²⁹ 「3 Januari : Gelombang Kedua」

20 5 7
                                    

【••••】

Aku terkebil-kebil buka mata. Gelap akan tetapi aku masih lagi dapat melihat dengan adanya cahaya bulan yang memasuki cermin tingkap aku.

Apa yang sudah berlaku ini? Lengan aku terasa berat. Hmm?

Aku memandang ke arah sebelah aku. Sekejap? Mata aku betul ke ini? Mint sedang tidur di sebelah aku. Hmm.... Lately ini kita orang kerap tidur bersama.

Aku pun mengiring menghadap Mint. Lalu aku memeluknya erat. Apa yang berlaku semalam ya?

Aku kian mengimbau kembali. Risau aku ada terbuat something yang pelik-pelik. Well, yeah.... Aku dapat rasakan yang aku memang ada buat benda pelik semalam. Aku teringat yang aku mabuk malam tadi.... Sh*t. Berkerut dahi aku apabila teringatkan benda itu. Menyesal aku pergi flashback balik.

Mint : "Mmm...."

Mint meleset rapat pada dada aku. Yang aku pula tak tenang memikirkan perkara yang sudah lepas. Sampai tak sedar Mint sebenarnya sudah bangun.

Mint : "Bae...."

Dia panggil aku tapi aku masih mengelamun. Tahu dia buat apa? Dia gigit aku. Terkejut aku dibuatnya. Nasib baik tak sakit sangat. Perangai serupa anjing Chihuahua.

Mint : "Bae.... Awak tak dengar ke saya panggil?"

Catz : "Uhuks.... Sayang, terkejut saya awak buat macam itu."

Mint : "Awak itu yang tak dengar. Apa yang awak fikir kan itu?"

Catz : "T... tak.... Fasal malam tadi.... Saya ada buat benda pelik-pelik kan?"

Mint : "Hmm?"

Mint memandang aku pelik. Kenapa? Aku teruk sangat ke malam tadi?

Catz : "Kenapa awak pandang saya begitu?"

Mint : "Awak tak ada buat apa-apa benda pelik pun. Hahahh.... Cumanya awak asyik nak berkepit dengan saya sahaja semalam."

Aku memang tak salah. Ingatan aku masih lagi utuh sebenarnya. Aku ini kalau mabuk, bak kata Cackle, tahap kebodohan aku meningkat. Siapa sahaja yang tak bodoh apabila mabuk kan? Cumanya aku bersyukur aku bukan jenis yang akan bertukar jadi raksasa seksual apabila mabuk. Hanya aku akan bertindak untuk berkepit dengan seseorang sahaja.

Mint : "Awak sebenarnya sangat comel bila mabuk. Sampai saya nak ke tandas pun awak nak berkepit. Kalau boleh saya nak bagi awak mabuk setiap malam. Hahahh...."

Eh, sampai dia ke tandas pun aku nak berkepit itu merisaukan.

Catz : "M... Mint sayang.... Teruklah kalau saya mabuk setiap malam. Awak nak bunuh saya ke?"

Mint : "Hihihh...."

Bergurau senda dengan orang yang kita sayang itu satu anugerah yang paling indah untuk aku. Lama sangat aku tak rasa sebahagia ini.

3 Januari

【9:30 am】

Aku hantar Mint ke agensinya untuk masuk kerja. Kali ini, aku dan Mint duduk di tempat duduk penumpang belakang sementara Tyler memandu. Memang tak boleh kalah si Tyler ini. Punya aku bergaduh dengan dia nak drive, dia sahaja yang menang. Tak aci betul!

Tyler : "Kita sudah sampai."

Mint : "Terima kasih, encik. Bye, bae."

Lalu Mint mengucup lembut bibir aku sebelum dia keluar dari kereta. Hilang sahaja bayang Mint, aku dapat rasa aura yang dingin di dalam kereta.

Catz's Diary ii : The Next Stage ✓Where stories live. Discover now