⁵⁵ 「26 Mei : Keluarga Toksid」

10 1 0
                                    

26 Mei

【7:15 am】

Mmnh.... Ini dah genap berapa hari ya aku ulang alik ke hospital jaga mak si Mint? Aku pun sudah tak ingat. Badan aku sakit. Mint masih lagi lena di sebelah aku. Jadi aku bersiap untuk buatkan sarapan. Aku adalah mengerang sekejap sebab belakang aku sakit sangat-sangat. Itupun aku rasa sudah cukup perlahan aku kawal suara aku.

Mint : "Mmh.... Honey. Awak okey ke?"

Aku tak sengaja terkejutkan Mint.

Catz : "Tak ada apa-apa, sayang. Belakang saya sakit sedikit."

Mint : "Sakit? Tetapi bunyinya macam agak serius."

Risau wajah Mint memandang ke arah aku. Aku tak nak buat dia risau.

Catz : "Tak adalah. Sedikit sahaja ini. Betul...."

Mint : "Honey.... Awak nak melawat mak lagi ke?"

Catz : "Ya."

Mint : "Rehatlah hari ini. Dah berhari-hari awak tak cukup rehat jaga mak. Sepatutnya saya yang kena jaga mak. Bukannya awak."

Catz : "Shh.... Awak kena pergi kerja, sayang. Saya free buat masa sekarang ini. Kalau saya sudah kerja, entah bila pula saya dapat tengok-tengokkan mak."

Mint : "Hmm...."

Wajah risau Mint masih melekat pada muka.

Catz : "Jangan risau okey?"

Mint : "Kalau saya dapat keluar awal hari ini, saya akan datang ke hospital ya? Saya janji."

Catz : "Sayang.... Jangan janji begitu. Buat sekadar yang awak mampu sahaja ya? Jangan paksa diri itu. Saya pergi bersiap dulu ya?"

Aku bersiap, buat sarapan apa semua dan terus hendak bergerak ke hospital. Kebiasaannya akan ada kenderaan peribadi datang ambil Mint. Akan tetapi hari ini berbeza pula.

Mint : "Honey, boleh tak kalau awak hantar saya kerja hari ini?"

Catz : "Sure."

Aku bukan apa. Hanya pelik, tak pernah-pernah dia nak suruh aku hantarkan aku ke tempat kerja. Lain pula hari ini. Well, aku hanya drive sahaja. Malas nak berfikir sangat memandangkan badan dah memang sakit.

【9:04 am】

Aku sudah sampai di hadapan agensi tempat kerja Mint. Dah lama sungguh aku tak lihat bangunan ini. Aku termenung memandang bangunan agensi yang serba megah berdiri di sebelah kiri aku sebelum aku memalingkan pandangan ke arah Mint di sebelah kanan. Pusing sahaja kepala aku, aku kena jump scared dengan Mint.

She kiss me. Terkejut aku di situ.

Mint : "Honey, saya perasan awak jarang bagi perhatian dekat saya akhir-akhir ini. Saya tahu awak risaukan mak. Saya hargai sangat-sangat. Cumanya janganlah awak abaikan saya ini."

Mint, you mistaken. Aku tak risaukan mak kau sebenarnya. Minta maaf banyak-banyak. Aku cuma try hard nak dapatkan kepercayaan family kau sahaja sebenarnya. Entah aku tak tahu apa cara lagi yang aku kena buat nak dapatkan restu keluarga kau. Tak boleh ke aku cakap begitu sahaja kepada Mint? Of course not. Aku akan keruhkan lagi keadaan. Aku cuma mampu pujuk dia sahaja.

Catz : "Sayang.... Saya minta maaf tak dapat bagi awak perhatian saya sejak kebelakangan ini. Malam ini saya janji akan bagi perhatian penuh dekat awak."

Catz's Diary ii : The Next Stage ✓Where stories live. Discover now