14 November
【10:30 am】
Aku sudah tiba di hadapan bangunan Red Arrow. Malas nak bawa kereta. Aku hanya ke sana dengan menaiki superbike aku sahaja. Aku nak masuk bangunan ini ke?
Terkebil-kebil mata aku memerhatikan bangunan setinggi lima belas tingkat itu. Tapi... macamlah aku ada pilihan lain kan?
Aku berjalan masuk dengan pakaian aku yang serba meriah. Aku pakai begini pun untuk tutup segala bruises ini. Sudah dengan baju turtle neck, aku pakai pula dengan jaket kulit berwarna hitam beserta seluar slack. Hmm.... Nampak seperti hendak melaram kan?
'Tap.... Tap.... Tap....'
Bunyi tapak kasut aku bergema
ketika mana aku berjalan masuk ke dalam bangunan Red Arrow. Aku dapat rasakan bahawa semua kaki awam di sini sedang memerhatikan aku. Kebiasaannya, mereka akan menegur aku. Namun tidak untuk kali ini. Semua membuat keputusan untuk berdiam diri.Well.... At least, dia orang buat aku sedar yang aku bukan lagi sebahagian daripada dia orang. Hehehh....
🌸🌸🌸
Terus ke tingkat lima di mana pejabat Manager Ichiya berada. Perlahan aku mengetuk pintu bilik pejabatnya. Maka dengarlah suara Manager Ichiya mempelawa aku masuk.
Ichiya : "Sila masuk."
Okey, Catz. Buat biasa sahaja. Senyum.... Seperti kau hendak masuk interview. Apa pula? Hahahh.... Lantaklah. Aku membuka pintu tombol itu.
Masuk sahaja aku ke dalam bilik pejabat Manager Ichiya, muka dia agak terkejut. Kenapa? Dia terkejut dengan penampilan aku? Mungkin aku ini bukanlah orang yang suka bergaya sakan ketika mana aku masih berada di sini.
Ichiya : "Duduk, Catz."
Maka aku pun duduk di kerusi yang terletak di hadapan meja Manager Ichiya. Entah kenapa, duduk sahaja di atas kerusi aku terus menyilangkan kaki di situ. Nampak seperti superstar yang angkuh gayanya.
Catz : "Jadi apa tujuan tuan hendak berjumpa dengan saya?"
Atas bawah Manager Ichiya memandang aku.
Ichiya : "Haih.... Kamu sudah banyak berubah, Catz."
Aku sudah banyak berubah? Terima kasih kepada orang di sekeliling aku. Disebabkan dia orang semua aku berubah sampai ke tahap begini.
Catz : "Tuan, straight to the point."
Ichiya : "Hmm.... Saya nak minta maaf. Maaf kerana kurangnya bagi perhatian kepada kamu. Saya cuma mengharap yang kamu boleh kembali berkhidmat kepada saya."
Cliche.... Aku nak muntah dengan situasi begini.
Catz : "Tuan. Bagaimana dengan The Local Management?"
YOU ARE READING
Catz's Diary ii : The Next Stage ✓
Teen FictionGENRE (TEEN-FICTION/FRIENDSHIP/ROMANCE/CONFLICT) [BOOK 2] 📌Xros Series📌 "Xros! Xros! Xros! Xros!" Nama Xros sentiasa menjadi buah mulut netizen. Aku.... "Catz!" Ya, itulah nama aku. Bukan lagi seorang penyendiri, bukan lagi solo. Aku kini bergerak...