⁴⁴ 「7 Oktober : New Life」

13 5 5
                                    

7 Oktober

【10:30 am】

Catz : "Baju tebal sudah. Baju tidur. Hmm.... Lagi apa yang perlu di cari?"

Aku sekarang berada di mall bersama Tyler untuk membeli barang keperluan. Barang keperluan apa kau orang tanya? Aku akan berpindah ke China pada 10 hari bulan. Setelah berbincang semua dengan Tyler, aku memang muktamad nak tinggal di China.

Rumah yang aku duduk sekarang, aku serahkan kepada agen hartanah untuk di jual. Yelah. Bila sahaja aku nak jenguk rumah itu kalau aku dah menetap di China kan? Ada bagusnya juga aku jual rumah itu. Jadi buat masa sekarang, aku tinggal di rumah Doktor Chen bersama Ginger.

Reaksi Doktor Chen ketika aku bagitahu yang aku nak pindah ke China, dia sangat marah. Penat-penat dia applied pindah ke sini, sekali aku pula yang nak pindah ke China. Hahahh.... Nak buat maca mana? Aku dah buat keputusan aku. Memang aku nak tinggalkan tanah air aku.

Tyler : "Apa yang kita perlukan lagi ialah alatan kebersihan."

Catz : "Okey. Mari kita pergi."

【4.50 pm】

Aku dan Ty baru sahaja selesai membeli segala perkakas yang diperlukan untuk ke China. Tak sangka membeli-belah juga boleh jadi sangat memenatkan.

Catz : "Ayah.... Saya sudah balik."

Rumah Doktor Chen sunyi. Hanya ada Ginger yang berlari ke arah aku. Rasanya Doktor Chen belum balik daripada kerja lagi.

Tyler : "Tuan nak saya letak di mana ya barang-barang ini?"

Catz : "Ah, letakkannya di tepi pintu sana. Terima kasih, Ty."

Berhati-hati Tyler meletakkan barang yang dibawanya di sebelah pintu bilik aku.

Tyler : "Jadi inilah dia rumah ayah tuan?"

Catz : "Ya. Dia tak suka rumah yang terlalu besar. Jadi dia beli rumah yang bersaiz comel begini."

Tyler : "Walaupun rumah ini nampak kecil akan tetapi rumah ini sangat selesa."

Catz : "Hahahahh.... Jemputlah masuk. Aku rasa ayah aku belum balik kerja lagi."

Tyler : "Ah, tidak mengapa tuan. Saya ada urusan sebenarnya selepas ini."

Catz : "Oh, ye ke? Kalau begitu, pergi sahajalah. Terima kasih untuk hari ini."

Tyler : "Ya. Sama-sama."

Bergegas Tyler berjalan pergi. Aku khuatir.... Urusan apa yang Tyler maksudkan? Kalau aku tanya, nanti dia cop aku busy body pula.

Sejurus aku menutup pintu rumah Doktor Chen. Aku sendirianlah kalau begini.

Lasak aku duduk di atas sofa milik Doktor Chen. Entah kenapa aku tiba-tiba sahaja terdetik untuk membuka telefon bimbit yang sudah berhari-hari aku matikan. Sekali aku on semula, berduyun-duyun notifikasi masuk. Lebih 30 missed call daripada Cackle.

Catz : "Haih.... Aku malas."

Lalu aku mematikan semula telefon bimbit aku.

Catz : "Aku rasa, aku kena beli nombor telefon baharu."

Tiba-tiba Ginger mengendeng kepada aku.

Catz : "Ginger.... Kau rasa aku ini jahat ke?"

Ginger : "Won! Won!"

Aku tak faham apa yang Ginger katakan. Rasanya dia bersetuju dengan kenyataan aku.

Catz : "Hahahahh...! Macamlah aku kisahkan semua itu. Selama ini, semua orang bersifat kejam dekat aku. Tch.... Malah mereka semua tak sedar pun apa yang mereka buat itu."

Catz's Diary ii : The Next Stage ✓Where stories live. Discover now