17 September
【10:30 am】
Catz : "Sekarang ini, kau berterus terang dengan aku. Apa yang telah berlaku sebenarnya?"
Lynx : "Hmm.... Okey. Disebabkan kau pernah berterus terang dengan aku, jadi sekarang aku akan cerita kisah yang berlaku."
Oh? Jadi kalau aku tak berterus terang dengan kau sebelum ini, kau akan terus berahsia dengan akulah ya? Macamlah aku tak kenal dengan kau, Lynx. Kaki berahsia dengan orang. Sayang sekali aku hanya mampu kata semua itu dalam mimpi. Mana mungkin aku boleh berbuat begitu.
Lynx : "Bell...."
Hmm? Bell? Kalau kau orang nak tahu, Bell ini merupakan seorang idol perempuan yang duduk satu kumpulan dengan Mint. Apa relation Lynx dengan Bell? Sama seperti relation aku dengan Mint. Well, you guy see.... Kami Xros semua sudah taken sebenarnya. Nasib kerana contract, kami cuba sedaya upaya untuk cover.
Catz : "Kenapa dengan Bell?"
Lynx : "Kau tak buka telefon ke apa? Sudah seperti orang gua tahu tak kau tak tahu apa-apa perkembangan."
What? Kenapa aku pula yang kena marah? Dia expect aku ini kaki TickTock macam Cackle itu? No way.... Aku terlalu sibuk untuk semua itu. Sampai aku terpaksa bayar editor untuk tolong replykan DM peminat.
Catz : "Aku sibuk sangat-sangat sampai aku tak berapa ambil peduli tentang isu terkini. Kau tak perlu nak agak aku akan check satu per satu isu terkini."
Lynx memandang ke arah aku dengan pandangan yang tak tahulah aku nak kata bagaimana.
Lynx : "Dia gantung contract."
Aku agak terkesima mendengar kenyataan Lynx. Haa.... Ini sudah kenapa semua ada masalah peribadi ini? Sebelum ini, V-wen. Sekarang Bell pula.
Catz : "D... dia gantung contract dia? Kenapa?"
Lynx : "Aku tak tahu. Aku cuba untuk contact dia akan tetapi tak dapat. Dia off telefon dia. Jadi aku risau akan ada sesuatu yang buruk berlaku kepadanya. Kau pun tahulah.... Sekarang ini memang sudah trend orang menjatuhkan artis seperti kita ini."
Catz : "Ya. Sebab sesetengah orang expect kita ini overpower. Hmm...."
Aku melihat wajah Lynx seketika. Jelas dia nampak sangat gusar. Jarang aku lihat Lynx yang serabut begini. Tak sangka pula apabila datangnya isu Bell, dia boleh berubah jadi begini.
Lynx : "Sekarang ini, aku cuba cari dia di merata tempat tetapi tak jumpa. Walaupun aku cuba untuk tidak overthinking, namun ianya tidak membantu sangat."
Hmm.... Bell seorang yang lembut. Aku boleh kata dia lembut orangnya. Nak dibandingkan dengan Mint.... Bell lebih orang kata sopan. Si Mint itu kalau orang cari gaduh dengan dia, memang dekat situ juga dia kerjakan manusia itu. Bell pula lebih kepada menyimpan. Tak terlalu menunjuk sangat. Samalah dengan perangai si Lynx.
Sekarang ini, Lynx nampak sangat risau dengan situasi sekarang. Lebat peluhnya mengalir memikirkan perihal Bell.
Catz : "Kau ada pergi rumah dia ke?"
Lynx : "B... belum.... Aku nak ke rumah dia tadi tiba-tiba aku kena anxiety. Kebetulan aku jumpa pintu rumah kau, aku sergahlah."
Ah.... anxiety. Kalau kau orang nak tahu lagi, antibody siapa yang paling lemah antara kita orang Xros, dialah orangnya. Boomer Lynx dengan lebih daripada berapa entah rekod kesihatan dia. Aku lemah mental, dia lemah fizikal. Nice....
YOU ARE READING
Catz's Diary ii : The Next Stage ✓
Teen FictionGENRE (TEEN-FICTION/FRIENDSHIP/ROMANCE/CONFLICT) [BOOK 2] 📌Xros Series📌 "Xros! Xros! Xros! Xros!" Nama Xros sentiasa menjadi buah mulut netizen. Aku.... "Catz!" Ya, itulah nama aku. Bukan lagi seorang penyendiri, bukan lagi solo. Aku kini bergerak...