13 September
【2:30 pm】
Aku tak tahu bagaimana aku boleh berakhir begini. Aku sedang baring di atas pangku Oulong sambil dia picit kepala aku. Tak suka untuk aku mengaku, ianya healing yang sangat best.
Oulong : "Hei, Catz. Kau tak kerja ke hari ini?"
Catz : "Tak. Aku di gantung daripada agensi. Terima kasih kepada syaitan seekor itu."
Oulong : "Hmm.... Pada aku, kau terlalu berlembut dengannya."
Catz : "Aku tak boleh buat apa-apa kalau dia dah mula nak provoke agensi aku. Tak nak kerana aku, habis agensi aku bankrap."
Oulong : "Orang berduit memang senang-senang akan pergunakan kita ini."
Catz : "Sudah itu lumrah manusia. Apa yang boleh di buat?"
Oulong kian membisu. Aku ini sudah terawang-awang di belai dengan picitan selesa pada kepala ini.
Oulong : "Catz...."
Catz : "Tiba-tiba rasa mengantuk."
Oulong : "Haih.... Tidur sahajalah kalau begitu. Aku dapat rasakan yang kau memang kurang rehat."
Catz : "Aku banyak berehat di hospital."
Oulong kemudiannya memandang ke arah aku dengan pandangan terkejut.
Oulong : "Di hospital?"
Catz : "Anxiety aku naik setiap kali aku berhadapan dengan Anna. Dia provoke aku teruk sampai aku tak ada peluang untuk bernafas. Selepas satu, satu aku dimasukkan ke dalam hospital itu."
Oulong : "Kau sudah semestinya seorang yang sangat cekal. Kalau aku jadi kau, sudah lama aku bunuh diri."
Catz : "Aku sudah cuba untuk membunuh diri. Malangnya semua cubaan aku gagal."
Oulong : "Hmm.... Aku tahu kita baru sahaja kenal dan aku tahu kau tak suka aku. Tetapi aku nak tolong kau."
Catz : "Tolong?"
Oulong : "Tolong kau lepaskan diri daripada keluarga puaka itu."
Catz : "Tolong jangan mention fasal biseksual itu. Telinga aku rasa tercemar apabila aku dengar perkataan itu."
Oulong : "Hehehh.... Tetapi ianya berkesan."
Muka aku memang sudah tidak boleh kawal.
Oulong : "Habis itu? Kau ada cara lain ke?"
Catz : "Ramai yang bagi cadangan supaya aku jadi musang berjanggut dahulu."
Oulong : "Oh. Pura-pura kau sayangkannya sedangkan kau sebenarnya hanya nak ambil kesempatan. Begitu?"
Catz : "Lebih kurang. Aku hanya nak mencari bukti tentang peristiwa yang mencetuskan semua ini terlebih dahulu. Tahu siapa puncanya, tahulah siapa pesalah sebenarnya."
Oulong : "Bagaimana itu kan nak cari?"
Catz : "Semuanya bergantung kepada ingatan aku. Sayangnya aku tak berapa ingat siapa yang mencetuskan dan bagaimana boleh berlaku semua ini. Kadang ada sesetengah situasi yang berlaku terasa seperti deja vu."
Oulong : "Kau kena culik ke?"
Catz : "Aku tak rasa yang aku kena culik."
Secara tiba-tiba Oulong bertindak aneh. Dia dengan agresif membaringkan aku di atas katil itu. Tambahan pula, dia secara rawak merangkak di atas badan aku. Apa lagi masalah mamat ini?
YOU ARE READING
Catz's Diary ii : The Next Stage ✓
Teen FictionGENRE (TEEN-FICTION/FRIENDSHIP/ROMANCE/CONFLICT) [BOOK 2] 📌Xros Series📌 "Xros! Xros! Xros! Xros!" Nama Xros sentiasa menjadi buah mulut netizen. Aku.... "Catz!" Ya, itulah nama aku. Bukan lagi seorang penyendiri, bukan lagi solo. Aku kini bergerak...