¹「14 Jun : Bermulanya Masalah Baru」

52 9 7
                                    

14 Jun

【8.30 am】

"Mengikut keterangan yang tertuduh, Catz didapati tidak bersalah dan ini merupakan satu kes penganiayaan yang sengaja di buat bagi menjatuhkan-"

Pantas jari aku menutup televisyen tika itu. Bukannya aku peduli siapa yang sedang tengok pun.

Vector : "Catz.... Kenapa kau tutup?"

Sebenarnya, kesemua ahli Xros sedang menonton televisyen masa itu. Ehem....

Okey. Sambil-sambil itu mari aku intro dahulu. Akulah Catz Nasinasion. Berani tanya aku ini siapa, aku lesing kepala seorang-seorang. Kau dah buka diari kedua aku dah pun. Tak payah nak buat-buat tak kenal. Tak pernah baca diari pertama aku? Pergi baca kalau kau tak nak sesat dalam ini.

Sepertimana yang kau orang sudah baca ini, aku sekali lagi di landa dengan masalah. Haih.... Bergerak solo pun ada masalah. Ini aku bergerak dalam kumpulan pun dua kali lima sahaja. Letihlah macam ini....

Aku kini bergerak dalam kumpulan Xros dengan tujuh orang lelaki didalamnya. Jadi sekarang kita orang semua tinggal bersama di dalam rumah yang telah Manager Ichiya sediakan. Itu sahaja intro ringkas daripada aku. Ayuh sambung kepada situasi sebenar.

Catz : "Aku menyampah nak dengar berita itu. God damn it!"

Jujur aku kata, aku tak boleh move on daripada kes wanita lahan*t itu! Uhuhuhh.... Aku sudah tak suci lagi.

Randy : "Macam mana boleh jadi begitu, Catz? Kau tak ingat ke apa yang sudah terjadi?"

Inilah ketua kumpulan Xros, Randy Courstein. Dia matang dan tahu sahaja nak tenangkan anak buah dia ini. Hmm....

Catz : "A... aku tak ingat, An. Kepala aku sakit setiap kali aku cuba ingatkan peristiwa itu."

Lynx : "Siapapun sialan yang aniaya kau begitu, aku yakin dia orang akan di bawa ke muka pengadilan."

Yang tegas bercakap itu, Boomer Lynx. Dia lead rapper dalam kumpulan kita orang. Rap sahaja, bagi dia. Comfirm jalan.

Catz : "Geez.... Thanks. Aku harap apa yang kau katakan itu jadi kenyataan."

Xiwen : "Manager ada cakap apa-apa ke kepada kau masa dia melawat kau dekat hospital?"

Lelaki ini pula, Xiwen Giory. Dia main visual dalam pasukan. Kalau dalam muzik video, memang muka dia sahaja yang akan jadi tarikan utama.

Sudah aku yang isu dalam kes ini memang semua orang mark dekat aku jawabnya.

Catz : "Manager tak ada kata apa-apa. Cumanya aku nampaklah air muka dia nampak sedih."

Shadow : "Apahal pula dia nak sedih? Bukannya salah kau pun!"

Haa, yang tiba-tiba nak marah aku ini pula, Shadow. Nak sebut nama betul dia ke? Okeylah.... Nama betulnya Davidson Arguet. Aku tak tahu macam manalah dia boleh sesat masuk dalam kumpulan ini sebenarnya?

Xiwen : "Aku rasa manager bukannya sedih sebab dia rasa Catz buat jahat. Aku rasa manager sedih sebab Catz kena aniaya begitu."

Randy : "Ya. Aku pun rasa benda yang sama."

Maka bermulalah pakcik-pakcik bawang ini membawang kisah ini. Aku sudahlah biul-biul lagi kepala ini. Memang taklah aku dengarkan menatang apa yang dia orang borakkan itu.

Terkenyit-kenyit mata aku menahan rasa sakit kepala ini. Aku dapat rasakan perempuan yang sabotaj aku itu menggunakan pil sedatif berdos agak tinggi kepada aku. Masalahnya sekarang, bagaimana aku boleh berjumpa dengan dia aku pun tak ingat?

Catz's Diary ii : The Next Stage ✓Where stories live. Discover now