak ada rasa sakit-sakit ke? Awak yang meminta sangat semalam kan?"

Eh? Terkebil-kebil mata aku memandang ke arah Mint. Apakah?

Catz : "Haa?"

Mint : "You beg for it."

Aku dah mula travel. Aku buat something dengan Mint ke semalam? Kenapa aku tak ingat apa-apa ini?

Catz : "Eh...? What do you mean by 'I beg for it'?"

Mint : "Hahahahh.... Tengoklah muka awak itu. Lawaklah. Kita tak sempat buat apa-apa punlah malam tadi. Awak pengsan sebaik sahaja awak buka lampu."

Ah, aku baru ingat. Ya. Aku tak sempat nak buat apa-apa kepada Mint. Si Mint ini pun nak bergurau....

Catz : "Mint.... Saya risau kita buat something malam tadi. Haih...."

Mint : "Hmm.... Alaa, lagipun bukannya pertama kali kita tidur bersama."

Catz : "I know. Akan tetapi kalau pihak media tahu, saya memang kena banned teruk ini."

Mint : "Strict betullah undang-undang di sini."

Catz : "Nak buat macam mana?"

Tiba-tiba aku teringatkan kes aku dan Mint bercium di public semalam. Gelabah aku membelek telefon bimbit aku. Pucat wajah aku sebaik sahaja melihat berita terkini yang dipaparkan di media.

Mint : "Catz? Kenapa itu?"

Catz : "Video kita bercium semalam dah update di media."

Teruklah kalau begini.... Apa yang aku patut lakukan?

Mint : "Bagaimana itu?"

Catz : "Saya mungkin akan di banned begini."

Mint : "Tak ada cara ke untuk elakkan daripada di banned?"

Catz : "K... kita kena kahwin. Itu sahaja cara untuk tutup mulut media."

Membutang anak mata Mint mendengar cadangan aku. Memang itu sahaja jalan penyelesaian terbaik sekarang. Cumanya aku tak tahu Mint akan terima atau tidak.

Mint : "T... tetapi Catz, mak saya mesti bising kalau saya tak tunjukkan bakal menantu dia sebelum kita berkahwin."

Catz : "Beginilah, Mint.... Kita hanya berkahwin di China ini sahaja. Andai kata kita akan balik ke negara asal, kita jangan expose. Tunggu saya free, saya akan cuba berbincang dengan keluarga awak. Kalau cubaan saya gagal, kita cerai secara senyap. Jadi tak ada sesiapa tahu kita pernah berkahwin."

Catz's Diary ii : The Next Stage ✓Where stories live. Discover now